Tuesday, July 24, 2012
BULAN PADA 24 HARI, MUSYTARI, DAN ZUHRAH
GAMBAR MENUNJUKKAN LANGIT PAGI 14/07/12. KELIHATAN BULAN (ATAS), PLANET MUSYTARI, BINTANG ALDEBARAN, DAN PLANET ZUHRAH (BAWAH CERAH)
PLANET MUSYTARI
MAGNITUD : -2.01
DIAMETER : 34.7"
JARAK (AU) : 5.6815
KORDINASI :
RA : 4h 20m 56s
DEC : +20o 42' 22"
PLANET ZUHRAH
MAGNITUD : -4.62
DIAMETER : 36.3"
JARAK (AU) : 0.4592
KORDINASI :
RA : 4h 44m 39S
DEC : +17o 39' 8.5"
ILLUMINASI : 28%
BULAN
DIAMETER : 29.90'
JARAK (km) : 399,671
KORDINASI :
RA : 3h 22m 39s
DEC : +19o 32' 35"
ILLUMINASI : 24%
LANSKAP BULAN YANG HANYA DITERANGI 24% PERMUKAANNYA OLEH CAHAYA MATAHARI PADA SUDUT MELEWATI PERINGKAT "LAST QUARTER MOON" BULAN SABIT.
LANSKAP PERMUKAAN BULAN YANG KELIHATAN IALAH MARE (LAUTAN) HUMORUM, NUBIUM, OCEANUS PROCELLARUM, IMBRIUM. SELAIN MARES, KELIHATAN JUGA KAWAH-KAWAH (CRATERS) SEPERTI HAINZEL, CASSENDI, SCHILLER, BLANCANUS (SEMUA DI BAHAGIAN ATAS KIRI), KEPLER, REINER, DAN ARISTARCHUS BERADA DI DALAM OCEANUS PROCELLARUM.
MARE HUMORUM, NUBIUM, OCEANUS PROCELLARUM, IMBRIUM. KAWAH CASSENDI, DOPPELMAYER DAN AGATHARCHIDES BERADA DISEKELILING MARE HUMORUM. SEMENTARA KAWAH KEPLER, REINER DAN ARISTARCHUS (MERUPAKAN TOMPOKAN PUTIH) DI OCEANUS PROCELLARUM. TOMPOKAN HITAM DI SEBELAH KANAN ATAS IALAH GRIMALDI.
LANSKAP BAHAGIAN BAWAH PENJURU BULAN PADA ILLUMINASI 24% MEMPERLIHATKAN SINUS IRIDUM ATAU TELUKAN (BAY). TIGA TOMPOKAN PUTIH IALAH KAWAH KEPLER, REINER, DAN ARISTARCHUS.
SINUS IRIDUM ATAU TELUKAN (BAY) YANG DIBESARKAN. DI HUJUNG SINUS IRIDUM KELIHATAN TANJUNG (CAPE) ATAU ISTILAHNYA PROMONTORIUM HERACLIDES. BANJARAN YANG MELINGKUNGI SINUS IRIDUM IALAH RIMA MAIRAN DAN KAWAH MAIRAN KELIHATAN DI TENGAH RIMA MAIRAN. TOMPOKAN PUTIH YANG KELIHATAN DI BAHAGIAN ATAS IALAH KAWAH KEPLER (KIRI) DAN ARISTARCHUS (KANAN)
PANORAMA LANGIT TIMUR SEBELUM MATAHARI TERBIT. CAHAYA MATAHARI TELAH MULA KELIHATAN PADA AWAN-AWAN. IA JUGA MENANDAKAN WAKTU TAMATNYA WAKTU SUBUH (SYURUK). BULAN KELIHATAN DI BAHAGIAN ATAS KIRI, MANAKALA PLANET ZUHRAH BERADA DI BAHAGIAN KANAN BAWAH. DI ANTARA BULAN DAN ZUHRAH, TERDAPAT PLANET MUSYTARI DAN ALDEBARAN. DI SEBABKAN CAHAYA SEMAKIN TERANG. MAKA MUSYTARI DAN ALDEBARAN HILANG DALAM KECERAHAN TERSEBUT.
SILA E-MAIL : CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM
ATAU KEM.ASTRONOMI@YAHOO.COM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment