Tuesday, July 15, 2014

MENGENALI BURUJ - CORONA BOREALIS

BURUJ CORONA BOREALIS
MAHKOTA UTARA (NORTHERN CROWN)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CrB

DESKRIPSI:
CORONA BOREALIS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH MAHKOTA DAN KEDUDUKAN BURUJ INI YANG BERADA DI HEMISFERA UTARA, MAKA IA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEBUAH MAHKOTA UTARA. IA UNTUK MEMBEZAKAN DENGAN MAHKOTA SELATAN.

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CORONA BOREALIS TERLETAK DI +25O UTARA DAN +39O UTARA SERTA 15h20m DAN 16h25m. BURUJ CORONA BOREALIS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -50O SELATAN. BURUJ CORONA BOREALIS MEMPUNYAI KELUASAN 179 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 73 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CORONA BOREALIS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ HERCULES
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ HERCULES DAN BURUJ SERPENS CAPUT
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ BOOTES
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ BOOTES DAN BURUJ HERCULES

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CORONA BOREALIS:
~  BINTANG GAMMA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG AMAT RAPAT (CLOSE BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANINYA (COMPANION) YANG MENGORBIT SETIAP 91 TAHUN. "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ANTARA KEDUA-DUA BINTANG IALAH 0.2". "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUANYA ADALAH PADA 265O.
~  BINTANG ETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG MENARIK DENGAN BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 41.5 TAHUN; P.A PADA 47O DENGAN SEP PADA 0.9".
~  BINTANG ZETA2 DAN BINTANG ZETA1  MERUPAKAN BINARI YANG MANA KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN DENGAN MAGNITUD +5.0 DAN +6.0. BINTANG ZETA2 MERUPAKAN BINTANG UTAMA (PRIMARY STAR) DAN BINTANG ZETA1 ADALAH KOMPANINYA. IA BERADA PADA P.A 305O DENGAN SEP PADA 6.3".
~  BINTANG SIGMA IALAH SEBUAH BINTANG BINARI YANG AMAT PERLAHAN (SLOW BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANI YANG MENGAMBIL MASA 1 RIBU TAHUN UNTUK MENGORBIT BINTANG SIGMA. IA BERADA PADA P.A 236O DENGAN SEP PADA 7.03".
~  BINTANG NU1 DAN BINTANG NU2  MEMBENTUK SATU BINARI YANG LUAS (WIDE BINARY) DENGAN KEDUA-DUA BINTANG BERWARNA JINGGA. IA BERADA PADA P.A 166O DENGAN SEP PADA 372". IA SESUAI DICERAP DENGAN MENGGUNAKAN TEROPONG ATAU TELESKOP.



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CORONA BOREALIS:
~  BINTANG ALPHA ADALAH BINTANG VARIABLE YANG DIKELASKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY STAR" ATAU "EA-TYPE VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +2.21 KE MAGNITUD +2.32 DALAM MASA 17.36 HARI.
~  BINTANG BETA PULA ADALAH BINTANG VARIABLE DALAM KATEGORI "CV-TYPE VARIABLE" ATAU "ROTATING VARIABLE STAR" DI MANA IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.65 KE MAGNITUD +3.72 DALAM MASA 18.487 HARI.
~  BINTANG GAMMA PULA ADALAH BINTANG YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA ScT TYPE VARIABLE" ATAU "PULSATING VARIABLE STAR" YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +3.80 KE MAGNITUD +3.86 DALAM MASA 43 MINIT 12 SAAT.
~  BINTANG DELTA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "RS-TYPE VARIABLE" YANG BERUBAH DARI MAGNITUD +4.57 KE MAGNITUD +4.69.
~  BINTANG SIGMA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "RS-TYPE VARIABLE" DAN JUGA SEBAGAI "DELTA ScT TYPE VARIABLE" YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.69 KE MAGNITUD +5.74 DALAM JANGKA MASA 1.14 HARI.
~  BINTANG R CrB ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.71 HINGGA KE MAGNITUD +14.80. PROSES PERUBAHAN MAGNITUD BINTANG INI BERLAKU APABILA BINTANG R CrB MENGEKALKAN MAGNITUDNYA PADA +5.71 SELAMA BEBERAPA TAHUN SEBELUM MAGNITUD MENURUN HINGGA KE +14. IA BERLAKU UNTUK JANGKA MASA TERTENTU DAN AKHIRNYA IA KEMBALI KE MAGNITUD +5.71. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "RcB-TYPE VARIABLE" ATAU "ERUPTIVE VARIABLE STAR".

PEMERHATIAN:
BURUJ CORONA BOREALIS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY":
BURUJ CORONA BOREALIS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:



~  CORONA BOREALIS GALAXY CLUSTER
~  NGC5958
~  NGC6085
~  NGC6086
~  NGC6109

HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CORONA BOREALIS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).

SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                    CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                         atau
                    KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

No comments:

Post a Comment