KAWAH
LOKASI:
KAWAH ARZACHEL TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. IA BERADA DI KORDINAT 1.9O BARAT DAN 18.2O SELATAN DI DALAM KAWASAN 'ARZACHEL CRATER REGION'. IA TERLETAK DI DALAM KAWASAN MARE NUBIUM.
KELUASAN:
KAWAH ARZACHEL MEMPUNYAI DIAMETER 100 KM DAN KEDALAMAN 3,610 METER. IA ADALAH KAWAH YANG TERKECIL ANTARA KETIGA-TIGA KAWAH IAITU KAWAH PTOLEMAEUS DAN KAWAH ALPHONSUS.
ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH ARZACHEL TERBENTUK DALAM ERA 'LOWER IMBRIUM' IAITU ANTARA -3.85 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.8 BILION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI:
(UPDATE)
PEMERHATIAN:
KAWAH ARZACHEL MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA 6 HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON). TERDAPAT GUNUNG DENGAN PUNCAK SETINGGI 1,500 METER DARI LANTAI KAWAH. TERDAPAT JUGA SISTEM TERUSAN (RILLE SYSTEM) DI LANTAI KAWAH ARZACHEL IAITU RIMAE ARZACHEL.
PERALATAN:
KAWAH ARZACHEL DAPAT DILIHAT DENGAN MENGGUNAKAN TELESKOP 'REFLECTOR' BERKUASA 50 mm.
PENEROKAAN:
TIADA PENEROKAAN DILAKUKAN DI KAWASAN INI.
PENGHORMATAN:
KAWAH ARZACHEL DINAMAKAN SEMPERNA NAMA ASTRONOMI DAN MATEMATIK ARAB KURUN KE 11 BERNAMA AL ZARQALI. NAMA SEBENAR BELIAU IALAH ABU ISHAQ IBRAHIM IBN YAHYA AL NAQQASH AL ZARQALI. BELIAU DILAHIRKAN DI ARABY PADA TAHUN 1029 DAN MENINGGAL DUNIA DI CORDOUE DALAM TAHUN 1100. AL ZARQALI TELAH MENJADI PENASIHAT KEPADA SULTAN AL-MA'MUN, RAJA KERAJAAN 'TOLEDO', DI ANDALUSIA, SEPANYOL. DALAM BIDANG ASTRONOMI. BELIAU JUGA TELAH MENCIPTA BEBERAPA PERALATAN UNTUK DIGUNAKAN SEMASA MEMBUAT PEMERHATIAN (OBSERVATION). AL ZARQALI JUGA MERUPAKAN EDITOR BAGI MAJALAH ASTRONOMI YANG PERTAMA. BELIAU TELAH MENCIPTA ALAT ASTROLAB (ASTROLABE) DAN JUGA JAM AIR (WATER CLOCK) SEMASA HIDUPNYA.
SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
atau
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
"ON A CLEAR NIGHT, ANYONE - NOVICE, AMATEUR, OR PROFESSIONAL ASTRONOMER - CAN GAZE UPWARD AS THE STARRY SKY OVERHEAD AND SEE THE STARS AS OUR ANCESTORS SAW THEM. IN A MOMENT, WE CAN EXPERIENCE THAT MINGLING OF WONDER, FEAR, EXCITEMENT, AND KNOWLEDGE THAT ONLY ASTRONOMY OFFERS".
No comments:
Post a Comment