Tuesday, November 3, 2015

MENGENALI BULAN - SIRI 119

RIMA BILLY
TERUSAN BILLY


KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)

LOKASI:
RIMA BILLY TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA BILLY ADALAH 48.0o BARAT SERTA 15.0o SELATAN. IA BERADA DI BAHAGIAN TIMUR MARE HUMORUM REGION.



KELUASAN:
RIMA BILLY MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN 70 km.

ERA PEMBENTUKAN:
RIMA BILLY TERBENTUK PADA ERA PRE-IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -4.55 BILION TAHUN HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:
RIMA BILLY ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG SANGAT SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN DARI TENGGARA KE BARAT-LAUT. IA BERADA DI SEBELAH TENGGARA LURAH KAWAH BILLY.

PEMERHATIAN:
RIMA BILLY MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK DAN AGAK SUKAR UNTUK DICERAP. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE EMPAT SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE TIGA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).



PERALATAN:
UNTUK MENCERAP RIMA BILLY, REFRACTOR BERKUASA 300 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA BILLY.

PENGHORMATAN:
RIMA BILLY DINAMAKAN SEMPENA JACQUES DE BILLY IAITU SEORANG AHLI MATHEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI PERANCIS PADA KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN DI COMPIEGNE, PERANCIS PADA 8hb MAC, 1602 DAN MENINGGAL DUNIA PADA 14hb JANUARI, 1679.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E MAIL:

                    CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                            atau
                     KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment