Monday, November 18, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 18

KAWAH ALPHONSUS




KATEGORI:
KAWAH

LOKASI:
KAWAH ALPHONSUS TERLETAK DI SUKUAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. KEDUDUKAN KAWAH ALPHONSUS IALAH 2.8O BARAT DAN 13.4O SELATAN DI DALAM KAWASAN 'PTOLEMAEUS CRATER REGION'.

KELUASAN:
KAWAH ALPHONSUS MEMPUNYAI DIAMETER 119 KM DENGAN BENTUK KAWAH YANG 'CIRCULAR'. IA MEMPUNYAI KEDALAMAN 2,700 METER.

ERA PEMBENTUKAN:
KAWAH ALPHONSUS TERBENTUK PADA ERA NECTARIAN IAITU ANTARA -3.92 BILION TAHUN DAHULU HINGGA -3.85 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI:
(UPDATE)

PEMERHATIAN:
KAWAH ALPHONSUS MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. TERDAPAT GUNUNG DI TENGAH KAWASAN KAWAH DAN JUGA RANGKAIAN TERUSAN (RIMAE) IAITU RIMAE ALPHONSUS SEPANJANG 80 KM DI LANTAI KAWAH ALPHONSUS. IA DAPAT DILIHAT ATAU DICERAP PADA SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA 6 HARI SELEPAS BULAN PENUH (FULL MOON).

PERALATAN:
UNTUK MENCERAP KAWAH ALPHONSUS, TEROPONG BERKUASA 10X SUDAH MENCUKUPI.

PENEROKAAN:
KAWAH ALPHONSUS TELAH DITEROKA OLEH KAPAL ANGKASA 'RANGER 9' PADA 24 MAC 1965.


PENGHORMATAN:
KAWAH ALPHONSUS DINAMAKAN SEMPERNA NAMA ALFONSO X OF CASTILE ATAU ALPHONSE LE SAGE. IA IALAH SEORANG RAJA CASTILLAN PADA KURUN KE 13 YANG BERMINAT DENGAN ASTRONOMI. ALFONSO DILAHIRKAN DI TOLEDO PADA TAHUN 1221 DAN MENINGGAL DUNIA PADA TAHUN1284 DI SEVILLE




SEBARANG PERTANYAAN ATAU 'FEED BACK', KEMUKAKAN KE E-MAIL:

                  CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
                                     atau
                  KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM

"IT IS FUN TO WATCH ORION RISE A BIT EARLIER EACH NIGHT AND TO TRACK ITS MOTION ACROSS THE SKY. AND IT IS COMFORTING TO SEE NEW CONSTELLATIONS COME INTO VIEW AND KNOW IT MEANS A NEW SEASON IS ON THE WAY. IT MAKES YOU RESPECT HOW TIME WAS MEASURED IN THE CENTURIES BEFORE THE INVENTION OF THE CALENDAR AND WATCH"

No comments:

Post a Comment