Tuesday, December 23, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 75

LACUS ODII
TASIK ODII (THE LAKE OF HATE)


KATEGORI:
TASIK (LAKE / LACUS)

LOKASI:
LACUS ODII TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT LACUS ODII IALAH 7.0O TIMUR SERTA 19.0O UTARA. IA BERADA DI BAHAGIAN BARAT-DAYA MARE SERENITATIS.



KELUASAN:
LACUS ODII MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 70 km.

ERA PEMBENTUKAN:
LACUS ODII TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.



CIRI-CIRI:
LACUS ODII MERUPAKAN SEBUAH TASIK YANG BERBENTUK MEMANJANG DENGAN KAWASAN PERMUKAAN YANG RATA DAN KEHITAMAN. IA TERLETAK SELARI DENGAN MARE SERENITATIS SEHINGGA KE BAHAGIAN BARAT-DAYA. IA KELIHATAN SEPERTI TERBENTUK HASIL CANTUMAN DUA BUAH KAWAH LAMA.

PEMERHATIAN:
LACUS ODII DAPAT DICERAP PADA HARI KEENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KELIMA BULAN PENUH (FULL MOON). IA MEMPUNYAI FORMASI YANG CUKUP MENARIK.



PERALATAN:
UNTUK MENCERAP LACUS ODII, TELESKOP JENIS 'REFRACTOR' BERKUASA 50 mm DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI LACUS ODII.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

             CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
             KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment