Wednesday, November 27, 2013

MENGENALI BURUJ - CEPHEUS

BURUJ CEPHEUS
(RAJA CEPHEUS / KING CEPHEUS)



KATEGORI:
BURUJ

SINGKATAN:
CEP

DESKRIPSI:
(UPDATE)

KEDUDUKAN DI LANGIT:
BURUJ CEPHEUS TERLETAK DI +54O UTARA DAN +88O UTARA SERTA 9h00m DAN 20h05m. BURUJ CEPHEUS BERADA DI HEMISFERA UTARA DAN IA DAPAT DILIHAT DARI GARIS LINTANG +90O UTARA HINGGA KE GARIS LINTANG -10O SELATAN. BURUJ CEPHEUS MEMPUNYAI KELUASAN 588 DARJAH (O) PERSEGI DAN IA ADALAH BURUJ YANG KE 27 TERBESAR DI LANGIT. BURUJ-BURUJ LAIN YANG BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CEPHEUS IALAH:
~  DI BAHAGIAN BARAT, TERDAPAT BURUJ CAMELOPARDALIS
~  DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT BURUJ DRACO
~  DI BAHAGIAN SELATAN, TERDAPAT BURUJ CASSIOPEIA, BURUJ LACERTA DAN BURUJ CYGNUS
~  DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT BURUJ URSA MINOR

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ:
(UPDATE)

BINTANG BINARI:
BINTANG BINARI (BINARY STAR) YANG TERDAPAT DI DALM BURUJ CEPHEUS:
~  BINTANG BETA MERUPAKAN SATU BINTANG BERWARNA BIRU YANG NYATA KELIHATAN TERPISAH DARI KOMPANI (COMPANION) NYA YANG AGAK KABUR BERMAGNITUD +8.0. 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE - P.A) KEDUA-DUA BINTANG ADALAH 250O DAN 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION -SEP) ADALAH 13.6".
~  BINTANG DELTA YANG MERUPAKAN BINTANG BINARI TETAP (FIXED BINARY) YANG BERWARNA KUNING DENGAN BINTANG KOMPANI YANG BERWARNA BIRU BERMAGNITUD +7.5; PADA P.A 191O DAN SEP PADA 41".
~  BINTANG XI DIANGGAP BINTANG BINARI YANG PALING MENARIK DI BURUJ CEPHEUS. IA BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN DENGAN KOMPANI YANG BERWARNA KUNING DAN BERMAGNITUD +6.5; PADA P.A 275O SERTA SEP PADA 8.2".



BINTANG VARIABLE:
TERDAPAT BEBERAPA BINTANG VARIABLE DALAM BURUJ CEPHEUS.
~  BINTANG BETA DIKELASKAN DALAM KATEGORI "PULSATING TYPE VARIABLE". IA MERUPAKAN 'PROTOTYPE' BAGI KATEGORI INI YANG MENGALAMI PERUBAHAN VISUAL MAGNITUD YANG AMAT KECIL IAITU 0.04 MAGNITUD DARI KECERAHAN. MAGNITUD BINTANG BETA BERUBAH DARI MAGNITUD +3.20 KE MAGNITUD +3.24 SETIAP 4 JAM DAN 34 MINIT.
~  BINTANG DELTA PULA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "DELTA CEPHEI TYPE VARIABLE". IA NYA SANGAT MENARIK KERANA BINTANG DELTA BERUBAH MAGNITUDNYA DALAM JANGKA MASA 5 HARI, 8 JAM, 47 MINIT DAN 31.9 SAAT. IA BERUBAH DARI MAGNITUD +3.48 KE +4.37 DENGAN PROSES YANG UNIK. IA BERUBAH MAGNITUD SEHINGGA MENCAPAI +3.48 PADA KALI PERTAMA DALAM MASA 3 HARI. KEMUDIAN MAGNITUDNYA MENURUN, SEBELUM BERUBAH SEMULA KE +3.48 DALAM MASA 2 HARI BERIKUTNYA.
~  BINTANG MU PULA DIKATEGORIKAN DALAM "SEMI-REGULAR SUPERGIANT TYPE VARIABLE". IA BERUBAH MAGNITUD DARI +3.5 KE +4.5 DALAM MASA 730 HARI.
~  BINTANG S CEPHEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +7.4 HINGGA KE MAGNITUD +12.9 DALAM JANGKA MASA 486 HARI. IA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".
~  BINTANG T CEPHEI ADALAH SATU BINTANG VARIABLE YANG BERUBAH MAGNITUD DARI +5.2 HINGGA KE +11.3 DALAM JANGKA MASA 388 HARI. IA JUGA DIKATEGORIKAN SEBAGAI "MIRA TYPE VARIABLE".

PEMERHATIAN:
BURUJ CEPHEUS DAPAT DILIHAT PADA BULAN-BULAN BERIKUT:
~  DALAM BULAN OGOS PADA PUKUL 12 TENGAH MALAM
~  DALAM BULAN SEPTEMBER PADA PUKUL 11 MALAM
~  DALAM BULAN OKTOBER PADA PUKUL 10 MALAM
~  DALAM BULAN NOVEMBER PADA PUKUL 9 MALAM
~  DALAM BULAN DISEMBER PADA PUKUL 8 MALAM

OBJEK 'DEEP SKY':
BURUJ CEPHEUS MEMPUNYAI BEBERAPA OBJEK 'DEEP SKY' YANG MENARIK.
~  NGC188 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBAL (GLOBULAR CLUSTER) YANG AGAK KABUR (FAINT) MENGANDUNGI150 BIJI BINTANG. NGC188 DIANGGARKAN TERBENTUK KIRA-KIRA 10 HINGGA 20 BILION TAHUN DAHULU. IA MEMPUNYAI MAGNITUD +8.10 DENGAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) +13.57.



~  NGC6939 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG MENARIK DENGAN LEBIH KURANG 80 BIJI BINTANG. NGC6939 BERMAGNITUD +7.80 DENGAN KECERAHAN +12.06.


~  NGC7023 ATAU DIKENALI JUGA SEBAGAI 'IRIS NEBULA'. NGC7023 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER DI DALAM LINGKUNGAN NEBULA. BINTANG BERMAGNITUD +7.0 MENERANGI NEBULA INI. NGC7023 BERMAGNITUD +6.8 DENGAN JARAK 1,300 TAHUN CAHAYA.




~  NGC7142 MERUPAKAN SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +9.3. IA BERADA 6,200 TAHUN CAHAYA DARI BUMI.



~  NGC7160 JUGA SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DENGAN MAGNITUD +6.1. IA BERADA 2,570 TAHUN CAHAYA.



HUJAN METEOR (TAHI BINTANG):
BURUJ CEPHEUS TIDAK MENGHASILKAN SEBARANG HUJAN METEOR (METEOR SHOWER).

SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEEDBACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                      CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                    atau
                      KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM



No comments:

Post a Comment