Tuesday, September 20, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 172


CALDWELL 62
C62 (NGC 247)


BURUJ:
CETUS

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
00h 47m 08s
-20o 45' 37"

JARAK:
11.1 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
21'.4  X  6'.9  (arcminute) 

MAGNITUD:
+9.10

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C62 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL  PADA 20hb OKTOBER, 1784. IA DIKLASIFIKASIKAN SEBAGAI "THE DWARF SPIRAL GALAXY"  (GALAKSI BERPUTAR KERDIL) YANG MERUPAKAN SLAH SATU AHLI DI DALAM KUMPULAN "THE SCULPTOR GROUP". TERDAPAT SEBAHAGAIAN DARIPADA GALAKSI-GALAKSI DI DALAM KUMPULAN INI DIKAITKAN SECARA 'LONGGAR' (LOOSELY)  KEPADA KLUSTER, TETAPI C62 ADALAH SATU DARIPADA 'TERAS TENGAH' KEPADA GALAKSI-GALAKSI  YANG MANA MEMPUNYAI PENGARUH GRAVITI YANG AMAT KUAT ANTARA SATU SAMA LAIN. IA BERADA PALING HAMPIR DENGAN GALAKSI 'BIMA SAKTU' (MILKY WAY). TERDAPAT 'KEKOSONGAN' (VOID)  YANG BESAR DAN LUAR BIASA YANG MENCACATKAN SALAH SATU DARIPADA 'CAKERA' BERPUTAR C62. IA TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG 'TUA' YANG BERWARNA MERAH.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






No comments:

Post a Comment