Tuesday, November 24, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 122

RIMA CALIPPUS
TERUSAN CALIPPUS 


KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)



LOKASI:
RIMA CALIPPUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA CALIPPUS ADALAH 13.0o TIMUR SERTA 37.0o UTARA. IA BERADA DI UTARA KAWASAN 'MARE SERENITATIS REGION'. IA TERLETAK DI TENGGARA KAWAH CALIPPUS.



KELUASAN:
RIMA CALIPPUS MEMPUNYAI KEPANJANGAN 41 km.



ERA PEMBENTUKAN:
RIMA CALIPPUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:
RIMA CALIPPUS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG AGAK SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT-DAYA MENUJU KE TIMUR-LAUT. IA BERADA DI KAKI BANJARAN MONTES CAUCASUS.



PEMERHATIAN:
RIMA CALIPPUS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).



PERALATAN:
RIMA CALIPPUS DAPAT DICERAP MENGGUNAKAN REFRACTOR BERKUASA 300 mm.



PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA CALIPPUS.



PENGHORMATAN:
RIMA CALIPPUS DINAMAKAN SEMPENA CALLIPPOS  IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI MATHEMATICS GREEK PADA KURUN KE 4 SEBELUM MASIHI (B.C). BELIAU DILAHIRKAN DI CYZIQUE, GREECE PADA TAHUN 370 av JC DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 300 av JC. BELIAU PERNAH BELAJAR DI BAWAH EUDOXUS OF CHIDUS DI PLATO AKADEMI. IA JUGA PERNAH BEKERJA DENGAN ARISTOTLE DI LYCEUM. CALLIPPUS MEMBUAT PEMERHATIAN TERHADAP PERGERAKAN PLANET-PLANET DI CAKERAWALA. BELIAU TELAH MEMBUAT PEMBAIKAN TERHADAP KONSEP 'CYCLE OF METON'





SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                       atau                    
                             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment