ASTRONOMERS SEMUA. TAHUKAN ANDA, DI PERMUKAAN BULAN TERDAPAT LAUTAN? MUNGKIN JUGA TELUK, TASIK, BANJARAN GUNUNG, GUNUNG, LEMBAH ATAU TANJUNG? JIKA TERDAPAT LAUTAN DI PERMUKAAN BULAN, DI MANAKAH LAUTAN TERSEBUT? MARILAH KITA SAMA-SAMA BELAJAR UNTUK MENINGKATKAN PENGETAHUAN KITA SEMUA. OK ASTRONOMERS?
OCEANUS PROCELLARUM (OCEAN OF STORMS)
KATEGORI:
LAUTAN (MARIA ATAU SEA)
LOKASI:
TERLETAK DI SEBELAH BARAT PERMUKAAN BULAN (MOON NEAR SIDE)
KELUASAN:
IA MERENTASI 2,500 KM DARI UTARA KE SELATAN DENGAN KELUASAN MELEBIHI 4,000,000 KM2. OCEANUS PROCELLARUM MERUPAKAN LAUTAN YANG TERBESAR DI PERMUKAAN BULAN
CIRI-CIRI:
IA TERDIRI DARIPADA BAHAN-BAHAN VOLKANO SEPERTI BASALT DAN JUGA MAGMA YANG TELAH MENGERAS. TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH (CRATERS), BANJARAN GUNUNG (MONTES), GUNUNG (MONS), TELUK (SINUS), LEMBAH (VALLIS), TASIK (LACUS), DAN JUGA LANSKAP-LANSKAP YANG LAIN.
DI BAHAGIAN SELATAN, IA BERSEMPADAN DENGAN MARE NUBIUM DAN MARE HUMORUM.
DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT, OCEANUS PROCELLARUM DIPISAHKAN DENGAN MARE IMBRIUM OLEH BANJARAN GUNUNG CARPATHIAN.
DI BAHAGIAN BARAT-LAUT, TERDAPAT KAWAH ARISTARCHUS ( SELEBAR 32 KM) YANG MERUPAKAN 'FEATURE' YANG PALING TERANG DI PERMUKAAN BULAN (NEAR SIDE)
DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT KAWAH COPERNICUS.
DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT TELUK RORIS (SINUS RORIS)
PENJELAJAHAN:
MISI 'ROBOTIC LUNAR' - PROBE LUNA 9, PROBE LUNA 13, PROBE SURVEYOR 1, DAN PROBE SURVEYOR 3.
MISI 'MANNED LUNAR' - APOLLO 12 DENGAN ANGKASAWAN PETE CONRAD DAN ALAN BEAN. DILANCARKAN PADA 14/11/1969 DAN MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 19/11/1969.
'FEATURE' YANG DAPAT DILIHAT DARI BUMI IAITU KAWAH COPERNICUS (KANAN), KAWAH ARISTARCHUS (KIRI) DAN JUGA KAWAH KEPLER (TENGAH)
OK ASTRONOMERS. SEHINGGA BERTEMU LAGI.
SEBARANG PERTANYAAN, SILA KEMUKAKAN;
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"
No comments:
Post a Comment