NGC2276
BURUJ: CEPHEUS
KELAS: GALAKSI BERPUTAR (INTERMEDIATE SPIRAL GALAXY)
LOKASI: 07h 27m 14s / +85o 45' 15"
JARAK: 120 JUTA TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +11.8
SAIZ: 2.'8 X 2'.7
NGC2276 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR YANG BERSAIZ SEDERHANA (INTERMEDIATE SPIRAL GALAXY) YANG BERADA DI DALAM BURUJ CEPHEUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH FRIEDRICH AUGUST THEODOR WINNECKE PADA 26hb JUN, 1876.
NGC2276 ADALAH SEBUAH GALAKSI YANG TIDAK SEMETRI DISEBABKAN OLEH TARIKAN GRAVITI ANTARA GALAKSI DENGAN JIRAN GALAKSI BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY) IAITU NGC2300.
NGC2276 MEMPUNYAI 6 SUPERNOVA YANG DITEMUKAN IAITU SN1962Q, SN1968V, SN1968W, SN1993X, SN2005dl, DAN SN2016gfy. GALAKSI INI TIDAK MENGHADAP BUMI SECARA 'FACE-ON', TETAPI IA LEBIH KEPADA 'SENGET' (TILTED) KELUAR DARI BUMI PADA BAHAGIAN BARAT, MANAKALA IA LEBIH DEKAT KEPADA BUMI DI BAHAGIAN TIMUR.
No comments:
Post a Comment