IKAN PAUS (THE WHALE)
KATEGORI:
BURUJ
SINGKATAN:
CET
DESKRIPSI:
(UPDATE)
KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CETUS BERADA DI +10O UTARA DAN -25O SELATAN SERTA 23h58m DAN 3h25m. BURUJ CETUS TERLETAK DI HEMISFERA SELATAN DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +70O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -90O SELATAN. BURUJ CETUS MEMPUNYAI KELUASAN 1231 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 4 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CETUS IALAH:
~ DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ ERIDANUS DAN BURUJ TAURUS
~ DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ SCULPTOR DAN BURUJ FORNAX
~ DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ AQUARIUS
~ DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ PISCES DAN BURUJ ARIES
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)
BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ CETUS:
~ BINTANG GAMMA MERUPAKAN SATU BINTANG BERWARNA KUNING DAN KOMPANI (COMPANION) NYA BERWARNA BIRU. IA MERUPAKAN BINARI YANG MENARIK DI DALAM BURUJ CETUS. BINTANG KOMPANI BERMAGNITUD +7.3; DENGAN 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA BINTANG ADALAH 294O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION - SEP) ADALAH 2.8'.
~ BINTANG NU YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI DENGAN KOMPANI BERMAGNITUD +9.5; PADA P.A 83O DAN SEP PADA 8'.
BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CETUS:
~ BINTANG OMICRON DIKELASKAN DALAM KATEGORI 'MIRA TYPE VARIABLE'. IA DIJADIKAN 'PROTOTYPE' KATEGORI INI MEMANDANGKAN IA MEMPUNYAI CIRI-CIRI 'MIRA TYPE VARIABLE' DAN BINTANG YANG PERTAMA DITEMUI BERCIRIKAN SEDEMIKIAN. BINTANG OMICRON BERUBAH MAGNITUD DARI +2.0 HINGGA KE MAGNITUD +10.0 DALAM JANGKA MASA 331.96 HARI.
~ BINTANG UV CETI ADALAH SATU BINTANG YANG DIJADIKAN 'PROTOTYPE' BAGI KATEGORI 'UV CETI VARIABLE'. BINTANG DALAM KATEGORI INI BIASANYA MERUPAKAN BINTANG YANG KELIHATAN 'BERAPI' ATAU 'MEMBARA' (FLARE STAR) DARIPADA KUMPULAN BINTANG KERDIL MERAH (RED DWARF STAR) DENGAN MAGNITUD +12.0; BINTANG UV CETI AKAN MENINGKAT MAGNITUDNYA +3 ATAU +4 MAGNITUD SECARA MENDADAK DALAM MASA 10 JAM. KEMUDIAN IA KEMBALI KE MAGNITUD ASAL DALAM MASA 5 KE 10 MINIT, BINTANG UV CETI BERADA 8.4 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.
PEMERHATIAN:
BURUJ CETUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~ DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~ DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~ DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 10 MALAM
~ DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~ DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 8 MALAM
OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CETUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~ M77 ATAU NGC1068 MERUPAKAN SEBUAH GALAKSI BERPUTAR (SPIRAL GALAXY) YANG KECIL. IA ADALAH SALAH SATU GALAKSI YANG DIPANGGIL "SEYFERT GALAXY" KERANA IA MEMPUNYAI SUMBER 'RADIO' YANG TERDAPAT PADA KUASAR (QUASAR). M77 BERADA 50 JUTA TAHUN CAHAYA DAN IA BERMAGNITUD +8.9 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +12.80.
HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CETUS MENGHASILKAN HUJAN METEOR (METEOR SHOWER) SEBANYAK TIGA KALI DALAM MASA SETAHUN.
~ HUJAN METEOR OCTOBER CETIDS
~ HUJAN METEOR ETA CETIDS
~ HUJAN METEOR OMICRON CETIDS
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"STARGAZING OFFERS A CHANCE TO LEARN AND THINK ABOUT THE UNIVERSE. WE LEARN FROM THE WORLD AROUND US AND TAKE ADVANTAGE OF THE AVAILABLE OPPORTUNITIES AND THE SKY IS AN EXCELLENT LABORATORY TO SUCH LEARNING"
No comments:
Post a Comment