KAMBING LAUT (THE SEA GOAT)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CAP
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CAPRICORNUS TERLETAK DI -8O SELATAN DAN -28O SELATAN SERTA 20h10m DAN 21h58m. BURUJ CAPRICORNUS BERADA DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +60O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CAPRICORNUS MEMPUNYAI KELUASAN 414 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 40 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CAPRICORNUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ MICROSCOPIUM DAN BURUJ PISCIS AUSTRINUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS DAN BURUJ AQUILA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CAPRICORNUS:
~ BINTANG ALPHA2 DAN BINTANG ALPHA1 MEMBENTUK SATU BINARI OPTIKAL (OPTICAL BINARY) YANG BERWARNA KUNING DAN JINGGA. ALPHA2 MERUPAKAN BINTANG UTAMA (PRIMARY) MANAKALA ALPHA1 ADALAH KOMPANI (COMPANION) BERMAGNITUD +4.20. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG INI ADALAH 291O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 378".
~ BINTANG BETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI YANG LEBAR (WIDE) DENGAN KOMPANI YANG BERWARNA BIRU BERMAGNITUD +6.00 PADA P.A 267O DAN SEP PADA 205".
~ BINTANG TAU MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI 'VISUAL' (VISUAL BINARY) DENGAN BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +5.50 DENGAN P.A PADA 107O DAN SEP PADA 0.4".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CAPRICORNUS.
~ BINTANG DELTA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "ECLIPSING BINARY (EB) TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG DELTA BERUBAH DARI MAGNITUD +2.81 KE MAGNITUD +3.05 DALAM JANGKA MASA 24 JAM 32 MINIT DAN 47.2 SAAT.
PEMERHATIAN:
BURUJ CAPRICORNUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CAPRICORNUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M30 ATAU NGC7099 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA 40,000 TAHUN CAHAYA DARI BUMI. BINTANG BANYAK TERTUMPU DI BAHAGIAN 'TERAS' (CORE) DAN RANGKAIAN RANTAI-RANTAI BINTANG-BINTANG DARI 'TERAS' KELUAR. M30 BERMAGNITUD +7.50 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +11.00.
~ NGC6903 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERBENTUK BUJUR (ELLIPTICAL GALAXY). IA BERMAGNITUD +11.90 DENGAN KECERAHAN +13.80.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CAPRICORNUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK LIMA KALI DALAM SETAHUN.
~ HUJAN METEOR ALPHA CAPRICORNIDS
~ HUJAN METEOR CHI CAPRICORNIDS
~ HUJAN METEOR SIGMA CAPRICORNIDS
~ HUJAN METEOR TAU CAPRICORNIDS
~ HUJAN METEOR CAPRICORNIDEN-SAGITTARIIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
No comments:
Post a Comment