Sunday, July 29, 2012
BULAN PADA 6 HARI RAMADHAN
PANORAMA LANGIT PADA 25/07/12 MEMPERLIHATKAN BULAN BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BINTANG 'SPICA', PLANET ZUHAL, PLANET MARIKH (BAWAH, DAN BINTANG ACTURUS ( JAUH DI SEBELAH KANAN ATAS)
LANSKAP PERMUKAAN BULAN YANG KELIHATAN HANYA 40% DARIPADA KESELURUHAN PERMUKAAN BULAN KERANA CAHAYA YANG DIBALIKKAN PADA SUDUT TERSEBUT. KELIHATAN 'LAUTAN' (MARES) DAN JUGA KAWAH-KAWAH (CRATERS).
LANSKAP BERUPA KAWAH-KAWAH (CRATERS) SEPERTI KAWAH AGRIPPA DAN GODIN (2 KAWAH KECIL DI SEBELAH KIRI); KAWAH ABULFEDA, MAUROLYCUS, CUVIER DAN FARADAY.
KELIHATAN 'LAUTAN' (MARES) MARE SERENITATIS, MARE TRANQUILITATIS, MARE NECTARIS, MARE FECUNDITATIS, DAN JUGA MARE CRISIUM. KELIHATAN JUGA MONTES HAEMUS YANG MENGELILINGI MARE SERENITATIS.
KELIHATAN KAWAH-KAWAH (CRATERS) SEPERTI ARISTOTELES DAN EUDOXUS. MANAKALA MARE SERENITATIS BERBENTUK BULATAN DI SEBELAH KANAN KAWAH-KAWAH TERSEBUT, MANAKALA MARE FRIGONIS BERADA DIKIRI KAWAH ARISTOTELES. DUA KAWAH DI HUJUNG MARE FRIGONIS (TIDAK BERAPA JELAS KELIHATAN) IALAH HERCULES DAN ATLAS.
DI SEBELAH KAWAH EUDOXUS TERDAPAT BANJARAN GUNUNG (MOUNTAIN RANGE) YANG DIKENALI SEBAGAI MONTES CAUCASUS, MANAKALA BANJARAN GUNUNG YANG MENGELILINGI MARE SERENITATIS DI SEBELAH KANAN IALAH MONTES HAEMUS.
LAUTAN KELIHATAN IALAH MARE SERENITATIS, TRANQUILITATIS, FECUNDITATIS, NECTARIS, CRISIUM, DAN JUGA FRIGONIS. KAWAH THEOPHILUS DAN CYRILLUS BERADA DI ANTARA MARE NECTARIS DAN TRANQUILITATIS, MANAKALA KAWAH ARISTOTELES DAN EUDOXUS BERADA DI ANTARA MARE SERENITATIS DAN MARE FRIGONIS. JUGA KAWAH HERCULES DAN ATLAS.
BULAN
DIAMETER : 32.50'
JARAK (km) : 367,670
KORDINASI :
RA : 13h 16m 7s
DEC : -11o 40' 30"
ILLUMINASI : 40%
USIA : 6 HARI
SEBARANG PERTANYAAN, SILA E-MAIL
CAMP.ASTRONOMY@GMAIL
ATAU
KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment