BURUNG GAGAK (THE CROW)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CRV
DESKRIPSI:
BURUJ CORVUS DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR BURUNG GAGAK. DALAM BAHASA LATIN, IA DIPANGGIL 'CROW' ATAU 'RAVEN'. BURUJ CORVUS MERUPAKAN SEEKOR BURUNG GAGAK KEPADA 'APOLLO' (ANAK KEPADA ZEUS DAN LETO; ADIK KEMBAR BERNAMA ARTEMIS; MERUPAKAN DEWA CAHAYA DAN DEWA MATAHARI); MENURUT MITOS YUNANI (GREEK MYTHOLOGY). IA TELAH DIKATALOGKAN OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI YUNANI IAITU PTOLEMY PADA ABAD KE 2.
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CORVUS TERLETAK DI -12O SELATAN DAN -25O SELATAN SERTA 11h55m DAN 12h55m. BURUJ CORVUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +60O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CORVUS MEMPUNYAI KELUASAN 184 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 70 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CORVUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ VIRGO
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ HYDRA
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ CRATER
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ VIRGOBURUJ VIRGO
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CORVUS:
~ BINTANG ZETA MERUPAKAN SEBUAH BINARI OPTIKAL (OPTICAL BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANI (COMPANION) BERMAGNITUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG BERADA PADA 66O DENGAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) PULA ADALAH PADA 11".
~ BINTANG DELTA YANG MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +9.20; P.A PADA 214O DENGAN SEP PADA 24". BINTANG DELTA BERWARNA PUTIH, MANAKALA, BINTANG KOMPANI PULA BERWARNA KEUNGUAN.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CORVUS:
~ BINTANG R CORVI ADALAH SEBUAH BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +6.7 HINGGA KE MAGNITUD +14.40 DALAM JANGKA MASA 317.03 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA-TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ CORVUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CORVUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK:
~ NGC4038 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "THE RINGTALE GALAXY" ADALAH DARI JENIS YANG AMAT JARANG DITEMUI DAN DIPANGGIL SEBAGAI GALAKSI 'PECULAR' (PECULIAR GALAXY). IA MENYERUPAI 'JANIN' (FOETUS). IA BERMAGNITUD +10.30 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.10.
~ NGC4361 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERMAGNITUD +10.90 DENGAN KECERAHAN +11.10.
~ NGC4783 JUGA MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI (GALAXY) YANG BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +12.80.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CORVUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEKALI SETAHUN:
~ HUJAN METEOR CORVIDS MENCAPAI KEMUNCAK PADA JUN 26 SETIAP TAHUN. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) HUJAN METEOR INI AGAK TINGGI IAITU 30 METEOR SEJAM. PUSAT 'RADIAN' HUJAN METEOR INI ADALAH RA = 191.6O DENGAN DEC = -19.2O. SUMBER HUJAN METEOR DIPERCAYAI DARIPADA ASTEROID 1979VA.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU FEEDBACK, KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONONY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment