MANUSIA BERBADAN KUDA (THE HORSEMAN)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CEN
DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CENTAURUS TERLETAK DI -30O SELATAN DAN -65O SELATAN SERTA 11h10m DAN 15h05m. BURUJ CENTAURUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +25O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CENTAURUS MEMPUNYAI KELUASAN 1060 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 9 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CENTAURUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LUPUS DAN BURUJ CIRCINUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ ANTLIA DAN BURUJ VELA
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CRUX, BURUJ MUSCA DAN BURUJ CARINA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ HYDRA DAN BURUJ LIBRA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CENTAURUS:
~ BINTANG ALPHA1 DAN BINTANG ALPHA2 MEMBENTUK SATU BINARI YANG LEBAR (WIDE BINARY) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG MENGORBIT SETIAP 79.92 TAHUN DAN BERMAGNITUD +1.20. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 222O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) PULA IALAH 14.1".
~ BINTANG BETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI YANG AGAK SUKAR DILIHAT KERANA IA 'HILANG' OLEH KECERAHAN BINTANG BETA YANG BERMAGNITUD +0.58 BERBANDING BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +3.95; P.A PADA 53O DAN SEP PADA 6.5".
~ BINTANG GAMMA DAN KOMPANINYA MEMPUNYAI MAGNITUD YANG SAMA IAITU +2.90 DAN MENJADI BINARI 'VISUAL' BERGANDA (VISUAL DOUBLE). P.A PADA 347O DAN SEP PADA 1.0".
~ BINTANG ETA PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI YANG AGAK KABUR (FAINT). IA BERMAGNITUD +13.0; P.A PADA 270O DAN SEP PADA 5.6".
~ BINTANG KAPPA JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN BINTANG KOMPANI YANG KABUR (FAINT) BERMAGNITUD +11.0; PADA P.A 82O DAN SEP PADA 3.9".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CENTAURUS.
~ BINTANG ALPHAC DIKELASKAN DALAM KATEGORI "UV CETI TYPE VARIABLE" DAN BINTANG ALPHAC BERUBAH +3.5 MAGNITUD DALAM MASA 7 SAAT. KEBANYAKAN BINTANG KELAS INI ADALAH JENIS BINTANG YANG PANAS MEMBARA (FLARE STAR).
~ BINTANG R CENTAURI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.3 HINGGA KE MAGNITUD +11.8 DALAM JANGKA MASA 564.2 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ CENTAURUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN FEBRUARI PADA JAM 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN MAC PADA JAM 11 MALAM
~ DALAM BULAN APRIL PADA JAM 10 MALAM
~ DALAM BULAN MEI PADA JAM 9 MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA JAM 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ CENTAURUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ NGC5139 ATAU 'OMEGA CENTAURI' BERMAGNITUD +3.70 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.24. IA MERUPAKAN KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING MENARIK DAN CANTIK. IANYA CERAH DAN PADAT (DENSE) SERTA MENGANDUNGI LEBIH DARIPADA SERIBU BIJI BINTANG.
~ NGC5128 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'CENTAURUS A' YANG TIDAK MEMPUNYAI BENTUK YANG KHUSUS SEPERTI BENTUK BUJUR (ELLIPTICAL) ATAU BENTUK BULAT (LENTICULAR). TERDAPAT LORONG-LORONG DEBU (DUST LANES) NGC5128 DARIPADA PENGGABUNGAN DUA GALAKSI KECIL DAN MENGHASILKAN BENTUK YANG GANJIL. IA BERMAGNITUD +6.84 DAN BERADA 10,000 HINGGA 16,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
~ NGC4945 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG MENYERUPAI GALAKSI 'BIMA SAKTI' (MILKY WAY). NGC4945 BERKEMUNGKINAN MENGANDUNGI 'LOHONG HITAM' (BLACK HOLE). IA DILIHAT PADA 'SISI' (EDGE-ON) DARI BUMI. NGC4945 BERMAGNITUD +9.3 DAN BERADA 11,000 TAHUN CAHAYA.
~ NGC3766 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG TERDIRI DARIPADA BINTANG-BINTANG 'MUDA' (YOUNG STARS). IA BERMAGNITUD +5.3 DAN BERADA 5,500 TAHUN CAHAYA. NGC3766 DAPAT DICERAP MENGGUNAKAN TEROPONG (BINOCULAR).
~ NGC5286 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL). IA DIANGGARKAN BERUSIA 12.54 BILION TAHUN YANG MERUPAKAN KLUSTER GLOBAL YANG TERTUA DALAM GALAKSI. NGC5286 BERMAGNITUD +7.6 DAN BERADA 35,900 TAHUN CAHAYA. BINTANG YANG CERAH BERHAMPIRAN NGC5286 IALAH BINTANG M CENTAURI BERMAGNITUD +4.6.
~ IC2944 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE RUNNING CHICKEN NEBULA". IA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DIKAITKAN DENGAN NEBULA 'PANCARAN' (EMISSION NEBULA). JIKA DIPERHATIKAN DENGAN TELITI, BENTUK IC2944 KELIHATAN SEPERTI SEEKOR AYAM SEDANG BERLARI. IC2944 BERMAGNITUD +4.5.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CENTAURUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR SEBANYAK TIGA KALI DALAM MASA SETAHUN.
~ HUJAN METEOR ALPHA CENTAURIDS (METEOR SHOWER) BERLANGSUNG DARI JANUARI 28 HINGGA FEBRUARI 21. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA FEBRUARI 7 SETIAP TAHUN. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) IALAH 6 METEOR SEJAM. 'RADIAN' (PUSAT) HUJAN METEOR INI IALAH RA = 216O DAN DEC = -60O. IA HANYALAH HUJAN METEOR 'MINOR'.
~ HUJAN METEOR OMICRON CENTAURIDS (METEOR SHOWER) BERLANGSUNG DARI JANUARI 31 HINGGA FEBRUARI 19. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA FEBRUARI 11SETIAP TAHUN. 'ZHR' AMAT RENDAH IAITU 2 METEOR SEJAM KERANA IA JUGA SEBUAH HUJAN METEOR 'MINOR'.
~ HUJAN METEOR THETA CENTAURIDS (METEOR SHOWER) BERLANGSUNG PADA JANUARI 23 HINGGA MAC 12. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA FEBRUARI 14 SETIAP TAHUN. ZHR HANYA 4 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI IALAH RA = 210O DAM DEC = -40O. IA JUGA HANYA HUJAN METEOR 'MINOR'.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"IT IS CLEAR THAT WE NEED TO INSTILL A SENSE OF JOY IN LEARNING SCIENCE. I HAVE BEEN STUDYING ASTRONOMY BECAUSE I WAS CURIOUS ABOUT THE UNIVERSE AND THE ULTIMATE PUZZLE OF EXISTENCE."
No comments:
Post a Comment