KAWASAN LAPANG BERTEBING (WALLED PLAIN)
LOKASI:
KAWAH ALBATEGNIUS TERLETAK DI SUKU TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KORDINAT KAWAH ALBATEGNIUS ADALAH 4.1O TIMUR DAN 11.2O SELATAN. IA BERADA DI KAWASAN 'PTOLEMAEUS CRATER REGION'.
KELUASAN:
KAWAH ALBATEGNIUS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 129 KM. TEBING DI KAWASAN SEKELILING KAWAH ALBATEGNIUS ADA YANG MENCAPAI KETINGGIAN 4,000 METER. KEDALAMAN LANTAI KAWAH ALBATEGNIUS MENCAPAI 4,400 METER. KEMUNCAK DI BAHAGIAN TENGAH LANTAI MEMPUNYAI KETINGGIAN 1,500 METER.
ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH ALBATEGNIUS TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU -3.92 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
(UPDATE)
PEMERHATIAN:
KAWAH ALBATEGNIUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUJ MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA ENAM HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH ALBATEGNIUS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIDAK ADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWAH ALBATEGNIUS
PENGHORMATAN:
KAWAH ALBATEGNIUS DINAMAKAN SEMPENA MUHAMMAD IBN JABIR AL-HARRANI AL-BATTANI IAITU AHLI ASTRONOMI BANGSA ARAB DALAM KURUN KE 9. AL-BATTANI DILAHIRKAN DI HARRAN DALAM TAHUN 858 DAN BELIAU MENINGGAL DUNIA DI QASR AL DJISS DALAM TAHUN 929. BELIAU TELAH MENGGARISKAN DENGAN TELITI MENGENAI PUSINGAN TAHUN DAN MUSIM, KADAR PEREDARAN MATAHARI DAN MENGGARISKAN MIRING BURUJ DI GARISAN KHATULISTIWA. AL-BATTANI TELAH MEMBUAT PENYELIDIKAN TENTANG GERHANA MATAHARI, BULAN DAN PERGERAKKANNYA. BELIAU MERUPAKAN ORANG PERTAMA YANG MENGGUNAKAN 'KOSAIN' DAN 'GARIS SENDENG' DALAM 'SEGITIGA'.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"ASTRONOMERS OF ALL KINDS - PROFESSIONAL AND AMATEUR - ARE IN AN ENVIABLE POSITION. WE ARE 'POSSESSORS' OF A UNIQUELY 'SCIENCE' AND THEREFORE CAN CONTRIBUTE SIGNIFICANTLY TO A NATIONAL AND WORLDWIDE EFFORT IN SCIENCE EDUCATION."
No comments:
Post a Comment