RIMA BIRT
TERUSAN BIRT
KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)
LOKASI:
RIMA BIRT TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA BIRT ADALAH 9.2o BARAT SERTA 21.5o SELATAN. IA BERADA DI DALAM KAWASAN MARE HUMORUM REGION.
KELUASAN:
RIMA BIRT ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG PANJANGNYA LEBIH KURANG 50 km.
ERA PEMBENTUKAN:
RIMA BIRT TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
RIMA BIRT ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SEMPIT YANG BERLIKU-LIKU SERTA MEMBENTUK HURUF 'S' DI BAHAGIAN TENGAH ALIRAN RIMA BIRT. IA MENGALIR DARI ARAH UTARA KE SELATAN DAN IANYA BERMULA DENGAN KAWAH BIRT E DI UTARA DAN BERAKHIR DENGAN KAWAH BIRT F.
PEMERHATIAN:
RIMA BIRT MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP SEHARI SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA BIRT, REFRACTOR BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA BIRT.
PENGHORMATAN:
RIMA BIRT DINAMAKAN SEMPENA WILLIAN R. BIRT IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI ENGLISH KURUN KE 19. BELIAU DILAHIRKAN DI ENGLAND PADA TAHUN 1804 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 1881.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment