Tuesday, December 2, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 72

LACUS HIEMALIS
TASIK HIEMALIS (THE LAKE OF WINTER)


KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:
LACUS HIEMALIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS HIEMALIS IALAH 14.0O TIMUR SERTA 15.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.


KELUASAN:
LACUS HIEMALIS MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 50 km.

ERA PEMBENTUKAN:
LACUS HIEMALIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
LACUS HIEMALIS MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG KECIL, KEHITAMAN SERTA PERMUKAANNYA RATA TERLETAK ANTARA BINGKAI DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS DENGAN TEBING CURAM DI BAHAGAIAN BARAT-DAYA KAWAH MENELAUS. TERDAPAT KAWAH MENELAUS C DI SEBELAH TENGGARA LACUS HIEMALIS. 

PEMERHATIAN:
LACUS HIEMALIS DAPAT DICERAP PADA HARI KEENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KELIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS HIEMALIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS HIEMALIS.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment