Friday, November 27, 2015

RENUNGAN JUMAAT

'...NUH BERKATA: "YA TUHANKU SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENYERU KAUMKU MALAM DAN SIANG, MAKA SERUANKU ITU HANYALAH MENAMBAH MEREKA LARI DARI KEBENARAN). DAN SESUNGGUHNYA SETIAP KALI AKU MENYERU MEREKA (KEPADA IMAN) AGAR ENGKAU MENGAMPUNI MEREKA, MEREKA MEMASUKKAN ANAK JARI MEREKA KE DALAM TELINGANYA DAN MENUTUPKAN BAJUNYA (KE MUKANYA) DAN MEREKA TETAP (MENGINGKARI) DAN MENYOMBONGKAN DIRI DENGAN SANGAT. KEMUDIAN SESUNGGUHNYA AKU TELAH MENYERU MEREKA (KEPADA IMAN) DENGAN CARA TERANG-TERANGAN, KEMUDIAN SESUNGGUHNYA AKU (MENYERU) MEREKA (LAGI) DENGAN TERANG-TERANGAN DAN DENGAN DIAM-DIAM, MAKA AKU KATAKAN KEPADA MEREKA: 'MOHONLAH AMPUN KEPADA TUHANMU, SESUNGGUHNYA DIA ADALAH MAHA PENGAMPUN', NESCAYA DIA AKAN MENGIRIMKAN HUJAN KEPADAMU DENGAN LEBAT, DAN MEMBANYAKKAN HARTA DAN ANAK-ANAKMU, DAN MENGADAKAN UNTUKMU KEBUN-KEBUN DAN MENGADAKAN (PULA DI DALAMNYA) UNTUKMU SUNGAI-SUNGAI."...'

             SURAH NUH (NABI NUH), JUZUK 29, AYAT 5 HINGGA 12

Tuesday, November 24, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 92

MESSIER 88
M88 (NGC4501)


BURUJ:
COMA BERENICES

KELAS:
GALAKSI BERPUTAR
(SPIRAL GALAXY)

LOKASI:
12h 31m 59s
+14o 25' 14"

JARAK:
53 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
6.9'  X  3.7' (arcminute)

MAGNITUD:
+9.6

INFO:
M88 TELAH DITEMUI OLEH CHARLES MESSIER DALAM TAHUN 1781. IA TERGOLONG DALAM GALAKSI BERHAMPIRAN DENGAN 'VIRGO CLUSTER OF GALAXIES'. M88 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG CERAH DENGAN ORBIT MEMBUJUR DAN BERADA PADA AXIS 64o DARI PANDANGAN BUMI. M88 MEMPUNYAI 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) YANG 'LONGGAR' (LOOSE) DENGAN STRUKTUR YANG REGULAR SERTA BERAKHIR DI 'TERAS' (CORE) GALAKSI. 'LENGAN BERPUTAR' INI TERBENTUK DARIPADA KLUSTER BINTANG MUDA (YOUNG STARS-CLUSTER) BERWARNA BIRU, KAWASAN PEMBENTUKAN BINTANG BERWARNA MERAH JAMBU (PINK STAR-FORMING REGION) SERTA JALINAN DEBU-DEBU (DUST LANES) YANG MENGANJUR DARI 'TERAS' KEKUNING-KUNINGAN YANG DI DOMINASI OLEH BINTANG-BINTANG 'LAMA' (OLDER STARS). M88 DIPENUHI OLEH BINTANG-BINTANG, GAS-GAS SERTA DEBU-DEBU, TIDAK SEPERTI GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY). IA TERDIRI DARIPADA LEBIH KURANG 400 BILION BINTANG-BINTANG. SUPERNOVA 1999 cl TELAH DITEMUI DI DALAM M88.








CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM






MENGENALI BULAN - SIRI 122

RIMA CALIPPUS
TERUSAN CALIPPUS 


KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)



LOKASI:
RIMA CALIPPUS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA CALIPPUS ADALAH 13.0o TIMUR SERTA 37.0o UTARA. IA BERADA DI UTARA KAWASAN 'MARE SERENITATIS REGION'. IA TERLETAK DI TENGGARA KAWAH CALIPPUS.



KELUASAN:
RIMA CALIPPUS MEMPUNYAI KEPANJANGAN 41 km.



ERA PEMBENTUKAN:
RIMA CALIPPUS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:
RIMA CALIPPUS ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG AGAK SEMPIT DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT-DAYA MENUJU KE TIMUR-LAUT. IA BERADA DI KAKI BANJARAN MONTES CAUCASUS.



PEMERHATIAN:
RIMA CALIPPUS MEMPUNYAI FORMASI YANG KURANG MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).



PERALATAN:
RIMA CALIPPUS DAPAT DICERAP MENGGUNAKAN REFRACTOR BERKUASA 300 mm.



PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA CALIPPUS.



PENGHORMATAN:
RIMA CALIPPUS DINAMAKAN SEMPENA CALLIPPOS  IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI DAN AHLI MATHEMATICS GREEK PADA KURUN KE 4 SEBELUM MASIHI (B.C). BELIAU DILAHIRKAN DI CYZIQUE, GREECE PADA TAHUN 370 av JC DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN 300 av JC. BELIAU PERNAH BELAJAR DI BAWAH EUDOXUS OF CHIDUS DI PLATO AKADEMI. IA JUGA PERNAH BEKERJA DENGAN ARISTOTLE DI LYCEUM. CALLIPPUS MEMBUAT PEMERHATIAN TERHADAP PERGERAKAN PLANET-PLANET DI CAKERAWALA. BELIAU TELAH MEMBUAT PEMBAIKAN TERHADAP KONSEP 'CYCLE OF METON'





SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                                       atau                    
                             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - DRACO


BURUJ DRACO
NAGA (THE DRAGON)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
DRA

DESKRIPSI:
BURUJ DRACO DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR NAGA (DRAGON).


KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ DRACO TERLETAK DI +48O UTARA DAN +87O UTARA SERTA 9h25m DAN 20h58m. BURUJ DRACO BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -15O SELATAN. BURUJ DRACO MEMPUNYAI KELUASAN 1083 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 8 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ DRACO IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CEPHEUS DAN BURUJ CYGNUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LYRA, BURUJ HERCULES DAN BURUJ BOOTES
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ CAMELOPARDALIS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ URSA MINOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ DRACO:
~  BINTANG MU  MERUPAKAN SATU BINARI YANG AGAK HAMPIR (CLOSE BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) YANG MENGORBITNYA SETIAP 482 TAHUN SERTA  BERMAGNITUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG IALAH 14O DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 1.91".
~  BINTANG NU  MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY STAR) YANG MENGAGUNGKAN DENGAN KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMA IAITU +4.9; P.A PADA 312O DAN SEP PADA 61.6". KEDUDUKANNYA DI 'KEPALA' NAGA.
~  BINTANG PSI  MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.1; P.A PADA 15O DAN SEP PADA 30.3".
~  BINTANG OMICRON  PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG UNIK. KEDUA-DUA BINTANG MEMPUNYAI WARNA YANG BERBEZA DENGAN BINTANG OMICRON BERWARNA JINGGA, MANAKALA BINTANG KOMPANI BERWARNA BIRU. BERMAGNITUD +7.5; PADA P.A 326O SERTA SEP PADA 34.2".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DI DALAM BURUJ DRACO.
~  BINTANG R DRACONIS  ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.70 HINGGA KE MAGNITUD +13.20 DALAM JANGKA MASA 245.6 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ DRACO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ DRACO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M102  ATAU NGC5866  ADALAH SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN KEDUDUKANNYA DARI BUMI HANYA DAPAT DILIHAT DARI ARAH SISI (EDGE-ON). NAMUN, IA MASIH MENARIK KERANA TERDAPAT LORONG DEBU (DUST LANE) YANG DAPAT DILIHAT DENGAN 'PUSAT' YANG CERAH DAN BERCAHAYA. M102 BERMAGNITUD +9.90 DENGAN KECERAHAN (SURFACE BRIGHTNESS) +12.20.



~  NGC5907  JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) BERKEDUDUKAN SISI (EDGE-ON) DAN HAMPIR RATA (FLAT). TERDAPAT JUGA LORONG DEBU (DUST LANE) PADA NGC5907  DAN IA BERMAGNITUD +10.30 DENGAN KECERAHAN +13.30.


~  NGC5985  SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK KABUR (FAINT). BENTUKNYA YANG BUJUR (ELLIPTICAL) TETAPI AGAK MENARIK JIKA DICERAP DALAM KEADAAN YANG BAIK DAN SESUAI. NGC5985 BERMAGNITUD +11.10 DENGAN KECERAHAN +14.00. IA BERADA 120 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC5985 BERADA DI KIRI, NGC5982 DI TENGAH DAN NGC5981 DI KANAN (GAMBAR BAWAH).


~  NGC5982  BERADA DI ANTARA 'DEEPSKY' NGC5985 DAN NGC5981. KETIGA-TIGA OBJEK INI MERUPAKAN GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DALAM BURUJ DRACO. IA BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL) DENGAN MAGNITUD +11.10 SERTA KECERAHAN +12.90. NGC5982 BERADA 130 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  NGC5981  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN NGC5985 DAN NGC5982. IA BERBENTUK MEMANJANG (EDGE-ON) DARI PANDANGAN BUMI. NGC5981 BERMAGNITUD +13.00 DENGAN KECERAHAN +13.10. JARAKNYA DARI BUMI ADALAH 100 JUTA TAHUN CAHAYA.


~  NGC6543  MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE CATS EYE NEBULA' IA BERADA ANTARA 1,500 HINGGA 8,000 TAHUN CAHAYA. DI 'PUSAT' NGC6543, TERDAPAT BINTANG YANG TERANG DAN 'PANAS', YANG MENERANGI NEBULA TERSEBUT. IA BERMAGNITUD +8.30 DENGAN KECERAHAN +5.00.


~  NGC6503  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +10.20 DENGAN KECERAHAN +13.10. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'AT THE EDGE OF THE ABYSS'. IA DIPANGGIL SEDEMIKIAN KERANA KEDUDUKANNYA YANG BERADA DI PINGGIR KAWASAN YANG TIDAK ADA GALAKSI LAIN. NGC6503 BERADA 17 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.


~  NGC4236  JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERMAGNITUD +9.60 DENGAN KECERAHAN +15.00. IA BERADA 11.7 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN MENJADI SEBAHAGIAN DARIPADA KUMPULAN GALAKSI DALAM M81.


~  NGC4125  JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL). IA BERMAGNITUD +9.70 DENGAN KECERAHAN +12.90.


~  'TADPOLE GALAXY'  MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TER'GANGGU' (DISRUPTED) DAN MENGHASILKAN SEBUAH BENTUK YANG UNIK DAN BERBENTUK SEPERTI SEEKOR 'BERUDU' (TADPOLE). TERDAPAT SATU KLUSTER YANG BESAR BERWARNA BIRU CERAH YANG MEMBENTUK 'KEPALA' SERTA 'EKOR' BINTANG YANG PANJANGNYA 280,000 TAHUN CAHAYA. GALAKSI INI BERMAGNITUD +14.4 DAN BERADA 420 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. 'TADPOLE GALAXY' ADALAH PERLANGGARAN ANTARA DUA GALAKSI DI MANA SEMASA KEDUA-DUA GALAKSI BERSELISIH, GELOMBANG DARI KEJADIAN ITU TELAH MENYEBABKAN TERHASILNYA 'EKOR' DARIPADA BINTANG-BINTANG, GAS-GAS DAN JUGA DEBU-DEBU.


HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ DRACO MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEKALI DALAM SETAHUN.
~  HUJAN METEOR DRACONIDS (METEOR SHOWER)  YANG DIKAITKAN DENGAN KOMET GIACOBINI-ZINNER. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA OKTOBER 8 DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) ANTARA 30 - 40 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI ADALAH BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ETAMIN/ELTAMIN (BINTANG GAMMA).


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                  atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

Friday, November 20, 2015

RENUNGAN JUMAAT

"... HARI KIAMAT, APAKAH HARI KIAMAT ITU? DAN TAHUKAH KAMU APAKAH HARI KIAMAT ITU? KAUM TSAMUD DAN 'AAD TELAH MENDUSTAKAN HARI KIAMAT. ADAPUN KAUM TSAMUD, MAKA MEREKA TELAH DIBINASAKAN DENGAN KEJADIAN YANG LUAR BIASA, ADAPUN KAUM 'AAD, MAKA MEREKA TELAH DIBINASAKAN DENGAN ANGIN YANG SANGAT DINGIN LAGI AMAT KENCANG, YANG ALLAH MENIMPAKAN ANGIN ITU KEPADA MEREKA SELAMA TUJUH MALAM DAN DELAPAN HARI TERUS MENERUS; MAKA KAMU LIHAT KAUM 'AAD PADA WAKTU MATI BERGELIMPANGAN SEAKAN-AKAN MEREKA TUNGGUL-TUNGGUL POHON KURMA YANG TELAH KOSONG (LAPUK). MAKA KAMU TIDAK MELIHAT SEORANGPUN YANG TINGGAL DI ANTARA MEREKA..."

         SURAH AL HAAQQAH (HARI KIAMAT), JUZUK 29, AYAT 1 HINGGA 8.

Monday, November 16, 2015

OBJEK DI LANGIT - SIRI 91

MESSIER 87
M87 (NGC4486)



BURUJ:
VIRGO

KELAS:
GALAKSI BUJUR
(ELLIPTICAL GALAXY)

LOKASI:
12h 30m 49s
+12o 23' 28"

JARAK:
53.5 JUTA TAHUN CAHAYA

SAIZ:
7.2'  X  6.8'

MAGNITUD:
+9.59

INFO:
M87 TELAH DITEMUI OLEH CHARLES MESSIER PADA TAHUN 1781. M87 TIDAK MEMPUNYAI APA-APA CIRI-CIRI PADANYA (FEATURELESS) SEPERTI MANA GALAKSI BUJUR YANG LAIN. IA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BUJUR YANG BESAR DENGAN MEMPUNYAI 'TERAS' (CORE) YANG SUNGGUH CERAH. DI 'TERAS' M87 TERDAPAT SEBUAH 'LOHONG HITAM' YANG SUNGGUH BESAR (SUPERMASSIVE BLACK HOLE) YANG MENJADIKAN IANYA CIRI YANG POPULAR DENGAN 'LANJUTAN JET' YANG MEMANCAR KELUAR DARIPADA LOHONG HITAM SEHINGGA 5,000 TAHUN CAHAYA PANJANGNYA. IANYA DIPERCAYAI TERJADI APABILA BERLAKU 'PERTEMBUNGAN' ANTARA DUA GALAKSI DAN 'BERSATU' (MERGER)  MENJADI SEBUAH GALAKSI.











CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM




MENGENALI BULAN - SIRI 121

RIMA BRADLEY
TERUSAN BRADLEY


KATEGORI:
TERUSAN (RILLE)


LOKASI:
RIMA BRADLEY TERLETAK DI SUKUAN BARAT-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT RIMA BRADLEY ADALAH 2.0o BARAT SERTA 23.0o UTARA. IA BERADA BERHAMPIRAN DENGAN MONTES APENNINUS REGION.


KELUASAN:
RIMA BRADLEY MERUPAKAN SEBUAH TERUSAN DENGAN KEPANJANGAN HAMPIR 161 km.


ERA PEMBENTUKAN:
RIMA BRADLEY TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
RIMA BRADLEY ADALAH SEBUAH TERUSAN YANG BESAR DENGAN ARAH ALIRAN DARI BARAT-DAYA KE ARAH TIMUR-LAUT. IA TERLETAK DI KAKI BANJARAN MONTES APENNINUS.


PEMERHATIAN:
RIMA BRADLEY MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA KE HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).


PERALATAN:
RIMA BRADLEY DAPAT DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN REFRACTOR BERKUASA 200 mm.


PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI RIMA BRADLEY.


PENGHORMATAN:
RIMA BRADLEY DINAMAKAN SEMPENA JAMES BRADLEY IAITU SE ORANG AHLI ASTRONOMI ENGLISH PADA KURUN KE 18. BELIAU DILAHIRKAN DI SHERBORNE PADA 1692 DAN MENINGGAL DUNIA DI CHALFORD PADA 1762. IA TELAH MENJADI PENGARAH DI 'OBSERVATORY OF GREENWICH ROYAL ASTRONOMER DALAM TAHUN 1742. BELIAU JUGA TELAH MENEMUI 'THE ABERRATION OF THE LIGHT' DALAM TAHUN 1727 SERTA 'THE NUTATION' DALAM TAHUN 1748.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                 CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                      atau
                 KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

MENGENALI BURUJ - LEO MINOR


BURUJ LEO MINOR
SINGA KECIL (THE LITTLE LION)


KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
LMI

DESKRIPSI:
BURUJ LEO MINOR DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR SINGA. IANYA MERUPAKAN SEEKOR ANAK SINGA (LION CUB) YANG LEBIH KECIL DARIPADA SINGA YANG DIGAMBARKAN DI BURUJ LEO. KEDUDUKAN LEO MINOR ADALAH DI ATAS BURUJ LEO IAITU LEBIH KE UTARA DI LANGIT.



KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ LEO MINOR TERLETAK DI +23O UTARA DAN +41O UTARA SERTA 9h22m DAN 11h05m. BURUJ LEO MINOR BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -45O SELATAN. BURUJ LEO MINOR MEMPUNYAI KELUASAN 232 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 64 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ LEO MINOR IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ URSA MAJOR DAN BURUJ LEO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ LEO
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LYNX DAN BURUJ CANCER
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ URSA MAJOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DALAM BURUJ LEO MINOR:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG RAPAT (CLOSE) DENGAN KOMPANINYA (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 39 TAHUN. KOMPANI BERMAGNITUD +7.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE -P.A) KEDUA BINTANG IALAH 223O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.4".


BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ LEO MINOR.
~  BINTANG R LEO MINORIS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.30 HINGGA KE MAGNITUD +13.00 DALAM JANGKA MASA 372.2 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ LEO MINOR DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JANUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':


BURUJ LEO MINOR MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  NGC3003 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG DAPAT DILIHAT HANYA PADA SISINYA (EDGE-ON). IANYA AGAK BESAR TETAPI AMAT KABUR (FAINT). NGC3003 BERMAGNITUD +11.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +14.00. IA BERADA 80 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.  




~  NGC3395 MERUPAKAN SALAH SATU DARI DUA GALAKSI (GALAXY) YANG BERTEMBUNG (INTERACTING) DENGAN NGC3396. MEREKA IALAH GALAKSI YANG KECIL TETAPI CERAH. NAMUN, IA MENGGAMBARKAN 'HUBUNGAN' ANTARA KEDUA GALAKSI. NGC3395 BERMAGNITUD +12.10 DENGAN KECERAHAN +12.90. NGC3396 LEBIH KECIL DAN LEBIH KABUR DARI NGC3395. NGC3396 BERMAGNITUD +12.10 DENGAN KECERAHAN +13.40.




~  NGC3504 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AGAK GANJIL. 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) MENYALUTI KESELURUHAN GALAKSI DAN MEMBENTUK SATU 'LINGKARAN' DI LUARAN YANG KABUR (FAINT OUTER RING). TERDAPAT SATU SUPERNOVA SN2001ac DI DALAM 'LENGAN' BERPUTAR INI. NGC3504 BERMAGNITUD +11.00 DENGAN KECERAHAN +12.80.




~  NGC3414 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG BERADA 85 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IA BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +13.30.





~  NGC3277 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG AMAT CERAH DAN PADAT. IA MEMPUNYAI NUKLEUS YANG MENONJOL DI 'PUSAT' NGC3277.




~  NGC3432 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE KNITTING NEEDLE NEBULA". IA KELIHATAN PADA 'SISI' (EDGE-ON) DARI BUMI DENGAN JARAK 42 JUTA TAHUN CAHAYA. NGC3432 BERMAGNITUD +11.67 DAN IANYA KELIHATAN MENARIK.





~  NGC3294 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG CERAH DAN JUGA 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS). NGC3294 BERMAGNITUD +11.20.




~  NGC2859 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK MEMANJANG (LENTICULAR) YANG MEMPUNYAI 'LINGKARAN' LUAR (OUTER RING). IA JUGA MEMPUNYAI GARIS YANG MENONJOL DENGAN KAWASAN TENGAH YANG CERAH. CAKERA LUAR KELIHATAN BERCANTUMAN. NGC2859 BERADA 85 JUTA TAHUN CAHAYA DAN IA BERMAGNITUD +11.80.




~  NGC3344 MERUPAKAN JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG TERGOLONG DALAM 'VIRGO SUPERCLUSTER'. IA MEMPERLIHATKAN 'LINGKARAN' (RINGS) DAN 'LENGAN BERPUTAR' (SPIRAL ARMS) YANG AGAK 'LONGGAR' (LOOSE). TERDAPAT 'LINGKARAN' DALAM (INNER RING) DAN 'LINGKARAN' LUAR (OUTER RING) DENGAN 'LENGAN UTAMA' BERPUTAR KELUAR (OUTWARD) DARI 'LINGKARAN' DALAM DAN SEDIKIT MEMBUJUR. NGC3344 BERMAGNITUD +10.50 DENGAN KECERAHAN +13.40 DAN IA BERADA 22.5 JUTA TAHUN CAHAYA.




~  NGC3486 JUGA SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) DENGAN 'LINGKARAN' DALAM YANG MEMPUNYAI 'LENGAN' (ARMS) YANG AGAK 'LONGGAR'. TERDAPAT GARIS SEMPADAN YANG KURANG BERCAHAYA DENGAN NUKLEUS YANG AKTIF. 'LENGAN' DI BAHAGIAN LUAR KELIHATAN AGAK 'LEMAH'. NGC3486 BERADA 27.4 JUTAN TAHUN CAHAYA DARI BUMI DENGAN MAGNITUD +10.50 SERTA KECERAHAN +14.30. IA KELIHATAN MENGHADAP (FACE-ON) BUMI.




HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ LEO MINOR MENGHASILKAN SATU HUJAN METEOR IAITU:
~  HUJAN METEOR LEONIS MINORIDS (METEOR SHOWER) YANG BERLAKU ANTARA OKTOBER 19 HINGGA OKTOBER 27. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA OKTOBER 23. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AMAT RENDAH IAITU HANYA 2 - 3 METEOR SEJAM. HUJAN METEOR INI DIKAITKAN DENGAN KOMET C/1739 KI (ZANOTTI). IA MERUPAKAN SATU HUJAN METEOR 'MINOR'.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                     CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                     KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM