BURUNG HELANG (THE EAGLE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
AQL
DESKRIPSI DAN MITOS:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ AQUILA TERLETAK DI +18O UTARA DAN -12O SELATAN SERTA 20h40m DAN 18h40m. BURUJ AQUILA BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -75O SELATAN. BURUJ AQUILA MEMPUNYAI KELUASAN 652 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 22 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ AQUILA IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ DELPHINUS DAN BURUJ AQUARIUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SAGITTARIUS DAN BURUJ CAPRICORNUS
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ HERCULES, BURUJ OPHIUCHUS, BURUJ SCUTUM DAN BURUJ SERPENS CAUDA
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT PULA BURUJ SAGITTA
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ AQUILA:
~ BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) DENGAN BINTANG KERDIL MERAH (RED DWARF) YANG MENJADI KOMPANI (COMPANION) NYA YANG BERMAGNITUD +11.60. "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG INI ADALAH 5O DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION - SEP) ADALAH 13".
~ BINTANG ZETA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI SEBUAH BINTANG KERDIL (DWARF) YANG KABUR (FAINT) DAN BERMAGNITUD +12.0; P.A PADA 53O DAN SEP PADA 6.5".
~ BINTANG PI MEMPUNYAI BINTANG KOMPANI YANG BERMAGNITUD +7.0; PADA P.A 111O DAN SEP PADA 1.4".
~ BINTANG CHI PULA MERUPAKAN SEBUAH BINTANG BINARI YANG UNIK. KEDUA-DUA BINTANG INI SEMAKIN MENGHAMPIRI SATU SAMA LAIN. BERMAGNITUD +6.8; P.A PADA 77O SERTA SEP YANG SEMAKIN MENGECIL DAN MAKIN HAMPIR IAITU PADA 0.5".
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ AQUILA.
~ BINTANG ETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "CEPHEID TYPE VARIABLE" DAN MAGNITUD BINTANG ETA BERUBAH DARI +3.48 KE +4.39 SETIAP 7 HARI, 4 JAM, 14 MINIT DAN 21.8 SAAT (7.18 HARI).
~ BINTANG SIGMA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "ECLIPSING BINARY" ATAU "EB TYPE VARIABLE". MAGNITUD BINTANG SIGMA BERUBAH DARI +5.14 KE +5.34 DALAM MASA 1.95 HARI.
~ BINTANG R AQUILAE ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.5 HINGGA KE +12.0 DALAM JANGKA MASA 284.2 HARI. IA DIKELASKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
PEMERHATIAN:
BURUJ AQUILA DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN MEI PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN JUN PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN JULAI PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEPSKY':
BURUJ AQUILA MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEPSKY' YANG MENARIK.
~ NGC6709 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERSELERAK DAN MENGANDUNGI LEBIH KURANG 40 BIJI BINTANG. IA TERLETAK 2,500 TAHUN CAHAYA DARI BUMI DAN BERMAGNITUD +6.70 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.01.
~ NGC6751 MERUPAKAN SEBUAH PLANETARI NEBULA (PLANETARY NEBULA) YANG SANGAT MENARIK. NGC6751 MEMPUNYAI WARNA-WARNA YANG CANTIK HASIL DARIPADA GAS YANG DIBEBASKAN OLEH BINTANG YANG JANGKA HAYATNYA HAMPIR 'TAMAT'. IA BERMAGNITUD +11.50 DENGAN KECERAHAN +9.20.
~ NGC6760 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +9.10 SERTA KECERAHAN +10.74.
~ NGC6755 PULA MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). IA BERMAGNITUD +7.50 DENGAN KECERAHAN +13.12.
~ NGC6738 JUGA SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER). IA BERMAGNITUD +8.30 DENGAN KECERAHAN +13.92.
~ NGC6741 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI "PHANTOM STREAK NEBULA" ADALAH SEBUAH PLANETARI NEBULA (PLANETARY NEBULA). IA JUGA SANGAT MENARIK DAN CANTIK.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ AQUILA MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK DUA KALI SETAHUN.
~ HUJAN METEOR JUN AQUILIDS (METEOR SHOWER) BERLAKU DARI JUN13 HINGGA JUN 19. KEMUNCAK HUJAN METEOR INI BERLAKU PADA JUN17 DENGAN 'KADAR KEGUGURAN SEJAM' (ZENTH HOURLY RATE - ZHR) METEOR HANYA 4 METEOR. 'PUSAT' (RADIANT) HUJAN METEOR INI IALAH RAD= 293.9O DAN DECL= -8.4O. IA DIKAITKAN DENGAN KOMET 1618II. HUJAN METEOR JUNE AQUILIDS HANYALAH HUJAN METEOR 'MINOR'.
~ HUJAN METEOR EPSILON AQUILIDS (METEOR SHOWER) BERLANGSUNG ANTARA MEI 4 HINGGA MEI 27 DENGAN KEMUNCAK HUJAN METEOR BERLAKU PADA MEI 17. ZHR BOLEH DIKATAKAN AGAK TINGGI IAITU 17 METEOR SEJAM. 'RADIANT' HUJAN METEOR INI IALAH PADA RAD= 276O SERTA DECL= +13O. IA DIKAITKAN DENGAN ORBIT ASTEROID KELAS 'ATEN' APABILA BUMI MEMASUKI ORBIT TERSEBUT.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"PEOPLE WHO GROW UP WITHOUT APPRECIATING THE BEAUTY OF THE NIGHT SKY SIMPLY BECAUSE NO ONE TOLD THEM HOW TO SEE IT"
No comments:
Post a Comment