Monday, November 16, 2020

OBJEK DI LANGIT

NGC3245

BURUJ:   LEO MINOR

KELAS:   GALAKSI BUJUR (LENTICULAR GALAXY)

LOKASI:   10h 27m 18s / +28o 30' 26"

JARAK:   69.4 JUTA TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +11.6

SAIZ:   3.6' x  2.3'

INFO:  

NGC3245 ADALAH SEBUAH GALAKSI BERBENTUK MEMBUJUR (LENTICULAR GALAXY) YANG TERDAPAT DALAM BURUJ LEO MINOR. IA TELAH DITEMUKAN OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 11hb APRIL, 1785. GALAKSI 'LENTICULAR' INI BERMAKNA IANYA MEMPUNYAI BENTUK SEPERTI MANA BENTUK SEBUAH LENSA (LENS) IAITU IA BERBENTUK CAKERA YANG BULAT DENGAN TENGAH CAKERA LEBIH 'TEBAL' DAN IANYA MENJADI SEMAKIN MENIRUS DAN MERUNCING PADA SISI LENSA TERSEBUT. 

GALAKSI JENIS 'LENTICULAR' MEMPUNYAI 'KURANG' GAS DAN DEBU JIKA DIBANDINGKAN DENGAN GALAKSI YANG BERBENTUK 'CAKERA' (DISK-SHAPED) SEPERTI 'BIMASAKTI' (MILKY WAY). WALAUPUN BEGITU, IANYA MASIH MEMPUNYAI GAS DAN DEBU YANG 'BANYAK' JIKA DIBANDINGKAN PULA DENGAN GALAKSI BERBENTUK 'BUJUR' (ELLIPTICAL GALAXY) YANG TELAH MENGGUNAKAN HAMPIR KESELURUHAN BAHAN-BAHAN GAS DAN DEBU UNTUK PROSES PEMBUATAN 'BINTANG-BINTANG'.

NGC3245 TELAH DIBUAT PEMERHATIAN OLEH HUBBLE SPACE TELESCOPE DAN TELAH DIDAPATI BAHAWA TERDAPAT 'CAKERA' YANG TERDIRI DARIPADA GAS DAN DEBU YANG BERADA DI 'TERAS' (CORE) GALAKSI TERSEBUT MENGORBIT SESUATU YANG KECIL, 'GELAP', DAN 'BERAT' YANG KEMUNGKINAN ADALAH SEBUAH 'LOHONG HITANG' YANG 'SANGAT BESAR' (SUPERMASSIVE BLACK HOLE). 'LOHONG HITAM' INI MEMPUNYAI 'JISIM' ATAU 'MASSA' YANG 200 KALI LEBIH DARIPADA 'MASSA' MATAHARI.




camp.astronomy@gmail.com


No comments:

Post a Comment