CALDWELL 60
C60 (NGC 4038)
BURUJ:
CORVUS
KELAS:
GALAKSI ANTENNA
(ANTENNAE GALAXY)
LOKASI:
12h 01m 53s
-18o 52' 10"
JARAK:
45 JUTA - 65 JUTA TAHUN CAHAYA
SAIZ:
5'.2 X 3'.1 (arcminute)
MAGNITUD:
+11.20
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C60 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL DALAM TAHUN 1785. IA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG 'BERINTERAKSI' ANTARA DUA GALAKSI DI MANA KEDUA-DUA GALAKSI SEDANG MENGALAMI FASA 'LETUSAN BINTANG' YANG MANA PERLANGGARAN 'AWAN' GAS DAN DEBU DENGAN PENARIKAN KUASA 'MAGNET' MENGHASILKAN PEMBENTUKAN BINTANG YANG AMAT 'PANTAS'. C60 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'ANTENNAE GALAXY' KERANA DUA 'EKOR' BINTANG YANG PANJANG DENGAN GAS DAN DEBU DI'PANCUT' KELUAR DARIPADA GALAKSI HASIL DARI PERLANGGARAN MENYERUPAI 'ANTENA' ATAU 'SESUNGGUT' SERANGGA. 'NUKLEAR' KEDUA-DUA GALAKSI BERGABUNG UNTUK MENJADI SEBUAH GALAKSI YANG BESAR.
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment