Thursday, September 1, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 167


CALDWELL 57
C57 (NGC 6822)



BURUJ:
SAGITTARIUS

KELAS:
GALAKSI 
(IRREGULAR GALAXY)

LOKASI:
19h 44m 56s
-14o 47' 21"

JARAK:
1.6 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
15'.5  X  13'.5  (arcminute) 

MAGNITUD:
+9.30

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C57 TELAH DITEMUI OLEH E.E. BARNARD  DALAM TAHUN 1884. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BARNARD GALAXY"  ATAU IC 4895. IA ADALAH SATU DARIPADA GALAKSI YANG PALING HAMPIR DENGAN BIMA SAKTI (MILKY WAY). C57 MEMPUNYAI STRUKTUR SERTA KOMPOSISI YANG SAMA DENGAN "THE SMALL MAGELLANIC CLOUD"  (AWAN MEGALLANIC KECIL). IA JUGA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA AHLI KUMPULAN 'LOCAL GROUP OF GALAXIES'. C57 MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA 10 JUTA BINTANG-BINTANG BERBANDINGKAN DENGAN GALAKSI BIMA SAKTI YANG MENGANDUNGI 400 BILION BINTANG-BINTANG.







CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM





No comments:

Post a Comment