NGC2313
BURUJ: MONOCEROS
KELAS: NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA)
LOKASI: 06h 58m 03s / -07o 56' 42"
JARAK: 3,756 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +14.3 (magnitud B)
SAIZ: 1.59' X 1.49'
NGC2313 ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ MONOCEROS. IA MERUPAKAN SEBUAH NEBULA YANG TERANG DARI PENYEBARAN 'AWAN' GAS PENGIONAN YANG MENGELUARKAN CAHAYA MEREKA SENDIRI. TENAGA YANG MENYALURKAN CAHAYA PADA NGC2313 DIHASILKAN OLEH SEBIJI BINTANG BERJISIM "PERTENGAHAN" YANG TERANG SERTA 'MUDA' (YOUNG STAR) IAITU BINTANG V565; DIKELILINGI OLEH EMPAT PEMBELAUAN YANG MENONJOL DENGAN WARNA KEPERAKAN (SILVERY), DIKELUBUNGI DENGAN GAS SERTA DEBU BERBENTUK 'KIPAS' (FAN-SHAPED); MANAKALA, DI BAHAGIAN KANAN PULA DIKABURKAN DENGAN 'AWAN' DEBU YANG PADAT DAN TEBAL.
NGC2313 TELAH DITEMUKAN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI GERMAN BERNAMA HEINRICH LOUIS d'ARREST PADA 4hb JANUARI, 1862. NEBULA YANG MEMPUNYAI KESAMAAN BENTUK SEPERTI INI PERNAH DIPANGGIL SEBAGAI 'COMETARY NEBULAE' (NEBULA KOMET) KERANA BINTANG YANG MEMPUNYAI 'PENGIRING' (ACCOMPANYING) YANG BERBENTUK 'KIPAS' DENGAN 'EKOR' YANG TERANG SEPERTI 'KOMET'. MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MEMBUAT PEMERHATIAN KE ATAS NGC2313 ADALAH PADA BULAN DISEMBER HINGGA KE BULAN APRIL SEPANJANG TAHUN.
No comments:
Post a Comment