Thursday, September 29, 2016

OBJEK DI LANGIT - SIRI 175



CALDWELL 65
C65 (NGC 253)


BURUJ:
SCULPTOR

KELAS:
GALAKSI
(GALAXY)

LOKASI:
00h 47m 33s
-25o 17' 18"

JARAK:
11.4 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
27'.5  X  6'.8  (arcminute) 

MAGNITUD:
+8.00

INFO:
CALDWELL CATALOGUE  ATAU KATALOG CALDWELL  ADALAH SEBUAH KATALOG ASTRONOMI YANG MENGANDUNGI  SEBANYAK 109 BUAH OBJEK YANG TERDIRI DARIPADA KLUSTER BINTANG-BINTANG, NEBULA DAN JUGA GALAKSI UNTUK PEMERHATIAN BAGI ASTRONOMI AMATUR. SENARAI INI TELAH DIHIMPUNKAN OLEH PATRICK MOORE  SEBAGAI USAHA PELENGKAP KEPADA MESSIER CATALOGUE  ATAU KATALOG MESSIERMOORE MENGGUNAKAN NAMA KELUARGA (SURNAME) - CALDWELL - KEPADA NAMA SENARAI KATALOGNYA, MEMANDANGKAN ABJAD 'M'  TELAH DIGUNAKAN KEPADA "MESSIER CATALOGUE".  MAKA, KATALOG CALDWELL  DIMULAKAN DENGAN HURUF 'C'.

C65 TELAH DITEMUI OLEH CAROLINE HERSCHEL  DALAM TAHUN 1783 SEMASA BELIAU SEDANG MELAKUKAN PENCERAPAN KETIKA MEMBUAT KAJIAN MENGENAI KOMET. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE SCULPTOR GALAXY',  'THE SILVER COIN' ATAU 'THE SILVER DOLLAR GALAXY'.  IA MERUPAKAN SEBUAH 'GALAKSI LETUSAN' (STARBURST GALAXY)  DI MANA IA SEDANG MELALUI SATU TEMPOH AGAK MENEKAN DALAM PEMBENTUKAN BINTANG-BINTANG. C65 KELIHATAN SEPERTI SEBUAH GALAKSI YANG PANJANG, BUJUR MEMBONJOL, SERTA CAKERA YANG BERBINTIK-BINTIK. BONJOLAN TERSEBUT MENAMPAKAN SEDIKIT TERANG DAN CERAH BERBANDING DENGAN KAWASAN LAIN PADA GALAKSI C65. TERDAPAT SUPERNOVA, SN 1940E,  YANG DITEMUI PADA NOVEMBER, 1940.






CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM