Monday, January 27, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 29

KAWAH THEOPHILUS




KATEGORI:
KAWAH (CRATER)

LOKASI:
KAWAH THEOPHILUS TERLETAK DI SUKU TENGGARA PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT KAWAH THEOPHILUS IALAH 26.4O TIMUR DAN 11.4O SELATAN. IA BERADA DI DALAM KAWASAN "THE THEOPHILUS CRATER NORTH-WEST REGION". KAWAH THEOPHILUS BERADA BERDERETAN DENGAN KAWAH CYRILLUS DAN KAWAH CATHARINA

KELUASAN:
KAWAH THEOPHILUS MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 110 km. KEDALAMAN KAWAH INI MENCAPAI 4,100 METER.



ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH THEOPHILUS TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU

CIRI-CIRI:
(UPDATE)



PEMERHATIAN:
KAWAH THEOPHILUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE EMPAT SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). KAWAH THEOPHILUS MEMPUNYAI GUNUNG DENGAN 4 PUNCAK (PEAK). IANYA SUNGGUH MENARIK.

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH THEOPHILUS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWAH THEOPHILUS

PENGHORMATAN:
KAWAH THEOPHILUS DINAMAKAN SEMPENA THEOPHILUS IAITU SEORANG AHLI FALSAFAH GREEK PADA KURUN KE 4.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                        CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                        KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"IT MAKES YOU RESPECT HOW TIME WAS MEASURED IN THE CENTURIES BEFORE THE INVENTION OF THE CALENDAR WATCH."

MENGENALI BURUJ - OPHIUCHUS

BURUJ OPHIUCHUS



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
OPH

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ OPHIUCHUS TERLETAK DI +14O UTARA DAN -30O SELATAN SERTA 16h02m DAN 18h50m. BURUJ OPHIUCHUS BERADA DI GARIS KHATULISTIWA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +80O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -80O SELATAN. BURUJ OPHIUCHUS MEMPUNYAI KELUASAN 948 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 11 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ OPHIUCHUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAUDA, BURUJ AQUILA DAN BURUJ SAGITTARIUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SCORPIUS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SERPENS CAPUT, BURUJ LIBRA DAN BURUJ SCORPIUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ HERCULES

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS:
~  BINTANG ETA MERUPAKAN SATU BINARI 'VISUAL' YANG HAMPIR (CLOSE) DENGAN KOMPANI (COMPANION) NYA YANG MENGORBIT SETIAP 88 TAHUN. IA BERMAGNITUD +3.4. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG IALAH 247O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 0.6".
~  BINTANG LAMBDA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.2: P.A PADA 27O DAN SEP PADA 1.5".
~  BINTANG XI MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +9.0: P.A PADA 50O DAN SEP PADA 3.7".
~  BINTANG RHO PULA IALAH SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +6.0; P.A PADA 344O DENGAN SEP PADA 3.1".
~  BINTANG TAU PULA IALAH SEBUAH BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +5.9; PADA P.A 282O DENGAN SEP PADA 1.7". IA MENGORBIT SETIAP 280 TAHUN.



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ OPHIUCHUS.
~  BINTANG KAPPA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "IRREGULAR (Lb) TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG KAPPA BERUBAH DARI MAGNITUD +4.10 KE MAGNITUD +5.00.
~  BINTANG CHI PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG CHI BERUBAH DARI +4.20 KE +5.00.
~  BINTANG U OPHIUCHI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.84 HINGGA KE MAGNITUD +6.60 DALAM JANGKA MASA 1.7 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ALGOL (EA) TYPE VARIABLE".
~  BINTANG X OPHIUCHI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI _5.90 HINGGA KE MAGNITUD +9.20 DALAM JANGKA MASA 328.85 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ OPHIUCHUS DAPAT DILIHAT DALAM BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN APRIL PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':



BURUJ OPHIUCHUS MEMPUNYAI BEBERAPA 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  MESSIER 9 (M9) ATAU NGC6333 YANG MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING KECIL DALAM KUMPULAN KLUSTER INI. IA TERLETAK 26,000 TAHUN CAHAYA DENGAN MAGNITUD +7.90 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00



~  M10 (NGC6254) DAN M12 (NGC6218) ADALAH DUA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG HAMPIR SAMA (IDENTICAL). M10 BERMAGNITUD +6.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. MANAKALA, M12 PULA BERMAGNITUD +6.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. KEDUA-DUA KLUSTER INI MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG PADU (DENSE). M10  (ATAS) DAN M12 (BAWAH)




~  M14 ATAU NGC6402 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER). IA BERMAGNITUD +7.60 DENGAN KECERAHAN +12.00. IANYA LEBIH KABUR (FAINTER) DARIPADA M10 ATAU M12



~  M19 ATAU NGC6273 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG PADAT DAN SELALU DIPAPARKAN SEBAGAI 'OBLATE' KERANA BENTUKNYA SEPERTI 'TELUR' (EGG-SHAPED). M19 MEMPUNYAI MAGNITUD +7.20 DENGAN KECERAHAN +11.00



~  M62 ATAU NGC6266 JUGA SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG LEBIH CERAH DARIPADA M19. M62 BERMAGNITUD +6.60 SERTA KECERAHAN +11.00



~  M107 ATAU NGC6171 JUGA KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG PALING KABUR (FAINTEST) ANTARA OBJEK 'MESSIER'. M107 BERMAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN +12.00



~  NGC6342 DAN NGC6356 MERUPAKAN KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA BERHAMPIRAN ANTARA SATU SAMA LAIN. NGC6342 (GAMBAR ATAS), MANAKALA, NGC6356 (GAMBAR BAWAH)





~  NGC6633 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +11.50



~  NGC6369 YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE LITTLE GHOST" NEBULA YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). IA BERBENTUK BULAT DAN SEPERTI SEBUAH 'PLANET' TETAPI AGAK KABUR (FAINT). BINTANG DI 'PUSAT' NGC6369 ADALAH SEBIJI BINTANG KERDIL PUTIH (WHITE DWARF STAR). NGC6369 BERMAGNITUD +12.90 DAN IA BERADA 2,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI


~  NGC6401 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK KABUR (FAINT). IA BERMAGNITUD +7.40 DAN BERADA 24,450 TAHUN CAHAYA



~  NGC6572 MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA) YANG BERMAGNITUD +8.10



~  NGC6240 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI YANG DIPANGGIL "ULTRALUMINOUS INFRARED GALAXY" (ULIRG). IA ADALAH SISA DARIPADA PENGGABUNGAN 2 GALAKSI KECL YANG MENGHASILKAN SATU GALAKSI YANG BESAR DENGAN 2 NUKLEUS YANG TERANG SERTA STRUKTUR YANG TIDAK TERATUR. NGC6240 BERMAGNITUD +12.80 DENGAN JARAK 400 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI



~  'BARNARD' 68 (B68) ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE DARK HORSE NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA) YANG BESAR. IA TERLETAK DI BURUJ OPHIUCHUS BERHAMPIRAN SEMPADAN BURUJ SCORPIUS DAN BURUJ SAGITTARIUS. IA MENGGAMBARKAN BAYANG-BAYANG SISI SEEKOR KUDA





~  B72 ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE SNAKE NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA) YANG KECIL DAN BERBENTUK "S". IA ADALAH DEBU-DEBU YANG MENYERUPAI 'ULAR' MENYUSURI DI HADAPAN BINTANG-BINTANG BIMA SAKTI (MILKY WAY). B72 BERADA DI PINGGIR "THE BOWL OF THE PIPE" NEBULA


~  B78 JUGA DIKENALI SEBAGAI "THE PIPE NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA). IA ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA "THE DARK HORSE NEBULA". IANYA BESAR SERTA CORAK SEPERTI 'PAIP' (PIPE SHAPED) DARIPADA LORONG-LORONG DEBU YANG MELINDUNGI BINTANG-BINTANG DI BELAKANGNYA. TERDAPAT 2 BAHAGIAN PENTING IAITU "THE PIPE STEM" (BATANG PAIP) YANG TERDIRI DARIPADA B59, B65, B66 DAN B67; SERTA "THE BOWL OF THE PIPE" (MANGKUK PAIP) YANG TERDIRI DARIPADA B78



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ OPHIUCHUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK EMPAT KALI DALAM SETAHUN.
~  HUJAN METEOR OPHIUCHIDS BERLANGSUNG ANTARA MEI 19 HINGGA JULAI 2. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR BERLAKU PADA JUN 20/21. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) METEOR IALAH SEBANYAK 6 - 10 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI IALAH RA = 263O DAN DEC = -20O. HUJAN METEOR INI DIKAITKAN DENGAN KOMET LEXELL (1770I).
~  HUJAN METEOR NORTHERN MAY OPHIUCHIDS YANG BERLAKU ANTARA APRIL 8 HINGGA JUN 16. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA MEI 18/19 DENGAN ZHR YANG RENDAH IAITU 2 - 3 METEOR SEJAM. 'RADIAN' BERLAKU PADA RA = 253O DAN DEC = -15O IAITU BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG ETA OPHIUCHI.
~  HUJAN METEOR SOUTHERN MAY OPHIUCHIDS YANG BERLAKU ANTARA APRIL 12 HINGGA JUN 4. KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA MEI 13/14 DENGAN ZHR JUGA RENDAH IAITU 1 - 2 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR INI PADA RA = 252O DAN DEC = -23O BERHAMPIRAN BINTANG XI OPHIUCHI.
~  HUJAN METEOR THETA OPHIUCHIDS BERLANGSUNG ANTARA MEI 21 HINGGA JUN 16. KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA JUN 10 DENGAN ZHR SEBANYAK 10 METEOR SEJAM. 'RADIAN' HUJAN METEOR BERLAKU BERHAMPIRAN BINTANG THETA OPHIUCHI IAITU RA = 265O DAN DEC = -28O.

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL

                          CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                          atau
                          KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"THE STARS SURROUND US. AT NIGHT, THEY ARE EVERYWHERE, DOTTING THE SKY; IN THE DAYTIME, ONE, OUR SUN, DOMINATES, ITS BRILLIANT LIGHT WASHING THE OTHERS AWAY UNTIL TWILIGHT YIELDS TO DARKNESS."

Saturday, January 25, 2014

RENUNGAN JUMAAT

"DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI DAN BERLAIN-LAINAN BAHASAMU DAN WARNA KULITMU,SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI ORANG-ORANG YANG MENGETAHUI. DAN DI ANTARA TANDA-TANDA KEKUASAAN-NYA IALAH TIDURMU DI WAKTU MALAM DAN SIANG HARI DAN USAHAMU MENCARI SEBAGIAN DARI KURNIA-NYA. SESUNGGUHNYA PADA YANG DEMIKIAN ITU BENAR-BENAR TERDAPAT TANDA-TANDA BAGI KAUM YANG MENDENGARKAN..."

             SURAH AR RUUM (BANGSA RUMAWI), JUZUK 21, AYAT 22-23


INGATLAH BAHAWA SELAGI KITA MENJAGA ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGA KITA. KITA TIDAK MAHU TERJADINYA MATAHARI YANG BERADA 149,600,000 km DARI BUMI, AKAN BERADA BEBERAPA JENGKAL SAHAJA DARI KEPALA KITA DI PADANG MAHSYAR KELAK. API YANG KITA GUNAKAN DI BUMI INI HANYALAH 1/1000 KALI PANASNYA API DI NERAKA ALLAH. MATAHARI YANG BERSUHU 5,778 Kelvin (5505O Celcius) AKAN BERADA DI ATAS KEPALA KITA DI AKHIRAT KELAK. JIKA KITA MENJAGA ALLAH, ALLAH AKAN MENJAGA KITA.

KALA MALAM LANGIT CERAH

(UPDATE)




Tuesday, January 21, 2014

MENGENALI BULAN - SIRI 28

KAWAH ARISTOTELES



KATEGORI:
KAWAH

LOKASI:
KAWAH ARISTOTELES TERLETAK DI SUKU TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN. KOORDINAT KAWAH ARISTOTELES  IALAH 17.4o TIMUR SERTA 50.2o UTARA. IA BERADA DI PINGGIR UTARA BULAN

KELUASAN:
KAWAH ARISTOTELES MEMPUNYAI KELUASAN DIAMETER 87 km.


ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH ARISTOTELES TERBENTUK PADA ERA ERATOSTHENIAN IAITU LEBIH KURANG -3.2 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -1.1 BILION TAHUN DAHULU

CIRI-CIRI:
(UPDATE)


PEMERHATIAN:
KAWAH ARISTOTELES MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE ENAM SELEPAS BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA HARI KE LIMA SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON)

PERALATAN:
KAWAH ARISTOTELES MEMERLUKAN TELESKOP 'REFRACTOR' (PEMBIASAN) BERKUASA 50 mm UNTUK PENCERAPAN

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWAH ARISTOTELES

PENGHORMATAN:
KAWAH ARISTOTELES DINAMAKAN SEMPENA ARISTOTE IAITU SEORANG AHLI FALSAFAH GREEK PADA KURUN KE 4 (BC). ARISTOTE DILAHIRKAN DI STAGIRE PADA TAHUN 384 BC DAN MENINGGAL DUNIA DI CHALCIS PADA TAHUN 322 BC. BELIAU MERUPAKAN SEORANG SAINTIS DAN MENCIPTA PEMIKIRAN BERASASKAN 'LOGIK'. BELIAU PERNAH MENGAJAR ALEXANDER 'THE GREAT'. BELIAU MELAKUKAN KERJA-KERJA TERHADAP BINATANG-BINATANG DAN JUGA BATU-BATU.



SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                       CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                           atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"TODAY, WE STARE INTO THE THE NIGHT SKY KNOWING THE UNIVERSE IS AN IMMENSE PLACE"

MENGENALI BURUJ - CYGNUS

BURUJ CYGNUS
ANGSA (THE SWAN)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CYG

DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CYGNUS TERLETAK DI +27O UTARA DAN +61O UTARA SERTA 19h05m DAN 22h02m. BURUJ CYGNUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -40O SELATAN. BURUJ CYGNUS MEMPUNYAI KELUASAN 804 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 16 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CYGNUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ LACERTA DAN BURUJ PEGASUS
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ VULPECULA
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ LYRA
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ DRACO DAN BURUJ CEPHEUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)



BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CYGNUS:
~  BINTANG BETA1 DAN BINTANG BETA2 MEMBENTUK SATU BINARI ISTIMEWA YANG BERWARNA EMAS DENGAN KOMPANI (COMPANION) BERWARNA BIRU. KEDUDUKAN KOMPANINYA AGAK JAUH (WIDE BINARY) DAN BERMAGNITUD +5.1. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 54O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 34.3".
~  BINTANG DELTA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI 'VISUAL' DI MANA BINTANG KOMPANI MENGORBIT SETIAP 828 TAHUN DAN IA BERMAGNITUD +6.3; P.A PADA 224O DAN SEP PADA 2.5".
~  BINTANG MU JUGA SEBUAH BINTANG BINARI 'VISUAL' DENGAN KOMPANINYA MENGORBIT SETIAP 789 TAHUN DAN IA MEMPUNYAI MAGNITUD +6.1; P.A PADA 309O DAN SEP PADA 1.85".
~  BINTANG TAU JUGA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI 'VISUAL' DENGAN BINTANG KOMPANI MENGORBIT PADA SETIAP 49.9 TAHUN. IA BERMAGNITUD +6.8 DENGAN P.A PADA 328O DAN SEP PADA 0.8".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CYGNUS.
~  BINTANG ALPHA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ALPHA CYGNI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG ALPHA BERUBAH DARI MAGNITUD +1.21 KE MAGNITUD +1.29 SETIAP 5 HINGGA 10 HARI.
~  BINTANG TAU PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA SCUTI TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG TAU BERUBAH DARI +3.65 KE +3.75.
~  BINTANG UPSILON PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "GAMMA CAS TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG UPSILON BERUBAH DARI +4.28 KE +4.50.
~  BINTANG CHI PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG CHI BERUBAH DARI +4.3 KE +14.2 DALAM JANGKA MASA 408.05 HARI.

PEMERHATIAN:
BURUJ CYGNUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEPSKY':



BURUJ CYGNUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~  M29 (MESSIER 29) ATAU NGC6913 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN 6 BIJI BINTANG BERMAGNITUD +8 MEMBENTUK 'SEGI-EMPAT'. M29 BERMAGNITUD +6.60 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00.



~  M39 ATAU NGC7092 JUGA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENGANDUNGI BINTANG-BINTANG DALAM MAGNITUD +7. M39 MEMPUNYAI BENTUK SEPERTI 'SEGI-TIGA' DAN IA BERMAGNITUD +4.60 DENGAN KECERAHAN +11.0.



~  NGC7000 ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE NORTH AMERICAN NEBULA" KERANA BENTUKNYA SEPERTI 'PETA AMERIKA UTARA'. IA BERWARNA AGAK KEHIJAUAN YANG TERHASIL DARIPADA GAS-GAS YANG DIBEBASKAN OLEH BINTANG-BINTANG DI DALAM NGC7000. IA BERMAGNITUD +4.00 DENGAN KECERAHAN +12.63.



~  NGC6960 ATAU DIKENALI SEBAGAI "THE VEIL NEBULA" YANG MENGANDUNGI  NGC6992 DAN NGC6995 MERUPAKAN GAS-GAS YANG DIBEBASKAN YANG BERBENTUK SEPERTI 'BENANG-BENANG BULU YANG DIPINTAL' (FILAMENT) TERAPUNG-APUNG DI ANGKASA. IA SUNGGUH MENARIK TETAPI DENGAN TELESKOP YANG BESAR SERTA KEADAAN CUACA YANG SESUAI DAN JUGA KESABARAN DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP NEBULA TERSEBUT. NGC6960 TERBAHAGI KEPADA 'NEBULA WEST' DAN 'NEBULA EAST' DAN IA BERMAGNITUD +7.00 DENGAN KECERAHAN +11.50 KE +13.44. GAMBAR "VEIL NEBULA WEST" (ATAS) DAN "VEIL NEBULA EAST" (BAWAH).




~  NGC6888 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE CRESCENT NEBULA" MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERMAGNITUD +7.4. NGC6888 IALAH HASIL PERLANGGARAN YANG MENGHASILKAN 'KERANGKA LUAR' (SHELL) DAN 2 'GELOMBANG GEGARAN' (SHOCK WAVES). NGC6888 BERADA 5,000 TAHUN CAHAYA.



~  NGC6826 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE BLINKING PLANETARY" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). NGC6826 MEMPUNYAI 'PUSAT' YANG AMAT TERANG DAN 2 'TAMPALAN' (PATCHES) YANG CERAH DI SETIAP SISI YANG DIPANGGIL SEBAGAI 'FLIER' (FAST LOW IONIZATION EMISSION REGIONS). NGC6826 BERMAGNITUD +8.8 DAN IA BERADA 2,000 TAHUN CAHAYA.



~  NGC6946 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE FIREWORK GALAXY" YANG MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY). TERDAPAT SEBANYAK 9 'SUPERNOVA' PADA NGC6946 IAITU SN1917A, SN1939C, SN1948B, SN1968D, SN1969P, SN1980K, SN2002hh, SN2004et DAN SN2008S. NGC6946 BERMAGNITUD +9.6 DAN BERADA 22.5 JUTA TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC7008 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE FETUS NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PLANETARI (PLANETARY NEBULA). IANYA AGAK 'PADAT' DAN BULAT. NGC7008 MEMANCUTKAN (EJECT) KERANGKA LAPISAN LUAR (OUTER LAYERS), MANAKALA BINTANG-BINTANG YANG MENYEJUK SEHINGGA MENCAPAI PERINGKAT BINTANG KERDIL PUTIH (WHITE DWARF STARS). NGC7008 BERMAGNITUD +12.0 DAN IA BERADA 2,800 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  IC5146 PULA DIKENALI SEBAGAI "THE COCOON NEBULA" YANG MERUPAKAN SEBUAH NEBULA PANTULAN (REFLECTION NEBULA) DAN NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA). IC5146 BERMAGNITUD +7.2 DAN IA BERADA 3,300 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. IC5146 JUGA MELIBATKAN B168 IAITU SEBUAH NEBULA 'GELAP' (DARK NEBULA) DI MANA KELIHATAN B168 SEBAGAI 'LORONG' (TRAIL) DI BELAKANG IC5146.





HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CYGNUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI SETAHUN.
~  HUJAN METEOR OCTOBER CYGNIDS BERLANGSUNG DARI JULAI 11 HINGGA JULAI 30. KEMUNCAK (PEAK) HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JULAI 18 SETIAP TAHUN. 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENITH HOURLY RATE - ZHR) AGAK RENDAH IAITU HANYA 2 METEOR SEJAM KERANA HUJAN METEOR INI ADALAH HUJAN METEOR 'MINOR'.
~  HUJAN METEOR KAPPA CYGNIDS BERLANGSUNG DARI OGOS 8 HINGGA OGOS 23. KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA OGOS 17 SETIAP TAHUN. ZHR AGAK RENDAH JUGA IAITU 3 METEOR SEJAM (HUJAN METEOR 'MINOR'). 'RADIAN' HUJAN METEOR BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG KAPPA CYGNI.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN E-MAIL 

                       CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                          atau
                       KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"ON A CLEAR NIGHT, ANYONE - NOVICE, AMATEUR OR PROFESSIONAL ASTRONOMER - CAN GAZE UPWARD AS THE STARRY SKY OVERHEAD AND SEE THE STARS AS OUR ANCESTORS SAW THEM."

Saturday, January 18, 2014

KALA MALAM LANGIT CERAH

KELIHATAN BINTANG CASTOR - BURUJ GEMINI DAN BULAN

KELIHATAN BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ ORION IAITU BETELGEUSE (KIRI BAWAH), BELLATRIX (ATAS KIRI), RIGEL (ATAS KANAN), SAIPH (KANAN BAWAH), DAN TIGA BINTANG BERTURUTAN IAITU ALNITAK, ALNILAM SERTA MINTAKA.

KELIHATAN BINTANG ALDEBARAN (KIRI BAWAH) DAN M45 - THE PLEIADES (ATAS KANAN) DARI BURUJ TAURUS

KELIHATAN BURUJ ORION (ATAS KANAN), BINTANG CASTOR (BURUJ GEMINI) BERHAMPIRAN DENGAN BULAN, BINTANG SIRIUS - BURUJ CANIS MAJOR (KANAN HUJUNG) DAN BINTANG PROCYON - BURUJ CANIS MINOR (BAWAH TENGAH)

BINTANG SIRIUS; BURUJ CANIS MAJOR (ATAS) DAN BINTANG CANOPUS; BURUJ CARINA (BAWAH)

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL

CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM