Wednesday, January 8, 2014

MENGENALI BURUJ - CASSIOPEIA

BURUJ CASSIOPEIA
PERMAISURI CASSIOPEIA (QUEEN CASSIOPEIA)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN: 
CAS

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CASSIOPEIA TERLETAK DI +47O UTARA DAN +78O UTARA SERTA 22h58m DAN 3h40m. BURUJ CASSIOPEIA BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -20O SELATAN. BURUJ CASSIOPEIA MEMPUNYAI KELUASAN 598 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 25 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CASSIOPEIA IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CAMELOPARDALIS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ PERSEUS DAN BURUJ ANDROMEDA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LACERTA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ CEPHEUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CASSIOPEIA:
~  BINTANG GAMMA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI YANG AGAK SUKAR MENCARI BINTANG KOMPANI (COMPANION) NYA KERANA IA AGAK KABUR (FAINT). BINTANG GAMMA YANG BERMAGNITUD +2.5 YANG TERANG MENYEBABKAN BINTANG KOMPANINYA YANG BERMAGNITUD +11.00 'HILANG' DALAM KECERAHAN BINTANG GAMMA. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 252O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) PULA IALAH 2.8".
~  BINTANG ETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERWARNA MERAH, MANAKALA BINTANG ETA BERWARNA KUNING. BERMAGNITUD +7.50; P.A PADA 315O DAN SEP PADA 12.7". IA MENGORBIT BINTANG ETA SETIAP 480 TAHUN.
~  BINTANG LAMBDA MEMPUNYAI KOMPANI YANG BERMAGNITUD +6.00; P.A PADA 179O DAN SEP PADA 0.5". BINTANG LAMBDA BERMAGNITUD +5.5.
~  BINTANG IOTA PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG UNIK. IA MEMPUNYAI SISTEM TIGA BINTANG (TRIPLE STAR SYSTEM) DENGAN BINTANG IOTA DAN BINTANG KOMPANI B MERUPAKAN BINARI 'VISUAL' DENGAN MAGNITUD +6.90; P.A PADA 231O DAN SEP PADA 2.5". MANAKALA, BINTANG KOMPANI C PULA BERMAGNITUD +8.0; PADA P.A 114O DAN SEP PADA 7.3".
~  BINTANG OMICRON MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +11.0; P.A PADA 302O DAN SEP PADA 33.6". BINTANG KOMPANI YANG AGAK KABUR (FAINT).
~  BINTANG PHI MEMPUNYAI SISTEM TIGA BINTANG (TRIPLE STAR SYSTEM) SEPERTI BINTANG IOTA. BINTANG KOMPANI B BERMAGNITUD +12.0; P.A PADA 208O DAN SEP PADA 48.6". MANAKALA, BINTANG KOMPANI C BERMAGNITUD +7.0; PADA P.A 231O DAN SEP PADA 134".
~  BINTANG SIGMA MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.1; P.A PADA 326O DAN SEP PADA 3.0".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CASSIOPEIA.
~  BINTANG BETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "DELTA SCT TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +2.25 KE MAGNITUD +2.31 DALAM JANGKA MASA 2 JAM 30 MINIT 11.5 SAAT (0.104 HARI).
~  BINTANG GAMMA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS TYPE VARIBLE". MAGNITUD BINTANG GAMMA BERUBAH DARI +1.50 KE +3.00 DALAM JANGKA MASA 0.7 HARI.
~  BINTANG IOTA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGI "ALPHA CvN TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG IOTA BERUBAH DARI +4.45 KE +4.58 DALAM JANGKA MASA 1.74 HARI.
~  BINTANG OMICRON PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG OMICRON BERUBAH DARI +4.50 KE +4.62.

PEMERHATIAN:
BURUJ CASSIOPEIA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':



BURUJ CASSIOPEIA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M52 (MESSIER 52) ATAU NGC7654 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH KURANG 120 BIJI BINTANG. IA BERMAGNITUD +6.90 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.00.



~  M103 ATAU NGC581 JUGA MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI LEBIH KURANG 40 BIJI BINTANG. M103 BERMAGNITUD +7.40 DENGAN KECERAHAN +11.00.



~  NGC7789 JUGA SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MEMPUNYAI SERIBU BIJI BINTANG MEMBENTUK KLUSTER INI. IA BERMAGNITUD +6.70 DENGAN KECERAHAN +12.46.



~  NGC147 DAN NGC185 TERLETAK BERHAMPIRAN ANTARA SATU SAMA LAIN. NGC147 DAN NGC185 MERUPAKAN GALAKSI KERDIL (DWARF GALAXIES) YANG MENJADI GALAKSI 'SATELIT' KEPADA GALAKSI ANDROMEDA (M31). NGC147 BERMAGNITUD +10.5, MANAKALA NGC185 BERMAGNITUD +10.1. KEDUA-DUA GALAKSI INI AGAK KABUR (FAINT) DAN MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG CERAH. NGC147 BERADA 2.58 JUTA TAHUN CAHAYA, MANAKALA NGC185 PULA BERADA 2.08 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI. NGC147 BERBENTUK 'BUJUR', MANAKALA NGC185 LEBIH 'CIRCULAR'. (NOTA) NGC147 (ATAS) DAN NGC185 (BAWAH)





~  NGC278 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG KECIL TETAPI KECERAHAN PERMUKAAN YANG TERANG. NGC278 TERBAHAGI KEPADA 2 KAWASAN YANG KETARA DI MANA KAWASAN DALAMAN (INNER REGION) MEMPUNYAI STRUKTUR 'LENGAN' BERPUTAR (SPIRAL ARMS), MANAKALA KAWASAN LUARAN (OUTER REGION) KELIHATAN SEPERTI 'KOSONG' KECUALI DEBU DAN GAS YANG TIDAK BERAPA JELAS. NGC278 BERMAGNITUD +11.50 DAN IA BERADA 38.5 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC281 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE PACMAN NEBULA" YANG MENYERUPAI KARAKTER PERMAINAN VIDEO. SEBENARNYA NGC281 ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA 'PERSEUS SPIRAL ARMS' (LENGAN BERPUTAR PERSEUS). IA TERDIRI JUGA DARIPADA KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) IC1590 DAN GAS BERSINAR (GLOW) YANG KABUR (FAINT). IA BERADA 9,500 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC457 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE OWL NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). TERDAPAT DUA BIJI BINTANG YANG CERAH IAITU BINTANG PHI1 DAN BINTANG PHI2 DAN DAPAT DILIHAT SEBAGAI 'MATA' KEPADA "THE OWL NEBULA" INI. NGC457 MENGANDUNGI LEBIH KURANG 150 BIJI BINTANG BERMAGNITUD ANTARA +12.0 KE +15.0. NGC457 BERMAGNITUD +6.4 DAN IA BERADA 7,900 TAHUN CAHAYA. KADANG-KADANG NGC457 DIPANGGIL JUGA SEBAGAI "THE E.T NEBULA". IA BERKECERAHAN +11.71.



~  NGC7635 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE BUBBLE NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA 'PANCARAN' (EMISSION NEBULA). NGC7635 TERBENTUK OLEH ANGIN STELAR DARI 'PUSAT' BINTANG 'MUDA YANG PANAS (HOT YOUNG STAR CENTER) MENYEBABKAN IA BERSINAR (GLOW) DAN MEMBENTUK 'KERANGKA' (SHELL) SEPERTI 'BUIH' (BUBBLE). NGC7635 BERMAGNITUD +10.0 DAN IA BERADA 11,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CASSIOPEIA TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN E-MAIL KE

                      CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                         atau
                      KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"DO YOU REMEMBER WHEN VOYAGER FLEW BY JUPITER, SATURN, URANUS AND NEPTUNE? PROGRESS IN SCIENCE TAKES TIME, BUT IT PROCEEDS WITH A CERTAIN INEVITABILITY. FINDING RINGS TOOK HOURS. COUNTING THEM TOOK DAYS. MEASURING THEIR POSITION TOOK MONTHS. MODELING THEM HAS TAKEN YEARS. UNDERSTANDING THEM WILL TAKE DECADE MORE. BUT THEORIES LIVE OR DIE BY THE FACTS. AND SLOWLY WE WILL FIND THE ANSWERS."

No comments:

Post a Comment