Monday, December 8, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 73

LACUS FELICITATIS
TASIK FELICITATIS (THE LAKE OF HAPPINESS)


KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:
LACUS FELICITATIS TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS FELICITATIS IALAH 5.0O TIMUR SERTA 19.0O UTARA. IA BERADA BERHAMPIRAN DENGAN MONTES APENNINUS REGION.


KELUASAN:
LACUS FELICITATIS MEMPUNYAI KELUASAN

ERA PEMBENTUKAN:
LACUS FELICITATIS TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
LACUS FELICITATIS MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG AGAK KECIL, KEHITAMAN SERTA PERMUKAANNYA RATA. IA BERADA DI UTARA MARE VAPORUM. LACUS FELICITATIS TERBAHAGI KEPADA DUA BAHAGIAN OLEH BANJARAN PUNCAK-PUNCAK.

PEMERHATIAN:
LACUS FELICITATIS DAPAT DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KEENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS FELICITATIS, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS FELICITATIS.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment