Friday, July 6, 2012

RENUNGAN JUMAAT

"... DAN KAMI JADIKAN MALAM DAN SIANG SEBAGAI DUA TANDA, LALU KAMI HAPUSKAN TANDA MALAM DAN KAMI JADIKAN TANDA SIANG ITU TERANG, AGAR KAMU MENCARI KURNIA DARI TUHANMU, DAN SUPAYA KAMU MENGETAHUI BILANGAN TAHUN-TAHUN DAN PERHITUNGAN. DAN SEGALA SESUATU TELAH KAMI TERANGKAN DENGAN JELAS...."


                        SURAH AL ISRAA' (MEMPERJALANKAN DI MALAM HARI), AYAT 12




AYAT DI ATAS MEMPUNYAI MAKSUD DAN MAKNA YANG TERSIRAT. JIKA KITA RENUNG DAN KITA FIKIRKAN SEDALAM-DALAMNYA, KITA AKAN DAPATI BAHAWA ALLAH MENJADIKAN ALAM INI SESUATU YANG SEMPURNA BAGI MAKHLUK, TERUTAMANYA UNTUK KEHIDUPAN MANUSIA. ALLAH MENJADIKAN SIANG AGAR MAKHLUK  DAPAT KELUAR MENCARI  NIKMATDAN REZEKI ALLAH DALAM KEADAAN YANG CERAH DAN TERANG. MANAKALA, DI MALAM HARI PULA, MAKHLUK  DAPAT BEREHAT DAN DAPAT MENGEMBALIKAN TENAGA DAN KUDRAT. TETAPI SETENGAH MAKHLUK DIJADIKAN ALLAH UNTUK AKTIF DI MALAM HARI DAN BEREHAT DI SIANG HARI. WALAUPUN BEGITU, KITA WAJID BERSYUKUR DENGAN NIKMAT DAN REZEKI YANG TELAH ALLAH KURNIAKAN KEPADA KITA SEBAGAI MAKHLUK  YANG BERSYUKUR. BANYAK LAGI MANAFAAT DAN FAEDAH DARI AYAT DI ATAS SEKIRANYA KITA MEMIKIRKANNYA. FIKIR-FIKIRKAN DAN RENUNGKAN LAH SEKITAR KITA. JANGAN LUPA MENDONGAK KE LANGIT MELIHAT CIPTAAN ILAHI YANG UNIK INI. SUBHANALLAH.

No comments:

Post a Comment