MESSIER 37 / NGC2099
BURUJ: AURIGA
KELAS: KLUSTER TERBUKA
LOKASI: 05h 52m 18s / +32o 33' 02"
JARAK: 4,511 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.2
SAIZ: 24'.0 X 24'.0
KATEGORI: I 2 r / I 1 r
MESSIER 37 ATAU NGC2099 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ AURIGA DI HEMISFERA UTARA. SELAIN M37 / NGC2099, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR 75' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DIISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN BERNAMA PER COLLINDER PADA TAHUN 1931.
M37 / NGC2099 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, GUILLAUME Le GENTIL TELAH 'TERLEPAS PANDANG' M37 / NGC2099 SEMASA BELIAU MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M36 / NGC1960 DAN JUGA KE ATAS M38 / NGC1912. AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKAN OBJEK TERSEBUT DAN MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 37' KE DALAM KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE' PADA 2hb SEPTEMBER, 1764.
JOHANN ELERT BODE TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M37 / NGC2099 PADA BULAN NOVEMBER, 1774. MANAKALA, JOHN HERSCHEL PULA TELAH MELAKUKAN CERAPAN PADA TAHUN 1827. DIIKUTI OLEH WILLIAM HENRY SMYTH PADA TAHUN 1836.
No comments:
Post a Comment