Tuesday, December 30, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 76

LACUS SPEI
TASIK SPEI (THE LAKE OF HOPE)


KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:
LACUS SPEI TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS SPEI IALAH 65.0O TIMUR SERTA 43.0O UTARA. IA BERADA DI PINGGIR BULAN DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT.


KELUASAN:
LACUS SPEI MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 80 km.

ERA PEMBENTUKAN:
ERA PEMBENTUKAN LACUS SPEI TIDAK DIKETAHUI.


CIRI-CIRI:
LACUS SPEI MEMPUNYAI PERMUKAAN YANG AGAK RATA DAN TERLETAK DI TIMUR-LAUT KAWAH MESSALA. DENGAN PERMUKAAN KAWASAN YANG KEHITAMAN, IA MENGANDUNGI KAWAH ZENO P DAN ZENO K DI DALAM KAWASANNYA.

PEMERHATIAN:
LACUS SPEI DAPAT DICERAP PADA HARI KETIGA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK.


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS SPEI, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS SPEI.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment