Thursday, July 31, 2014

MENGENALI BURUJ - DORADO

BURUJ DORADO
IKAN TODAK (THE SWORDFISH)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
DOR

DESKRIPSI:
BURUJ DORADO DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR IKAN TODAK.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ DORADO TERLETAK DI -49O SELATAN DAN -70O SELATAN SERTA 3h55m DAN 6h30m. BURUJ DORADO BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +20O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ DORADO MEMPUNYAI KELUASAN 179 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 72 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ DORADO IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ VOLANS DAN BURUJ PICTOR
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MENSA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ RETICULUM, BURUJ HYDRUS DAN BURUJ HOROLOGIUM
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ HOROLOGIUM DAN BURUJ CAELUM

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BURUJ DORADO TIDAK MEMPUNYAI BINTANG BINARI (BINARY STAR).

BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ DORADO:
~  BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA-CV TYPE VARIABLE" MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI +3.26 KE MAGNITUD +3.30 SETIAP 2 HARI DAN 23 MINIT.
~  BINTANG BETA PULA DIKETEGORIKAN SEBAGAI "CEPHEID-TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI +3.46 KE MAGNITUD +4.08 SETIAP 9 HARI 20 MINIT.
~  BINTANG GAMMA PULA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "EW-TYPE VARIABLE" DI MANA MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI +4.23 KE MAGNITUD +4.27.
~  BINTANG R DORADUS ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +4.80 HINGGA KE MAGNITUD +6.60 DALAM JANGKA MASA 338 HARI. IA DIKELASKAN SEBAGAI "SEMI-REGULAR TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ DORADO DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA JAM 11 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA JAM 10 MALAM
~  DALAM BULAN JANUARI PADA JAM 9 MALAM
~  DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ DORADO MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~  NGC2070
~  "THE LARGE MAGELLANIC CLOUD"
~  NGC1978
~  NGC2100
~  NGC1566
~  NGC1866

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ DORADO TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL;

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                         atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment