Tuesday, January 21, 2014

MENGENALI BURUJ - CYGNUS

BURUJ CYGNUS
ANGSA (THE SWAN)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CYG

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CYGNUS TERLETAK DI +27O UTARA DAN +61O UTARA SERTA 19h05m DAN 22h02m. BURUJ CYGNUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -40O SELATAN. BURUJ CYGNUS MEMPUNYAI KELUASAN 804 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 16 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CYGNUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LACERTA DAN BURUJ PEGASUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ VULPECULA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LYRA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ DRACO DAN BURUJ CEPHEUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CYGNUS:
~  BINTANG BETA1 DAN BINTANG BETA2 MEMBENTUK SATU BINARI ISTIMEWA YANG BERWARNA EMAS DENGAN KOMPANI (COMPANION) BERWARNA BIRU. KEDUDUKAN KOMPANINYA AGAK JAUH (WIDE BINARY) DAN BERMAGNITUD +5.1. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 54O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 34.3".
~  BINTANG DELTA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI 'VISUAL' DI MANA BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 828 TAHUN DAN IA BERMAGNITUD +6.3; P.A PADA 224O DAN SEP PADA 2.5".
~  BINTANG MU JUGA SEBUAH BINTANG BINARI 'VISUAL' DENGAN KOMPANINYA MENGORBIT SETIAP 789 TAHUN DAN IA MEMPUNYAI MAGNITUD +6.1; P.A PADA 309O DAN SEP PADA 1.85".
~  BINTANG TAU JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI 'VISUAL' DENGAN BINTANG KOMPANI MENGORBIT PADA SETIAP 49.9 TAHUN. IA BERMAGNITUD +6.8 DENGAN P.A PADA 328O DAN SEP PADA 0.8".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CYGNUS.
~  BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA CYGNI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +1.21 KE MAGNITUD +1.29 SETIAP 5 HINGGA 10 HARI.
~  BINTANG TAU PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG TAU BERUBAH DARI +3.65 KE +3.75.
~  BINTANG UPSILON PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG UPSILON BERUBAH DARI +4.28 KE +4.50.
~  BINTANG CHI PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG CHI BERUBAH DARI +4.3 KE +14.2 DALAM JANGKA MASA 408.05 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ CYGNUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':



BURUJ CYGNUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M29 (MESSIER 29) ATAU NGC6913 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN 6 BIJI BINTANG BERMAGNITUD +8 MEMBENTUK 'SEGI-EMPAT'. M29 BERMAGNITUD +6.60 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00.



~  M39 ATAU NGC7092 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG DALAM MAGNITUD +7. M39 MEMPUNYAI BENTUK SEPERTI 'SEGI-TIGA' DAN IA BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +11.0.



~  NGC7000 ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE NORTH AMERICAN NEBULA" KERANA BENTUKNYA SEPERTI 'PETA AMERIKA UTARA'. IA BERWARNA AGAK KEHIJAUAN YANG TERHASIL DARIPADA GAS-GAS YANG DIBEBASKAN OLEH BINTANG-BINTANG DI DALAM NGC7000. IA BERMAGNITUD +4.00 DENGAN KECERAHAN +12.63.



~  NGC6960 ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE VEIL NEBULA" YANG MENGANDUNGI  NGC6992 DAN NGC6995 MERUPAKAN GAS-GAS YANG DIBEBASKAN YANG BERBENTUK SEPERTI 'BENANG-BENANG BULU YANG DIPINTAL' (FILAMENT) TERAPUNG-APUNG DI ANGKASA. IA SUNGGUH MENARIK TETAPI DENGAN TELESKOP YANG BESAR SERTA KEADAAN CUACA YANG SESUAI DAN JUGA KESABARAN DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP NEBULA TERSEBUT. NGC6960 TERBAHAGI KEPADA 'NEBULA WEST' DAN 'NEBULA EAST' DAN IA BERMAGNITUD +7.00 DENGAN KECERAHAN +11.50 KE +13.44. GAMBAR "VEIL NEBULA WEST" (ATAS) DAN "VEIL NEBULA EAST" (BAWAH).




~  NGC6888 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE CRESCENT NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERMAGNITUD +7.4. NGC6888 IALAH HASIL PERLANGGARAN YANG MENGHASILKAN 'KERANGKA LUAR' (SHELL) DAN 2 'GELOMBANG GEGARAN' (SHOCK WAVES). NGC6888 BERADA 5,000 TAHUN CAHAYA.



~  NGC6826 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE BLINKING PLANETARY" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). NGC6826 MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG AMAT TERANG DAN 2 'TAMPALAN' (PATCHES) YANG CERAH DI SETIAP SISI YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'FLIER' (FAST LOW IONIZATION EMISSION REGIONS). NGC6826 BERMAGNITUD +8.8 DAN IA BERADA 2,000 TAHUN CAHAYA.



~  NGC6946 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE FIREWORK GALAXY" YANG MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY). TERDAPAT SEBANYAK 9 'SUPERNOVA' PADA NGC6946 IAITU SN1917A, SN1939C, SN1948B, SN1968D, SN1969P, SN1980K, SN2002hh, SN2004et DAN SN2008S. NGC6946 BERMAGNITUD +9.6 DAN BERADA 22.5 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC7008 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE FETUS NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). IANYA AGAK 'PADAT' DAN BULAT. NGC7008 MEMANCUTKAN (EJECT) KERANGKA LAPISAN LUAR (OUTER LAYERS), MANAKALA BINTANG-BINTANG YANG MENYEJUK SEHINGGA MENCAPAI PERINGKAT BINTANG KERDIL PUTIH (WHITE DWARF STARS). NGC7008 BERMAGNITUD +12.0 DAN IA BERADA 2,800 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  IC5146 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE COCOON NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANTULAN (REFLECTION NEBULA) DAN NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA). IC5146 BERMAGNITUD +7.2 DAN IA BERADA 3,300 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IC5146 JUGA MELIBATKAN B168 IAITU SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA) DI MANA KELIHATAN B168 SEBAGAI 'LORONG' (TRAIL) DI BELAKANG IC5146.





HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CYGNUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI SETAHUN.
~  HUJAN METEOR OCTOBER CYGNIDS BERLANGSUNG DARI JULAI 11 HINGGA JULAI 30. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JULAI 18 SETIAP TAHUN. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AGAK RENDAH IAITU HANYA 2 METEOR SEJAM KERANA HUJAN METEOR INI ADALAH HUJAN METEOR 'MINOR'.
~  HUJAN METEOR KAPPA CYGNIDS BERLANGSUNG DARI OGOS 8 HINGGA OGOS 23. KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA OGOS 17 SETIAP TAHUN. ZHR AGAK RENDAH JUGA IAITU 3 METEOR SEJAM (HUJAN METEOR 'MINOR'). 'RADIAN' HUJAN METEOR BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG KAPPA CYGNI.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN E-MAIL 

                       CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                          atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"ON A CLEAR NIGHT, ANYONE - NOVICE, AMATEUR OR PROFESSIONAL ASTRONOMER - CAN GAZE UPWARD AS THE STARRY SKY OVERHEAD AND SEE THE STARS AS OUR ANCESTORS SAW THEM."

No comments:

Post a Comment