RIMA HYGINUS (TERUSAN HYGINUS)
LOKASI: RIMA HYGINUS BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT KUADRON BULAN. IA TERLETAK DI BAHAGIAN TIMUR MARE TRANSQUILLITATIS REGION IAITU PADA KOORDINAT 7.616o UTARA ; 6.775o TIMUR.
ERA: RIMA HYGINUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG - 3,850 JUTA TAHUN HINGGA -3,200 JUTA TAHUN DAHULU.
RIMA HYGINUS ADALAH SEBUAH 'TERUSAN' YANG BESAR DAN IANYA MENGALIR DARI ARAH TENGGARA KE BARAT-DAYA. PADA AWALNYA RIMA HYGINUS MELINTASI KAWAH HYGINUS DAN SETERUSNYA ALIRAN TERSEBUT BERUBAH KE ARAH BARAT DAN MENGALIR KE ARAH TIMUR. TERDAPAT BEBERAPA KEDALAMAN RIMA HYGINUS YANG KELIHATAN SEPERTI TERBENTUK DARIPADA JAJARAN-JAJARAN 'CRATERLET'. RIMA HYGINUS BERCANTUM DENGAN BEBERAPA LURAH SEHINGGA KE RIMA ARIADAEUS.
PEMERHATIAN: RIMA HYGINUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE 6 SELEPAS 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) HINGGA 5 HARI SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).
PERALATAN: UNTUK MENCERAP RIMA HYGINUS, SEKURANG-KURANGNYA, REFRACTOR BERKUASA 200 mm DIPERLUKAN.
PENGHORMATAN: RIMA HYGINUS DINAMAKAN SEMPENA CAIUS JULIUS HYGINUS IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI BERBANGSA GREEK PADA KURUN KE 2 SEBELUM MASIHI (B.C).
KEDUDUKAN RIMA HYGINUS
No comments:
Post a Comment