CALDWELL 59
C59 (NGC 3242)
BURUJ:
HYDRA
KELAS:
NEBULA PLANETARI
(PLANETARY NEBULA)
LOKASI:
10h 24m 46s
-18o 38' 32"
JARAK:
1,400 TAHUN CAHAYA
SAIZ:
2'.5 X 2'.5 (arcminute)
MAGNITUD:
+8.60
INFO:
CALDWELL CATALOGUE ATAU KATALOG CALDWELL ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE ATAU KATALOG MESSIER. MOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M' TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE". MAKA, KATALOG CALDWELL DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.
C59 TELAH DITEMUI OLEH WILLIAM HERSCHEL PADA 7hb FEBRUARI, 1785. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE GHOST OF JUPITER" ATAU "JUPITER'S GHOST" BERDASARKAN KESAMAAN SAIZ DENGAN PLANET MUSYTARI (JUPITER). KADANG-KADANG C59 JUGA DIPANGGIL SEBAGAI "THE EYE NEBULA". IA TERDIRI DARIPADA BINTANG 'TENGAH' YANG MERUPAKAN SEBUAH BINTANG KERDIL (DWARF STAR). TERDAPAT JUGA LAPISAN DALAMAN (INNER LAYERS), DUA HUJUNG YANG DITANDAKAN SEBAGAI 'FLIERs', LOBES YANG MENGALIR KELUAR GAS DARI HUJUNGNYA YANG DIPAPARKAN BERWARNA MERAH DALAM GAMBAR-GAMBAR YANG TELAH DITAMBAH-WARNA (FALSE-COLOR).
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment