BURUJ ARIES
KATEGORI : BURUJ (CONSTELLATION)
DESKRIPSI : BURUJ ARIES ADALAH SALAH SATU DARIPADA 12 ZODIAK. IA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR KAMBING JANTAN (RAM). ORANG GREEK DAHULU AMAT MENYANJUNG BINTANG BERTANDUK INI KERANA IA MELAMBANGKAN PRODUKTIVITI DAN PERMULAAN BAHARU (RENEWED). OLEH KERANA ITU, SEMASA 'VERNAL EQUINOX', DI MANA MATAHARI BERADA "DI DALAM" BURUJ ARIES, ORANG GREEK MENGANGGAP IA SEBAGAI TAHUN BAHARU.
BURUJ BERHAMPIRAN : BURUJ ARIES BERSEMPADAN DENGAN BEBERAPA BURUJ YANG LAIN. DI SEBELAH UTARA, IA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TRIANGULUM DAN BURUJ PERSEUS. DI SEBELAH TIMUR, IA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PISCES; DI BARAT PULA DENGAN BURUJ TAURUS; MANAKALA DI SEBELAH SELATAN, IA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CETUS.
BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ : BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ARIES KEBANYAKANNYA BERMAGNITUD ANTARA +2 HINGGA +5. TIADA BINTANG YANG BERMAGNITUD KURANG DARIPADA +2.0. ALPHA (JUGA DIKENALI SEBAGAI HAMAD) BERMAGNITUD +2.01; BETA (SHERATON) BERMAGNITUD +2.64; GAMMA (MESARTHIM) BERMAGNITUD +3.90; DELTA (BOTEIN) +4.35; EPSILON +4.63; ZETA +4.87; DAN LAMBDA +4.79. SELEBIHNYA, BINTANG-BINTANG DI DALAM BURUJ ARIES BERMAGNITUD LEBIH DARIPADA +5.0. IA TERMASUK ETA +5.23; THETA +5.58; IOTA +5.09; KAPPA +5.03; MU +5.74; NU +5.45; XI +5.48; OMICRON +5.78; PI +5.26; RHO +5.58; SIGMA +5.52; DAN JUGA TAU +5.27.
BINTANG BINARI (BINARY) : BINTANG BINARI IALAH DI MANA BINTANG TERSEBUT MEMPUNYAI BINTANG ATAU BINTANG-BINTANG LAIN YANG MENGELILINGI SATU PUSAT GRAVITI YANG SAMA DI MANA IA MUNGKIN TERDIRI DARIPADA DUA BINTANG (DOUBLE STAR) ATAU LEBIH DARI DUA BINTANG. IA MEMPUNYAI KOMPANINYA SENDIRI (COMPANION). BINTANG GAMMA DENGAN MAGNITUD +3.9 MEMPUNYAI BINTANG BERMAGNITUD +4.8 PADA "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE) ATAU PA IAITU 3600 DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION) ANTARA KEDUA-DUA BINTANG IALAH 7.8". SELAIN GAMMA, LAMBDA JUGA BINTANG BINARI DENGAN KOMPANINYA BERMAGNITUD +7.7; PA PADA 460 DAN 'SEPARATION' PADA 37.4". EPSILON PULA BERKOMPANI BERMAGNITUD +5.5; PA PADA 2030 DAN 'SEPARATION' PADA 1.4". SELAIN ITU, 30 ARI DAN 33 ARI JUGA BINTANG BINARI. 30 ARI +6.6 MEMPUNYAI KOMPANI +7.4; PA PADA 2740; SEPARATION PADA 38.6". 33 ARI +5.5 BERKOMPANI MAGNITUD +8.4; PA PADA 3600; SEPARATION PADA 28.6".
BINTANG VARIABLE : IA ADALAH BINTANG YANG BERUBAH MAGNITUD DALAM TEMPUH MASA TERTENTU DI MANA BINTANG TERSEBUT MENJADI LEBIH MALAP DAN AKAN KEMBALI KEPADA MAGNITUD ASALNYA. GAMMA2 ADALAH CONTAH BINTANG VARIABLE YANG MANA IA BERMAGNITUD +4.62 DAN BERUBAH KEMAGNITUD +4.66 DALAM TEMPUH 2.6 HARI. BINTANG GAMMA2 DI KELASKAN SEBAGAI 'ALPHA CV TYPE VARIABLE'. SELAIN GAMMA2, BINTANG SX YANG DIKELASKAN JUGA SEBAGAI 'ALPHA CV TYPE VARIABLE' BERUBAH DARI MAGNITUD +5.67 KE+5.81 PADA TEMPUH 17 JAM 28 MINIT.
BINTANG BINARI
OBJEK 'DEEP SKY' : BURUJ ARIES MEMPUNYAI BANYAK OBJEK 'DEEP SKY', TETAPI HANYA NGC 772 YANG MEMPUNYAI BENTUK YANG AGAK MENARIK. DENGAN MAGNITUD +10.30 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) PADA +13.90, IA TERLETAK 10 KE TIMUR BINTANG GAMMA.
NGC 772
SEBARANG PERTANYAAN, SILA KEMUKAKAN
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"
No comments:
Post a Comment