Monday, January 28, 2013

MENGENALI BULAN SIRI 3

MARE TRANQUILLITATIS (THE SEA OF TRANQUILITY)



KATEGORI : LAUTAN (MARE ATAU SEA)

LOKASI : TERLETAK DI SUKUAN TIMUR-LAUT PERMUKAAN BULAN (NEAR SIDE). PADA BENTUK "OLD MAN", MARE TRANQUILLITATIS ADALAH 'BADAN' NYA.

KELUASAN : MARE TRANQUILLITATIS MEMPUNYAI DIAMETER 873 KM DENGAN KELUASAN 421,000 KM2. IA BERBENTUK AGAK BULAT DAN MERUPAKAN SALAH SATU 'LAUTAN' YANG BESAR DI PERMUKAAN BULAN.

ERA PEMBENTUKAN : IA TERBENTUK DALAM MASA 'PRE-NECTARIAN' IAITU 4.55 BILION TAHUN HINGGA 3.92 BILION TAHUN DAHULU.

CIRI-CIRI : DISELIPUTI OLEH BASALT LAVA YANG MENGANDUNGI KANDUNGAN BESI YANG TINGGI MENYEBABKAN MARE TRANQUILLITATIS KELIHATAN KEBIRU-BIRUAN DILIHAT DARI BUMI. BAHAN INI MELIMPAHI HINGGA KE PALUS SOMNI (MARSH).
BAHAGIAN UTARA : TERDAPAT SINUS AMORIS (TASIK) DAN KAWAH-KAWAH SEPERTI MARALDI, GARDNER DAN VITRUVIUS.
BAHAGIAN TIMUR-LAUT : TERDAPAT PALUS SOMNI (MARSH) DAN KAWAH LYELL DAN KAWAH FRANZ.
BAHAGIAN TIMUR : TERDAPAT SINUS CONCORDIAE (TASIK) DAN KAWAH LAWRENCE SERTA KAWAH DA VINCI.
BAHAGIAN TENGGARA : TERDAPAT KAWAH TARUNTIUS DAN KAWAH SECCHI. IA BERSEMPADAN DENGAN MARE FECUNDITATIS YANG DIPISAHKAN OLEH MONTES SECCHI (BANJARAN).
BAHAGIAN SELATAN : BERSEMPADAN DENGAN MARE NECTARIS. TERDAPAT SINUS ASPERITATIS (TASIK) SERTA KAWAH THEOPHILUS DAN KAWAH TORRICELLI.
BAHAGIAN BARAT-DAYA : TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH DI BAHAGIAN INI SEPERTI KAWAH SCHMIDT, SABINE, RITTER, DIONYSIUS, D'ARREST, CAYLEY, WHEWELL DAN ARIADAEUS.
BAHAGIAN BARAT : TERDAPAT SINUS HONORIS (TASIK) SERTA KAWAH-KAWAH SEPERTI JULIUS CAESAR, SOSIGENES DAN JUGA RIMAE SOSIGENES SERTA RIMA ARIADAEUS (RANGKAIAN TERUSAN).
BAHAGIAN BARAT-LAUT : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI PLINIUS, DAWES DAN JUGA AL-BAKRI. BERSEMPADAN DENGAN MARE SERENITATIS.
PERMUKAAN MARE TRANQUILLITATIS : TERDAPAT KAWAH-KAWAH SEPERTI ROSS, ARAGO, LAMONT, SINAS, MASKELYNE, ZAHRINGER, CAUCHY, JANSEN, DAN CARRELL. TERDAPAT JUGA DORSA BARLOW (RABONG) SERTA RUPES CAUCHY.

PEMERHATIAN : MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT SELEPAS 5 HARI BULAN BAHARU (NEW MOON) HINGGA 4 HARI SELEPAS BULAN PURNAMA (FULL MOON).

PERALATAN : SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10X.

PENEROKAAN : 
MISI 'UNMANNED' - FEB,1965 - 'RANGER 8 SPACECRAFT'. TELAH DIRANCANG UNTUK 'TERHEMPAS' DI MARE TRANQUILLITATIS. IANYA SEMPAT MENGHANTAR SEBANYAK 7,137 GAMBAR DALAM MAS 23 MINIT TERAKHIR MISI.
MISI 'MANNED' - JULAI 20,1969 - 'APOLLO 11 LUNAR MODULE' DIBERI NAMA "EAGLE" MERUPAKAN PENDARATAN PERTAMA MANUSIA DI PERMUKAAN BULAN DENGAN ANGKASAWAN NEIL ARMSTRONG, BUZZ ALDRIN DAN MICHAEL COLLINS. IA DILANCARKAN PADA JULAI 16, 1969 DAN MENDARAT PADA JULAI 20, 1969. MISI TERSEBUT KEMBALI KE BUMI PADA JULAI 24, 1969. KAWASAN PENDARATAN BERHAMPIRAN DENGAN KAWAH SABINE.




OK, ASTRONOMERS. DI HARAP MAKLUMAT DI ATAS BANYAK MEMBANTU. HINGGA BERTEMU LAGI DALAM SIRI SETERUSNYA.

SEBARANG PERTANYAAN, KEMUKAKAN:

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM 
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"



Friday, January 25, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"... APAKAH KAMU TIDAK MEMPERHATIKAN (PENCIPTAAN) TUHANMU; BAGAIMANA DIA MEMANJANGKAN (DAN MEMENDEKKAN) BAYANG-BAYANG; DAN KALAU DIA MENGHENDAKI NESCAYA DIA MENJADIKAN TETAP BAYANG-BAYANG ITU, KEMUDIAN KAMI JADIKAN MATAHARI SEBAGAI PETUNJUK ATAS BAYANG-BAYANG ITU, KEMUDIAN KAMI MENARIK BAYANG-BAYANG ITU KEPADA KAMI DENGAN TARIKAN YANG PERLAHAN-LAHAN ..."

                              SURAH AL FURQAAN (PEMBEDA)
                              AYAT 45 DAN 46

SUBHANALLAH. SATU LAGI TANDA KEAGUNGAN ALLAH MAHA PENCIPTA. DIA MENCIPTAKAN MATAHARI DAN BAYANG-BAYANG; BANYAK KEBAIKAN DAN KEGUNAAN KEPADA MAKHLUK-MAKHLUK DI BUMI. BAYANG-BAYANG ITU KITA GUNAKAN UNTUK MENENTUKAN WAKTU SOLAT TERUTAMA WAKTU SOLAT ZOHOR DAN JUGA WAKTU SOLAT ASAR. WAKTU SOLAT ZOHOR DITENTUKAN APABILA MATAHARI TERGELINCIR SEDIKIT DARI TITIK ZENITH (POINT TERTINGGI DI ATAS LANGIT); ATAU ANGGARAN KASAR 1 MINIT 40 SAAT. MANAKALA, WAKTU SOLAT ASAR PULA DITENTUKAN APABILA BAYANG MATAHARI LEBIH PANJANG DARIPADA PANJANG KAYU (CONTOH) YANG DITEGAKKAN. BERBEZA DENGAN WAKTU SOLAT MAGHRIB, YANG MANA WAKTUNYA DITENTUKAN APABILA MATAHARI TERBENAM DARI UFUK BARAT DAN DI LANGIT KELIHATAN MEGA MERAH HASIL DARI PEMBALIKAN MATAHARI DI SEBALIK UFUK BARAT.

KAMI MENYEDIAKAN SEMINAR MENGENAI ASTRONOMI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT, E-MAIL KE;

                     KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
                                              atau
                    CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

   "KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"

Wednesday, January 23, 2013

MENGENALI BURUJ SIRI 2

BURUJ SCORPIUS (KALA JENGKING)





KATEGORI : BURUJ (CONSTELLATION)

SINGKATAN : SCORPII

DESKRIPSI : SCORPIUS JUGA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA BINTANG ZODIAK. IA MENGGAMBARKAN SEEKOR KALA JENGKING. JIKA DIPERHATIKAN SEKILAS PANDANG. BENTUK BURUJ SCORPIUS SEAKAN-AKAN BENTUK 'MATA KAIL'. ADA JUGA YANG MENGATAKAN BENTUKNYA SEPERTI HURUF 'S'. BAHAGIAN ATAS BURUJ MERUPAKAN 'PENGEPIT', MANAKALA BAHAGIAN TENGAH LEBIH MERUPAKAN 'BADAN' SCORPIUS. BINTANG LAMBDA DAN UPSILON DI BAHAGIAN BAWAH, MERUPAKAN 'THE STING' ATAU 'SENGAT'.

BURUJ BERHAMPIRAN :
BAHAGIAN UTARA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ OPHIUCHUS,
DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT PULA TERDAPAT BURUJ LIBRA,
DI BAHAGIAN TIMUR, BURUJ LUPUS,
DI BAHAGIAN TENGGARA TERDAPAT BURUJ NORMA,
DI BAHAGIAN SELATAN, BURUJ ARA
DI BAHAGIAN BARAT-DAYA PULA TERDAPAT BURUJ CORONA AUSTRALIS,
MANAKALA BURUJ SAGITTARIUS MEMENUHI RUANG ANGKASA DI BAHAGIAN BARAT.

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ : BURUJ SCORPIUS MEMPUNYAI BANYAK BINTANG YANG BERMAGNITUD ANTARA +1.00 HINGGA +3.00. BINTANG ALPHA YANG JUGA DIKENALI SEBAGAI "ANTARES" BERMAGNITUD +1.08. BINTANG LAMBDA (SHAULA) +1.63; THETA (GIRTAB) +1.87; EPSILON +2.29; DELTA (DSCHUBBA) +2.32; KAPPA +2.41; BETA (ACRAB) +2.58; UPSILON (LESATH) +2.69; TAU +2.82; PI +2.89; DAN SIGMA (ALNIYAT) +2.89. SELEBIHNYA BERMAGNITUD LEBIH DARI +3.00. ANTARA BINTANG TERSEBUT IALAH IOTA +3.03; MU +3.04; ETA +3.33; ZETA2 +3.62; RHO +3.88; OMEGA +3.96; NU (JABBAH) +4.00; OMICRON +4.55; XI (GRAFIAS) +4.77; DAN PSI +4.94.

BINTANG BINARI (BINARY) : BURUJ SCORPIUS MEMPUNYAI BINTANG BINARI SEPERTI ALPHA. IA MEMPUNYAI BINTANG KEDUA BERMAGNITUD +5.4; 'SUDUT KEDUDUKAN' (POSITION ANGLE ATAU PA) PADA SUDUT 2740; 'JARAK DIPISAHKAN' (SEPARATION) PADA 2.6". BETA PULA MEMPUNYAI BINTANG BERMAGNITUD +4.9; PA 230; SEP. 13.7"; NU MERUPAKAN BINTANG YANG AGAK MENARIK KERANA IA MEMPUNYAI TIGA BINTANG LAIN YANG MENGORBIT GRAVITI YANG SAMA. NU DAN BINTANG "C" BERMAGNITUD +6.4; PA 3370; SEP. 41". NU DAN BINTANG "B" BERMAGNITUD +5.4; PA 20; SEP. 1.3", MANAKALA BINTANG "C" DAN BINTANG "D" BERMAGNITUD +8.0; PA 510; SEP 2.3". XI PULA MEMPUNYAI BINTANG BERMAGNITUD +7.4; PA 3080; SEP. 0.39". SIGMA PULA BERBINTANG YANG MAGNITUDNYA +8.5; PA 2730; SEP. 20".

BINTANG VARIABLE : BURUJ SCORPIUS MEMPUNYAI SATU BINTANG IAITU BINTANG "RR" YANG MEMPUNYAI MAGNITUD BERUBAH DARI +5.0 KEPADA +12.4. IANYA BERLAKU SETIAP 281.45 HARI.

PEMERHATIAN : BURUJ SCORPIUS PALING SESUAI DI CERAP PADA BULAN JULAI PADA PUKUL 9 MALAM. SEBELUM ITU PADA BULAN JUN, IA DAPAT DICERAP PADA PUKUL 10 MALAM. UNTUK BULAN OGOS, PADA PUKUL 8 MALAM.

OBJEK "DEEP SKY" : BURUJ SCORPIUS MEMPUNYAI 4 OBJEK 'MESSIER' DAN 'DEEP SKY'.
M4 ATAU NGC 6121 MERUPAKAN KLUSTER 'GLOBULAR' YANG MANA IA MENGANDUNGI JUTAAN BINTANG-BINTANG YANG MEMBENTUK SEPERTI BENTUK 'BOLA' DAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT BERKEDUDUKAN RAPAT ANTARA MEREKA. M4 BERMAGNITUD +5.90 DENGAN KECERAHAN +12.00. HANYA DAPAT DILIHAT DENGAN TELESKOP BERKUASA TINGGI.




M6 (NGC 6405) MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) DI MANA IA MENGANDUNGI PULUHAN ATAU RIBUAN BINTANG-BINTANG MUDA DAN KEDUDUKAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT AGAK JAUH ANTARA MEREKA. IA BERMAGNITUD +4.20 DENGAN KECERAHAN +10.00. M6 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE BUTTERFLY CLUSTER'




M7 (NGC 6475) MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) BERMAGNITUD +3.30 DENGAN KECERAHAN +12.00. IA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR DALAM KEADAAN SEKELILING YANG GELAP.




M80 (NGC 6093) MERUPAKAN KLUSTER 'GLOBULAR' YANG AGAK MALAP BERMAGNITUD +7.20 DENGAN KECERAHAN +11.00. PENGGUNAAN TELESKOP YANG BESAR DAN BERKUASA TINGGI DIPERLUKAN UNTUK MENCERAP M80.




NGC 6231 MERUPAKAN KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) BERMAGNITUD +2.60 DENGAN KECERAHAN +8.22. IA JUGA DAPAT DILIHAT DENGAN MATA KASAR SEPERTI MANA 'PLEIADES' DI BURUJ TAURUS.



ASTRONOMERS. SEBARANG PERTANYAAN, KEMUKAKAN KE;

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"



Monday, January 21, 2013

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 37 / NGC 2099

MESSIER 37  /  NGC2099


BURUJ:   AURIGA

KELAS:   KLUSTER TERBUKA

LOKASI:   05h 52m 18s  /  +32o 33' 02"

JARAK:   4,511 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.2

SAIZ:   24'.0  X  24'.0

KATEGORI:   I 2 r  /  I 1 r

MESSIER 37 ATAU NGC2099 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ AURIGA DI HEMISFERA UTARA. SELAIN M37 / NGC2099, IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COR 75' DI DALAM SENARAI KATALOG 'THE COLLINDER CATALOGUE' YANG DIISUSUN OLEH SE ORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN BERNAMA PER COLLINDER PADA TAHUN 1931.

M37 / NGC2099 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, GUILLAUME Le GENTIL TELAH 'TERLEPAS PANDANG' M37 / NGC2099 SEMASA BELIAU MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M36 / NGC1960 DAN JUGA KE ATAS M38 / NGC1912. AHLI ASTRONOMI PERANCHIS, CHARLES MESSIER TELAH MENEMUKAN OBJEK TERSEBUT DAN MEREKODKAN SEBAGAI 'MESSIER 37' KE DALAM KATALOG BELIAU, 'THE MESSIER CATALOGUE' PADA 2hb SEPTEMBER, 1764.

JOHANN ELERT BODE TELAH MELAKUKAN PENCERAPAN KE ATAS M37 / NGC2099 PADA BULAN NOVEMBER, 1774. MANAKALA, JOHN HERSCHEL PULA TELAH MELAKUKAN CERAPAN PADA TAHUN 1827. DIIKUTI OLEH WILLIAM HENRY SMYTH PADA TAHUN 1836.







camp.astronomy@gmail.com
















Friday, January 18, 2013

RENUNGAN JUMAAT

HELLO ASTRONOMERS SEMUA....

.... "DAN SATU TANDA (KEKUASAAN ALLAH YANG BESAR) BAGI MEREKA ADALAH MALAM; KAMI TANGGALKAN SIANG DARI MALAM ITU, MAKA DENGAN SERTA-MERTA MEREKA BERADA DALAM KEGELAPAN, DAN MATAHARI BERJALAN DI TEMPAT PEREDARANNYA. DEMIKIAN KETETAPAN YANG MAHA PERKASA LAGI MAHA MENGETAHUI. DAN TELAH KAMI TETAPKAN BAGI BULAN MANZILAH-MANZILAH, SEHINGGA (SETELAH DIA SAMPAI KE MANZILAH YANG TERAKHIR) KEMBALILAH DIA SEBAGAI BENTUK TANDAN YANG TUA. TIDAKLAH MUNGKIN BAGI MATAHARI MENDAPATKAN BULAN DAN MALAM PUN TIDAK DAPAT MENDAHULUI SIANG. DAN MASING-MASING BEREDAR PADA GARIS EDARNYA...."

                                      SURAH YAASIN; AYAT 37 HINGGA 40


MINGGU LEPAS, KITA BINCANGKAN TENTANG KEJADIAN LANGIT YANG BERTINGKAT-TINGKAT YANG DICIPTAKAN OLEH ALLAH YANG MAHA PENCIPTA. MINGGU INI, KITA LIHAT DARI AYAT-AYAT SURAH YAASIN, BAGAIMANA ALLAH MENGATURKAN CIPTAANNYA DENGAN PENGURUSAN YANG BIJAKSANA LAGI TERATUR. MATAHARI DAN BULAN MENGIKUT KETETAPAN ALLAH DENGAN TAAT DAN PATUH. KEJADIAN MALAM DAN SIANG JUGA MENGAJAR KITA UNTUK BERFIKIR; BILAMANA BUMI MENGADAP DAN MENDAPAT CAHAYA MATAHARI, IA MENJADI CERAH DAN TERANG. MANAKALA BAHAGIAN YANG MEMBELAKANGKAN MATAHARI, IANYA GELAP DAN MEMBERI RUANG BAGI KITA MANUSIA UNTUK BEREHAT DAN BERIBADAT. SATU LAGI YANG KITA BOLEH PERHATI DAN FIKIRKAN ADALAH TENTANG MATAHARI DAN BULAN IALAH BENTUK KEDUA-DUA CIPTAAN ALLAH INI. MATAHARI KEKAL BENTUKNYA, MANAKALA BULAN AKAN BERUBAH BENTUK DARI BENTUK BULAN SABIT KE BENTUK BULAN PURNAMA DAN KEMBALI KE BENTUK BULAN SABIT. MAKA, RENUNGLAH DAN LIHATLAH KE ATAS MELIHAT KEJADIAN DAN KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH. MUHASABAH DIRI ......


KAMI DI ASTRONOMI KEM MGMT & CONSULTANCY MENYEDIAKAN SEMINAR DAN BENGKEL ASTRONOMI. UNTUK MAKLUMAT LANJUT;

                            KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
                                                    atau
                            CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

     "KEEP LOOKING UP DAN BEYOND YOUR EYES CAN SEE"

Thursday, January 17, 2013

MENGENALI BURUJ


BURUJ ARIES



KATEGORI : BURUJ (CONSTELLATION)

DESKRIPSI : BURUJ ARIES ADALAH SALAH SATU DARIPADA 12 ZODIAK. IA DIGAMBARKAN SEBAGAI SEEKOR KAMBING JANTAN (RAM). ORANG GREEK DAHULU AMAT MENYANJUNG BINTANG BERTANDUK INI KERANA IA MELAMBANGKAN PRODUKTIVITI DAN PERMULAAN BAHARU (RENEWED). OLEH KERANA ITU, SEMASA 'VERNAL EQUINOX', DI MANA MATAHARI BERADA "DI DALAM" BURUJ ARIES, ORANG GREEK MENGANGGAP IA SEBAGAI TAHUN BAHARU. 

BURUJ BERHAMPIRAN : BURUJ ARIES BERSEMPADAN DENGAN BEBERAPA BURUJ YANG LAIN. DI SEBELAH UTARA, IA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ TRIANGULUM DAN BURUJ PERSEUS. DI SEBELAH TIMUR, IA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ PISCES; DI BARAT PULA DENGAN BURUJ TAURUS; MANAKALA DI SEBELAH SELATAN, IA BERSEMPADAN DENGAN BURUJ CETUS

BINTANG-BINTANG DALAM BURUJ : BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM BURUJ ARIES KEBANYAKANNYA BERMAGNITUD ANTARA +2 HINGGA +5. TIADA BINTANG YANG BERMAGNITUD KURANG DARIPADA +2.0. ALPHA (JUGA DIKENALI SEBAGAI HAMAD) BERMAGNITUD +2.01; BETA (SHERATON) BERMAGNITUD +2.64; GAMMA (MESARTHIM) BERMAGNITUD +3.90; DELTA (BOTEIN) +4.35; EPSILON +4.63; ZETA +4.87; DAN LAMBDA +4.79. SELEBIHNYA, BINTANG-BINTANG DI DALAM BURUJ ARIES BERMAGNITUD LEBIH DARIPADA +5.0. IA TERMASUK ETA +5.23; THETA +5.58; IOTA +5.09; KAPPA +5.03; MU +5.74; NU +5.45; XI +5.48; OMICRON +5.78; PI +5.26; RHO +5.58; SIGMA +5.52; DAN JUGA TAU +5.27.


BINTANG BINARI (BINARY) : BINTANG BINARI IALAH DI MANA BINTANG TERSEBUT MEMPUNYAI BINTANG ATAU BINTANG-BINTANG LAIN YANG MENGELILINGI SATU PUSAT GRAVITI YANG SAMA DI MANA IA MUNGKIN TERDIRI DARIPADA DUA BINTANG (DOUBLE STAR) ATAU LEBIH DARI DUA BINTANG. IA MEMPUNYAI KOMPANINYA SENDIRI (COMPANION). BINTANG GAMMA DENGAN MAGNITUD  +3.9 MEMPUNYAI BINTANG BERMAGNITUD +4.8 PADA "SUDUT KEDUDUKAN" (POSITION ANGLE) ATAU PA IAITU 3600 DAN "JARAK DIPISAHKAN" (SEPARATION) ANTARA KEDUA-DUA BINTANG IALAH 7.8". SELAIN GAMMA, LAMBDA JUGA BINTANG BINARI DENGAN KOMPANINYA BERMAGNITUD +7.7; PA PADA 460 DAN 'SEPARATION' PADA 37.4". EPSILON PULA BERKOMPANI BERMAGNITUD +5.5; PA PADA 2030 DAN 'SEPARATION' PADA 1.4". SELAIN ITU, 30 ARI DAN 33 ARI JUGA BINTANG BINARI. 30 ARI +6.6 MEMPUNYAI KOMPANI +7.4; PA PADA 2740; SEPARATION PADA 38.6". 33 ARI +5.5 BERKOMPANI MAGNITUD +8.4; PA PADA 3600; SEPARATION PADA 28.6".

BINTANG VARIABLE : IA ADALAH BINTANG YANG BERUBAH MAGNITUD DALAM TEMPUH MASA TERTENTU DI MANA BINTANG TERSEBUT MENJADI LEBIH MALAP DAN AKAN KEMBALI KEPADA MAGNITUD ASALNYA. GAMMA2 ADALAH CONTAH BINTANG VARIABLE YANG MANA IA BERMAGNITUD +4.62 DAN BERUBAH KEMAGNITUD +4.66 DALAM TEMPUH 2.6 HARI. BINTANG GAMMA2 DI KELASKAN SEBAGAI 'ALPHA CV TYPE VARIABLE'. SELAIN GAMMA2, BINTANG SX YANG DIKELASKAN JUGA SEBAGAI 'ALPHA CV TYPE VARIABLE' BERUBAH DARI MAGNITUD +5.67 KE+5.81 PADA TEMPUH 17 JAM 28 MINIT.



BINTANG BINARI

OBJEK 'DEEP SKY' : BURUJ ARIES MEMPUNYAI BANYAK OBJEK 'DEEP SKY',  TETAPI HANYA NGC 772 YANG MEMPUNYAI BENTUK YANG AGAK MENARIK. DENGAN MAGNITUD +10.30 DAN KECERAHAN (BRIGHTNESS) PADA +13.90, IA TERLETAK 10 KE TIMUR BINTANG GAMMA.


NGC 772

SEBARANG PERTANYAAN, SILA KEMUKAKAN 

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"

Saturday, January 12, 2013

MENGENALI BULAN - SIRI 2

ASTRONOMERS. BERTEMU LAGI. KITA AKAN MENJELAJAH SATELIT BUMI IAITU BULAN. KITA AKAN MENGKAJI MARE SERENITATIS PULA. JOM KITA MULAKAN JELAJAH KITA.



MARE SERENITATIS

KATEGORI : LAUTAN (MARIA / SEA)
LOKASI : TERLETAK DI SEBELAH ATAS BAHAGIAN TIMUR PERMUKAAN BULAN. IA BERBENTUK AGAK 'BULAT' JIKA DILIHAT PADA MASA BULAN DI PERINGKAT 'SUKU PERTAMA' (1st QUARTER). BENTUK "ORANG TUA" (OLD MAN) PADA PERMUKAAN BULAN, DI MANA 'KEPALA' "ORANG TUA" TERSEBUT ADALAH MARE SERENITATIS.
KELUASAN : MARE SERENITATIS MEMPUNYAI DIAMETER 674 KM DENGAN KELUASAN 303,000 KM2. IA MERUPAKAN YANG  KE ENAM TERBESAR DI PERMUKAAN BULAN.
ERA PEMBENTUKAN : TERBENTUK DALAM MASA "NECTARIAN GEOLOGICAL PERIOD" IAITU ANTARA -3.95 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.
CIRI-CIRI : MARE SERENITATIS DISELIPUTI OLEH BASALT SEHINGGA MELIMPAHI KE LACUS SOMNIORUM (tasik) YANG TERLETAK DI SEBELAH TIMUR-LAUT.
BAHAGIAN TIMUR-LAUT - BERSEMPADAN DENGAN LACUS SOMNIORUM (tasik) DAN JUGA KAWAH POSIDONIUS YANG AGAK BESAR DAN MENARIK.
BAHAGIAN TIMUR - TERDAPAT KAWAH LE MONNIER YANG DITEROKAI OLEH LUNA 21 DAN JUGA TAURUS-LITTROW VALLIS (lembah) YANG DITEROKAI OLEH APOLLO 17. BERHAMPIRAN DENGAN MONTES TAURUS (banjaran)
BAHAGIAN TENGGARA - BERSEMPADAN DENGAN MARE TRANQUILLITATIS (lautan). TERDAPAT PROMONTORIUM ARCHERUSIA (teluk)
BAHAGIAN BARAT-DAYA - BERSEMPADAN DENGAN MARE VAPORUM (lautan) DAN JUGA MONTES HAEMUS (banjaran)
 BAHAGIAN BARAT-LAUT - TERDAPAT MONTES CAUCASUS (banjaran) DAN JUGA KAWAH CALIPPUS
PERMUKAAN MARE SERENITATIS TERDAPAT DORSUM OWEN, DORSUM VON COTTA, DORSUM BUCKLAND, DORSUM AZARA, SELAIN DORSA SMIRNOV, DORSA ALDRAVANDI, DAN DORSA LISTER. SEMUA INI IALAH 'RABUNG'
PEMERHATIAN : MEMPUNYAI FORMASI YANG AGAK MENARIK. DAPAT DILIHAT PADA HARI KE 5 'BULAN BAHARU' (NEW MOON) HINGGA 4 HARI SELEPAS 'BULAN PENUH' (FULL MOON).
PERALATAN : SEKURANG-KURANGNYA TEROPONG BERKUASA 10x.
PENJELAJAHAN : MISI "UNMANNED" - LUNA 21 (SOVIET RUSSIA) DILANCARKAN PADA 8/01/1973 DAN MENDARAT PADA 15/01/1973 DI KAWAH LE MONNIER DI KOORDINAT 25.850U, 30.450T HAMPIR DENGAN MONS TAURUS (gunung)
MISI "MANNED" - APOLLO 17 (U.S.A) DILANCARKAN PADA 7/12/1972 DAN MENDARAT PADA 11/12/1972 DI TAURUS-LITTROW VALLIS (lembah) PADA KOORDINAT 20.190U, 30.770T. KREW APOLLO 17 IALAH EUGENE A.CERNAN, RONALD E.EVANS DAN HARRISON H.SCHMITT. KEMBALI KE BUMI PADA 19/12/1972.





SEBARANG PERTANYAAN, KEMUKAKAN 

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE








Friday, January 11, 2013

RENUNGAN JUMAAT

"... MENGAPA KAMU TIDAK PERCAYA AKAN KEBESARAN ALLAH? PADAHAL DIA SESUNGGUHNYA TELAH MENCIPTAKAN KAMU DALAM BEBERAPA TINGKATAN KEJADIAN. TIDAKKAH KAMU PERHATIKAN BAGAIMANA ALLAH TELAH MENCIPTAKAN TUJUH LANGIT BERTINGKAT-TINGKAT?. DAN ALLAH MENCIPTAKAN PADANYA BULAN SEBAGAI CAHAYA DAN MENJADIKAN MATAHARI SEBAGAI PELITA? ..."

                      SURAH NUH (JUZ 29) AYAT 13 HINGGA 16.


SUBHANALLAH. SIAPAKAH YANG MENCIPTA DAN MENJADIKAN KITA? ALLAH TIDAK MEMPUNYAI HALANGAN UNTUK MENCIPTA APA-APA YANG DIKEHENDAKINYA. ALLAH HANYA MENGUCAPKAN "KUMFAYAKUM", MAKA JADILAH. BEGITU JUGA DENGAN KEJADIAN ALAM SEMESTA INI. ALLAH MENYATAKAN BAHAWA ALLAH TELAH MENCIPTAKAN LANGIT INI SENAYAK TUJUH TINGKAT. ADAKAH KITA MENGETAHUI DI MANAKAH BERAKHIRNYA ALAM SEMESTA INI. SEDANGKAN LANGIT YANG KITA LIHAT DAN KITA PERHATIKAN SETIAP MALAM YANG CERAH, HANYALAH SEDIKIT SAHAJA DARI KESELURUHAN ALAM SEMESTA INI. SEDANGKAN PENJELAJAHAN KAPAL ANGKASA YANG DICIPTA OLEH MANUSIA HANYA DAPAT SAMPAI KE PENGHUJUNG GALAKSI BIMA SAKTI. MASIH LUAS ALAM SEMESTA INI. GALAKSI YANG PALING JAUH DARI BUMI MENGAMBIL JUTAAN TAHUN CAHAYA UNTUK DIJELAJAHI. MAKA BERMUHASABAH DAN INGATLAH KEPADA ALLAH. WASSALAM. 

KAMI DI ASTRONOMI KEM MANAGEMENT DAN CONSULTANSI MENYEDIAKAN PAKEJ SEMINAR MENGENAI ASTRONOMI. UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH TERPERINCI, HUBUNGI KAMI DI      

                    KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM     
                                           atau 
                    CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

      KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE

Thursday, January 10, 2013

KALA MALAM LANGIT CERAH

ASTRONOMERS. JUMPA LAGI. PADA MALAM 5 DAN 6 JAN, LANGIT CERAH SETELAH SEKIAN LAMA DI SELAPUTI AWAN. ALHAMDULILLAH. DAPAT JUGA MENGAMBIL PANORAMA LANGIT PADA MALAM-MALAM TERSEBUT.

BURUJ CANIS MAJOR (KANAN) DAN CANIS MINOR (KIRI)

BURUJ TAURUS DAN JUGA PLANET MUSYTARI (JUPITER). KELIHATAN DI BAHAGIAN KIRI BAWAH IALAH M45 (PLEIADES)

BURUJ AURIGA DENGAN BINTANG CAPELLA (PALING CERAH) DAN BINTANG MENKALIND (KANAN)

BURUJ ORION (BELANTIK) DENGAN BINTANG BELLATRIX (ATAS KIRI), BINTANG RIGEL (ATAS KANAN), BINTANG BETELGEUSE (BAWAH KIRI), BINTANG SAIPH (BAWAH KANAN), SERTA TIGA BINTANG SEBARIS IAITU AL-NITAK (BAWAH), AL-NILAM (TENGAH) DAN MINTAKA (ATAS). KELIHATAN JUGA M42 (THE GREAT ORION NEBULA) DAN JUGA M43 (DE MAIRAN'S NEBULA)

BURUJ CANIS MAJOR DENGAN BINTANG SIRIUS YANG MERUPAKAN BINTANG YANG PALING CERAH, DAN JUGA BINTANG ADHARA (KANAN)

BURUJ ORION, BURUJ CANIS MAJOR DAN JUGA PLANET MUSYTARI (JUPITER)

BURUJ AURIGA, PLANET MUSYTARI (JUPITER) DAN BINTANG ALDEBARAN

BINTANG YANG PALING CERAH DAN KEDUA CERAH DAPAT DILIHAT IAITU BINTANG SIRIUS (BURUJ CANIS MAJOR) DAN BINTANG CANOPUS (BURUJ CARINA). SIRIUS BERADA DI ATAS KIRI, MANAKALA CANOPUS BERADA DI BAWAH KANAN

SEBARANG PERTANYAAN, KEMUKAKAN KE

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE








Saturday, January 5, 2013

MENGENALI BULAN


ASTRONOMERS SEMUA. TAHUKAN ANDA, DI PERMUKAAN BULAN TERDAPAT LAUTAN? MUNGKIN JUGA TELUK, TASIK, BANJARAN GUNUNG,  GUNUNG, LEMBAH ATAU TANJUNG? JIKA TERDAPAT LAUTAN DI PERMUKAAN BULAN, DI MANAKAH LAUTAN TERSEBUT? MARILAH KITA SAMA-SAMA BELAJAR UNTUK MENINGKATKAN PENGETAHUAN KITA SEMUA. OK ASTRONOMERS?


OCEANUS PROCELLARUM (OCEAN OF STORMS)

KATEGORI:
LAUTAN (MARIA ATAU SEA)

LOKASI:
TERLETAK DI SEBELAH BARAT PERMUKAAN BULAN (MOON NEAR SIDE)

KELUASAN:
IA MERENTASI 2,500 KM DARI UTARA KE SELATAN DENGAN KELUASAN MELEBIHI 4,000,000 KM2. OCEANUS PROCELLARUM MERUPAKAN LAUTAN YANG TERBESAR DI PERMUKAAN BULAN

CIRI-CIRI:
IA TERDIRI DARIPADA BAHAN-BAHAN VOLKANO SEPERTI BASALT DAN JUGA MAGMA YANG TELAH MENGERAS. TERDAPAT BANYAK KAWAH-KAWAH (CRATERS), BANJARAN GUNUNG (MONTES), GUNUNG (MONS), TELUK (SINUS), LEMBAH (VALLIS), TASIK (LACUS), DAN JUGA LANSKAP-LANSKAP YANG LAIN.
DI BAHAGIAN SELATAN, IA BERSEMPADAN DENGAN MARE NUBIUM DAN MARE HUMORUM.
DI BAHAGIAN TIMUR-LAUT, OCEANUS PROCELLARUM DIPISAHKAN DENGAN MARE IMBRIUM OLEH BANJARAN GUNUNG CARPATHIAN.
DI BAHAGIAN BARAT-LAUT, TERDAPAT KAWAH ARISTARCHUS ( SELEBAR 32 KM) YANG MERUPAKAN 'FEATURE' YANG PALING TERANG DI PERMUKAAN BULAN (NEAR SIDE)
DI BAHAGIAN TIMUR, TERDAPAT KAWAH COPERNICUS.
DI BAHAGIAN UTARA, TERDAPAT TELUK RORIS (SINUS RORIS)

PENJELAJAHAN:
MISI 'ROBOTIC LUNAR' - PROBE LUNA 9, PROBE LUNA 13, PROBE SURVEYOR 1, DAN PROBE SURVEYOR 3.
MISI 'MANNED LUNAR' - APOLLO 12 DENGAN ANGKASAWAN PETE CONRAD DAN ALAN BEAN. DILANCARKAN PADA 14/11/1969 DAN MENDARAT DI PERMUKAAN BULAN PADA 19/11/1969.



'FEATURE' YANG DAPAT DILIHAT DARI BUMI IAITU KAWAH COPERNICUS (KANAN), KAWAH ARISTARCHUS (KIRI) DAN JUGA KAWAH KEPLER (TENGAH)

OK ASTRONOMERS. SEHINGGA BERTEMU LAGI.

SEBARANG PERTANYAAN, SILA KEMUKAKAN;

KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
atau
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

"KEEP LOOKING UP AND BEYOND YOUR EYES CAN SEE"