Tuesday, December 31, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 25

KAWAH GASSENDI



KATEGORI:
KAWASAN LAPANG BERTEBING (WALLED PLAIN)

LOKASI:
KAWAH GASSENDI TERLETAK DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KORDINAT KAWAH GASSENDI IALAH 39.9O BARAT DAN 17.5O SELATAN. IA BERADA DI DALAM KAWASAN MARE HUMORUM.


KELUASAN:
KAWAH GASSENDI MEMPUNYAI KELUASAN BERDIAMETER 114 KM. IA MEMPUNYAI KETINGGIAN MENCAPAI 1,200 METER.

ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH GASSENDI TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
KAWAH GASSENDI MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KETIGA SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA 2 HARI SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH GASSENDI, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.

PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWASAN KAWAH GASSENDI.

PENGHORMATAN:
KAWAH GASSENDI DINAMAKAN SEMPENA PIERRE GASSENDI IAITU SEORANG AHLI PEMIKIR, SAINTIS, AHLI MATEMATIK DAN AHLI ASTRONOMI PERANCHIS KURUN KE 17. BELIAU DILAHIRKAN DI CHAMPTERCIER, PERANCHIS PADA 22 JANUARI,1592 DAN MENINGGAL DUNIA DI PARIS, PERANCHIS PADA 24 OKTOBER, 1655. PIERRE GASSENDI MERUPAKAN PENERAJU DALAM BIDANG 'PEMERHATIAN' (OBSERVATION) MENGGUNAKAN TELESKOP 'REFRACTOR'. BELIAU JUGA MERUPAKAN ORANG PERTAMA YANG 'MEMERHATIKAN' LALUAN PLANET UTARID (MERCURY) KE ATAS MATAHARI PADA TAHUN 1631; BERPANDUKAN 'TEORI' KEPLER. BELIAU PERNAH MEMBUAT PENGIRAAN KE ATAS 'KELAJUAN BUNYI', TETAPI PENGIRAAN TERSEBUT HANYA 25% TEPAT.


SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                        CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                          atau
                        KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM


"MODERN LIFE TENDS TO ISOLATE US FROM NATURAL CYCLES. WE DON'T HAVE THE LUXURY OF RISING WITH THE SUN; THE CLOCK RADIO STIRS US TO ACTION INSTEAD. MEASURED TIME COMES BETWEEN US AND THE CYCLE OF EARTH AND SUN".


No comments:

Post a Comment