KATEGORI:
KAWASAN LAPANG BERTEBING (WALLED PLAIN)
LOKASI:
KAWAH PTOLEMAEUS BERADA DI SUKU BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KORDINAT KAWAH PTOLEMAEUS IALAH 1.8O BARAT DAN 9.2O SELATAN. IA TERLETAK DI DALAM KAWASAN "PTOLEMAEUS CRATER REGION".
KELUASAN:
KAWAH PTOLEMAEUS MEMPUNYAI KELUASAN 153 KM DIAMETER. IA MEMPUNAYAI KETINGGIAN MENCAPAI 2,400 METER.
ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH PTOLEMAEUS TERBENTUK PADA ERA PRE-NECTARIAN IAITU PADA -4.55 BILION TAHUN DAGUL HINGGA -3.92 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
(UPDATE)
PEMERHATIAN:
KAWAH PTOLEMAEUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KEENAM SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).
PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH PTOLEMAEUS, TEROPONG BERKUASA 10x DIPERLUKAN.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN INI.
PENGHORMATAN:
KAWAH PTOLEMAEUS DINAMAKAN SEMPERNA CLAUDE PTOLEMEE IAITU SEORANG AHLI ASTRONOMI, AHLI MATEMATIK DAN AHLI GEOGRAFI YUNANI KURUN KE 2. CLAUDE PTOLEMEE DIKENALI SEBAGAI PTOLEMY. BELIAU DILAHIRKAN DI PTOLEMAIS, THEBAID DI MESIR PADA TAHUN AD 90 DAN MENINGGAL DUNIA DI CANOPE, MESIR PADA TAHUN AD 170. BELIAU TELAH MENGARANG BUKU BERJUDUL "THE ALMAGEST" UNTUK KEGUNAAN DI DALAM BIDANG ASTRONOMI. DALAM BIDANG GEOGRAFI PULA, BELIAU TELAH MEMBINCANGKAN TENTANG PENGETAHUAN DUNIA GEOGRAFI YUNANI-ROMAWI. SUMBANGAN PTOLEMY DALAM BIDANG SAING AMAT MUSTAHAK KEPADA SAINS ISLAM DAN EROPAH PADA KETIKA ITU.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"ON A CLEAR NIGHT, ANYONE - NOVICE, AMATEUR, OR PROFESSIONAL ASTRONOMER - CAN GAZE UPWARD AS THE STARRY SKY OVERHEAD AND SEE THE STARS AS OUR ANCESTORS SAW THEM".
No comments:
Post a Comment