"... APAKAH KAMU TIDAK MEMPERHATIKAN (PENCIPTAAN) TUHANMU; BAGAIMANA DIA MEMANJANGKAN (DAN MEMENDEKKAN) BAYANG-BAYANG; DAN KALAU DIA MENGHENDAKI NESCAYA DIA MENJADIKAN TETAP BAYANG-BAYANG ITU, KEMUDIAN KAMI JADIKAN MATAHARI SEBAGAI PETUNJUK ATAS BAYANG-BAYANG ITU, KEMUDIAN KAMI MENARIK BAYANG-BAYANG ITU KEPADA KAMI DENGAN TARIKAN YANG PERLAHAN-LAHAN ..."
SURAH AL FURQAAN (PEMBEDA)
AYAT 45 DAN 46
SUBHANALLAH. SATU LAGI TANDA KEAGUNGAN ALLAH MAHA PENCIPTA. DIA MENCIPTAKAN MATAHARI DAN BAYANG-BAYANG; BANYAK KEBAIKAN DAN KEGUNAAN KEPADA MAKHLUK-MAKHLUK DI BUMI. BAYANG-BAYANG ITU KITA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN WAKTU SOLAT TERUTAMA WAKTU SOLAT ZOHOR DAN JUGA WAKTU SOLAT ASAR. WAKTU SOLAT ZOHOR DITENTUKAN APABILA MATAHARI TERGELINCIR SEDIKIT DARI TITIK ZENITH (POINT TERTINGGI DI ATAS LANGIT); ATAU ANGGARAN KASAR 1 MINIT 40 SAAT. MANAKALA, WAKTU SOLAT ASAR PULA DITENTUKAN APABILA BAYANG MATAHARI LEBIH PANJANG DARIPADA PANJANG KAYU (CONTOH) YANG DITEGAKKAN. BERBEZA DENGAN WAKTU SOLAT MAGHRIB, YANG MANA WAKTUNYA DITENTUKAN APABILA MATAHARI TERBENAM DARI UFUK BARAT DAN DI LANGIT KELIHATAN MEGA MERAH HASIL DARI PEMBALIKAN MATAHARI DI SEBALIK UFUK BARAT.
KAMI MENYEDIAKAN SEMINAR MENGENAI ASTRONOMI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, E-MAIL KE;
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"
No comments:
Post a Comment