Friday, August 10, 2012

RENUNGAN HARI JUMAAT

"... MAKA SESUNGGUHNYA AKU BERSUMPAH DENGAN CAHAYA MERAH DI WAKTU SENJA, DAN DENGAN MALAM DAN APA YANG DISELUBUNGINYA, DAN DENGAN BULAN APABILA JADI PURNAMA, SESUNGGUHNYA KAMU MELALUI TINGKAT DEMI TINGKAT (DALAM KEHIDUPAN), ...."

AYAT-AYAT 16 - 19 DARI SURAH AL INSYIQAAQ (TERBELAH)


AYAT-AYAT DI ATAS MENERANGKAN KEJADIAN-KEJADIAN YANG BERLAKU DI WAKTU SENJA YAKNI SEMASA MATAHARI TERBENAM DI UFUK BARAT. APABILA MATAHARI TERBENAM DI UFUK BARAT, BIDASAN CAHAYA MATAHARI AKAN BERWARNA MERAH. BERBANDING DENGAN CAHAYA MASA MATAHARI YANG KITA LIHAT SEMASA MATAHARI BERSINAR DI WAKTU SIANG. WAKTU MAGHRIB BERMULA DAN IANYA BERAKHIR APABILA WARNA MERAH TERSEBUT HILANG DI LANGIT. WAKTU ISYAK BERMULA APABILA MATAHARI TELAH TERBENAM SEJAUH 18o DARI UFUK BARAT. DI MALAYSIA WAKTU TERSEBUT DIGUNAPAKAI SEBAGAI PENANDA ARAS. SEMENTARA, WAKTU SUBUH BERMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA WAKTU MATAHARI TERBIT DAN DITOLAK DENGAN 20o SEBELUM MATAHARI TERBIT. SETIAP 1o ADALAH BERSAMAAN DENGAN 4 MINIT. INI BERMAKNA 20o SEBELUM MATAHARI TERBIT ADALAH 1 JAM 20 MINIT. MANAKALA 18o PULA BERSAMAAN DENGAN 1 JAM 12 MINIT. SAMA-SAMALAH KITA GUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG DIKURNIAKAN ALLAH KE JALAN YANG BERMANAFAAT SAMAADA UNTUK DIRI KITA SENDIRI ATAU JUGA UNTUK UMAT MANUSIA SEJAGAT. ISYAALLAH.

No comments:

Post a Comment