TELUK MEDII (CENTRAL BAY)
TELUK (BAY / SINUS)
LOKASI:
SINUS MEDII TERLETAK DI TENGAH-TENGAH PERMUKAAN BULAN YANG DAPAT DILIHAT DARI BUMI. IA BERADA DI SUKUAN TIMUR-LAUT PADA KOORDINAT 0.0O TIMUR DAN 0.0O UTARA. SINUS MEDII MENGHUBUNGKAN MARE INSULARUM DI SEBELAH BARAT DENGAN MARE VAPORUM DI SEBELAH UTARA.
KELUASAN:
SINUS MEDII MEMPUNYAI KELUASAN 335 km.
ERA PEMBENTUKAN:
SINUS MEDII TERBENTUK PADA ERA IMBRIAN IAITU LEBIH KURANG -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.2 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
(UPDATE)
PEMERHATIAN:
SINUS MEDII MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP SINUS MEDII, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TERDAPAT DUA MISI YANG DILANCARKAN UNTUK MENEROKA SINUS MEDII.
~ MISI PERTAMA ADALAH MISI KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 4' YANG DILANCARKAN PADA 14hb, JULAI. 1967. NAMUN, MISI INI GAGAL APABILA 'SURVEYOR 4' TERHEMPAS KE PERMUKAAN BULAN PADA KOORDINAT 0.4O UTARA DAN 1.3O BARAT. IA TERPUTUS PERHUBUNGAN 2.5 MINIT SEBELUM DIJANGKAKAN MENDARAT.
~ MISI KEDUA ADALAH MISI KAPAL ANGKASA 'SURVEYOR 6' YANG TELAH DILANCARKAN PADA 7hb, NOVEMBER. 1967. IA BERJAYA MENDARAT DI KOORDINAT 0.5O UTARA DAN 1.4O BARAT PADA 10hb, NOVEMBER. 1967. 'SURVEYOR 6' BERJAYA MENGHARUNGI SITUASI MALAM DI BULAN SELAMA 2 MINGGU.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment