Monday, November 16, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 121

RIMA BRADLEY
TERUSAN BRADLEY


KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)


LOKASI:
RIMA BRADLEY TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA BRADLEY ADALAH 2.0o BARAT SERTA 23.0o UTARA. IA BERADA BERHAMPIRAN DENGAN MONTES APENNINUS REGION.


KELUASAN:
RIMA BRADLEY MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN HAMPIR 161 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA BRADLEY TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA BRADLEY ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BESAR DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT-DAYA KE ARAH TIMUR-LAUT. IA TERLETAK DI KAKI BANJARAN MONTES APENNINUS.


PEMERHATIAN:
RIMA BRADLEY MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
RIMA BRADLEY DAPAT DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN REFRACTOR BERKUASA 200 mm.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA BRADLEY.


PENGHORMATAN:
RIMA BRADLEY DINAMAKAN SEMPENA JAMES BRADLEY IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI ENGLISH PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN DI SHERBORNE PADA 1692 DAN MENINGGAL DUNIA DI CHALFORD PADA 1762. IA TELAH MENJADI PENGARAH DI 'OBSERVATORY OF GREENWICH ROYAL ASTRONOMER DALAM TAHUN 1742. BELIAU JUGA TELAH MENEMUI 'THE ABERRATION OF THE LIGHT' DALAM TAHUN 1727 SERTA 'THE NUTATION' DALAM TAHUN 1748.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                      atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment