Monday, December 20, 2010

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 12 / NGC6218

MESSIER 12 / NGC6218


BURUJ:   OPHIUCHUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   16h 47m 14s  /  -01o 56' 52"

JARAK:   16,400 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.7

SAIZ:   16'.0  X  16'.0

KATEGORI:   IX

MESSIER 12 ATAU NGC6218 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 30hb MEI, 1764. BELIAU MENGGAMBARKAN M12 / NGC6218 SEBAGAI SEBUAH 'NEBULA TANPA BINTANG-BINTANG' DAN MEREKODKAN OBJEK TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 12' DI DALAM SENARAI KATALOG BELIAU.

SELAIN CHARLES MESSIER, JOHANN BODE KEMUDIANNYA TELAH MENCERAP M12 / NGC6218 PADA 14hb OGOS, 1774; SEMENTARA JOHN HERSCHEL TELAH MENCERAPNYA PADA 21hb MEI, 1825. KLUSTER M12 / NGC6218 MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG BERJUMLAH LEBIH KURANG 70,000 BIJI DAN IANYA BERMAGNITUD DARI MAGNITUD 12 KE ATAS.

BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM KLUSTER ADALAH BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD 12. KLUSTER INI TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'KELAS IX' DI DALAM 'THE SHAPLEY-SAWYER CONCENTRATION CLASS' DI MANA IA DITAKRIFKAN SEBAGAI 'KEPADATAN YANG LONGGAR KE ARAH TERAS'. TERDAPAT 13 BINTANG 'VARIABLE' DI DALAM KLUSTER TERSEBUT.








camp.astronomy@gmail.com















 

Monday, December 13, 2010

MENGENALI BULAN

 MARE HUMORUM (THE SEA OF MOISTURE)


KATEGORI:   
LAUTAN (SEA ATAU MARE).


LOKASI:
    
MARE HUMORUM TERLETAK DI SUKUAN BAHAGIAN BARAT-DAYA PERMUKAAN BULAN. IA BERADA PADA KOORDINAT 24.4o SELATAN SERTA 38.6o BARAT.


KELUASAN:
   
MARE HUMORUM MEMPUNYAI KELUASAN 113,000 KM PERSEGI. BENTUKNYA YANG HAMPIR BULAT (CIRCLE) DENGAN DIAMETER 420 KM (260 BATU).


ERA PEMBENTUKAN:   MARE HUMORUM TERBENTUK DALAM MASA ERA NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.


CIRI-CIRI:
   MARE HUMORUM TELAH DILIPUTI OLEH LAPISAN 'MARE BASALT' YANG DIPERCAYAI SETEBAL 3 KM DI KAWASAN TENGAHNYA. 

DI PINGGIR UTARA MARE HUMORUM TERDAPAT KAWAH GASSENDI YANG DICADANGKAN SERTA DI PERTIMBANGKAN UNTUK MENJADI TAPAK PENDARATAN BAGI KAPAL PENEROKA APOLLO 17. TERDAPAT JUGA BEBERAPA 'HUBUNGAN' (CONNECTION) SEMPADAN DENGAN OCEANUS PROCELLARUM YANG WUJUD ANTARA KEDUA-DUA NYA.

DI BAHAGIAN SELATAN PULA TERDAPAT KAWAH VITELLO DENGAN 'KERETAKAN LANTAI' KAWAH YANG MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI DOPPELMAYER DAN PUISEUX YANG LEBIH KECIL.

MANAKALA, DI BAHAGIAN TIMUR MARE HUMORUM, TERDAPAT KAWAH HIPPALUS SERTA PROMONTORIUM KELVIN (BANJARAN GUNUNG). DI BAHAGIAN BARAT PULA, RIMAE DOPPELMAYER (RANGKAIAN SUNGAI) SERTA RUPES LIEBIG (LERENG CURAM), DI MANA 'TEBING LERENG' LIEBIG BERADA DI BARAT MARE HUMORUM.


PEMERHATIAN:
   
MARE HUMORUM MEMPUNYAI FORMASI YANG SUNGGUH MENARIK. IA DAPAT DILIHAT PADA HARI KE 3 SELEPAS SUKU PERTAMA (FIRST QUARTER) HINGGA HARI KEDUA SELEPAS SUKU TERAKHIR (LAST QUARTER).


PERALATAN:
   
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK MELIHAT MARE HUMORUM ADALAH TEROPONG YANG BERKUASA 10X.


PENEROKAAN:   TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN MARE  HUMORUM.


camp.astronomy@gmail.com

Friday, November 12, 2010

Renungan

"Apakah kamu tidak memperhatikan (penciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) bayang-bayang; dan kalau Dia menghendaki nescaya Dia menjadikan tetap bayang-bayang itu, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk atas bayang-bayang itu. Kemudian Kami menarik bayang-bayang itu kepada Kami dengan tarikan yang perlahan-lahan..."
Surah Al Furgaan (Pembeda) ayat 45 dan 46.

Buruj Sagittarius


Buruj Sagittarius digambarkan sebagai seorang pemanah (archer). Banyak mitos, dari zaman purba,Greek, Roman, Sumerian dan seterusnya, bermacam-macam gambaran diberikan kepada buruj Sagitarrius. Akhirnya, buruj ini diambil sebagai mana gambaran sekarang. Bintang yang paling cerah di dalam buruj ini, bukannya Alpha, tetapi Epsilon (Kaus Australis - bahagian bawah busar panah) dengan magnitud 1.8. Selain Epsilon, bintang-bintang lain adalah Alpha (Rukbat - lutut), Beta (Akrab - tendon), Lambda (Kaus Borealis - bahagian atas busar panah), Delta (Kaus Meridionalis - bahagian tengah busar panah), Gamma (Alnasl - mata anah panah), Sigma (Nunki), Zeta (Ascella - ketiak pemanah), dan Nu (Ain al Rami - mata pemanah). Buruj Sagittarius lebih mudah dikenalpasti dengan bentuk cerek atao teko (teapot). Sepertimana Ursa Major yang mudah dikenalpasti dengan bentuk "big dipper". Bintang binari (binary star) untuk buruj ini adlah Nu1 (5.0, 10.8) dan juga Rho1 dan Rho2 (merupakan triple sistem) dengan magnitud Rho1 8.0, Rho2 8.3, dan kompanion C bermagnitud 8.6. Bintang variable pula adalah Upsilon (spektrum kelas EB) dengan magnitud berubah dari 4.53 hingga 4.61 dalam masa 137.9 hari. Buruj Sagittarius mempunyai 15 'messior' objek (terbanyak dalam mana-mana buruj) dalam bilangan 'deep sky' objeknya. Mereka adalah M8 (ngc6523 - Lagoon Nebula), M17 (ngc6618 - Swan Nebula), M18 (ngc6613), M20 (ngc6514 - trifid Nebula), M21 (ngc6531), M22 (ngc6656), M23 (ngc6494), M23 (ic4715), M25 (ic4725), M28 (ngc6626), M54 (ngc6715), M55 (ngc6809), M69 (ngc6637), M70 (ngc6681), M75 (ngc6864), dan ngc6822 (Barnard's Galaksi). Kedudukan buruj Sagittarius adalah di tengah-tengah Milky Way (cakerawala). Bulan untuk mencerap buruj ini di titik zenith adalah pada bulan Ogos pada pukul 9 malam.

Dapatkan DVD buruj-buruj secara terperinci.

Wednesday, November 3, 2010

Buruj Scorpius


Buruj Scorpius digambarkan sebagai kala jengking (scorpion). Ia dapat dikenalpasti dengan bentuknya yang seperti cangkup atau mata kail. Dalam mitos, scorpius dihantar oleh Gaia untuk membunuh "pemburu Orion". Scorpius terus mengejar Orion, tetapi ia tidak dapat melakukannya. Kalau diperhatikan, Scorpius dan Orion mempunyai masa terbit dan terbenam yang berlawanan. Semasa Scorpius terbit di ufuk timur, Orion pula terbenam di ufuk barat. Buruj Scorpius mempunyai bintang-bintang bermagnitud kurang daripada +3.00 seperti Alpha (Antares), Beta (Acrab), Delta (Dschubba), Theta (Girtab), Lambda (Shaula), Upsilon (Lesath), Sigma (Alniyat), Epsilon dan juga Kappa. Bintang binari (binary star) di dalam buruj Scorpius adalah Alpha (1.1 dan 5.4), Beta (2.6 dan 4.9), Sigma (2.9 dan 8.5).Selain itu, bintang binari berikut mempunyai multi sistem (multi system) iaitu memiliki lebih dari satu bintang mengelilingi bintang utama (main component). Mereka adalah Nu (4.4; 5.6; 6.4; 8.0) dan Xi (4.7; 5.1; 7.4; 8.1). Alpha adalah bintang variable (variable star) selain RR scorpii (5.0 - 12.4 setiap 281.45 hari) dengan magnitud berubah dari 0.9 hingga 1.8 setiap 1500 hari. Buruj Scorpius mempunyai beberapa 'deep sky' objek yang menarik seperti M4 (ngc6121), M6 (ngc6405), M7 (ngc6475), M80 (ngc6093) dan ngc6231. Bulan untuk melihat buruj Scorpius di titik zenith adalah pada bulan Julai pada pukul 9 malam. SELAMAT MENEROKA ALAM ANGKASA.

DAPATKAN DVD MENGENAI ANGKASA UNTUK MAKLUMAT YANG LEBIH MENDALAM. CALL 012-3596350 ATAU E-MAIL CAMP.ASTRONOMY@GMAIL.COM

Wednesday, October 27, 2010

Buruj Andromeda


Buruj Andromeda digambarkan sebagai seorang Puteri yang dirantai. Banyak mitos yang dikaitkan dengan buruj ini. Buruj ini mempunyai tiga bintang yang bermagnitud kurang daripada +3.00. Ia adalah Alpheratz (Alpha), Mirach (Beta), dan Almaak (Gamma). Selebihnya, bintang-bintang di buruj Andromeda bermagnitud antara +3.00 hingga +6.00. Bintang Alpheratz (atau Sirrah) menandakan kepala (head) puteri dan bintang-bintang yang selebihnya membentuk anggota badan puteri. Buruj Andromeda mempunyai beberapa bintang binari (binary star) termasuk Gamma1 dan Gamma2 , Kappa, Pi, Tau, Phi dan Omega. Buruj Andromeda juga mempunyai bintang variable (variable star) seperti Zeta, Lambda dan Omicron. Banyak 'Deep sky' objek yang terdapat di dalam buruj Andromeda termasuk 'Andromeda Galaksi' atau M31 (ngc224), M32 (ngc221), M110 (ngc205), ngc752, ngc891 dan ngc7662. Bulan yang paling sesuai mencerap/menyaksikan buruj Andromeda adalah pada bulan November antara pukul 8 hingga 9 malam.
Dapatkan DVD tentang buruj-buruj tersebut beserta buku panduan astronomi bernilai serendah RM40.00 untuk beginner level. Hubungi 012-3596350 atau e-mail camp.astronomy@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Wednesday, October 20, 2010

Cerapan malam 19hb Okt. 2010

Kedua-dua gambar ini saya cerap pada 19hb Okt. 2010. Dalam gambar ini, dapat kita perhatikan Copernicus didalam Mare Insularum, Archimedes dan Aristillus dalam Mare Imbrium. Terdapat juga Mare Nubium. Pada sebelah kiri gambaran seperti orang sedang bermain bola, terdapat Mare Serenitatis, Mare Tranquillitatis, Mare Crisium, Mare Nectaris dan Mare Fecunditatis.

Pencerapan langit 19/10/2010


Berikut adalah gambar-gambar yang saya ambil semasa membuat cerapan langit pada pagi 20hb Okt. 2010 untuk cerapan matahari. Kelihatan 2 titik 'Sunspots' pada permukaan matahari, tetapi terdapat 4 titik 'sunspot' yang terdapat di permukaan matahari. 2 titik 'sunspot' tersebut terletak satu di sudut atas adan satu lagi di sudut bawah matahari.

Buruj Aquarius


Buruj Aquarius menggambarkan "Pembawa Air". Banyak mitos seperti Babylonia, Greek dan kepercayaan budaya purba (ancient cultures), menggambarkan buruj ini dengan cerita "pembawa air" bagi tuhan atau dewa mereka. Buruj Aquarius mempunyai bintang-bintang yang bermagnitud kurang dari +4 seperti Sadalmelik (Alpha), Sadalsund (Beta), Sadachbia (Gamma) dan Ancha (Theta - bermagnitud +4.2). Bintang-bintang lain di dalam buruj Aquarius bermagnitud lebih +4. Bintang binari (binary stars) buruj Aquarius adalah Zeta1 dan Zeta2 (magnitud 4.4 dan 4.6). Bintang variable (variable star) buruj Aquarius ialah R Aquarii dengan tempoh 386.96 hari dengan magnitud dari 5.8 hingga 12.4. Buruj Aquarius mempunyai 'deep sky objects' yang menarik perhatian seperti M2 (ngc7089), M72 (ngc6981), M73 (ngc6994), ngc7009 (Saturn Nebula) dan ngc7293 (Helix Nebula). Kedua-dua nebula ini amat cantik dan menarik. Bulan untuk melihat buruj Aquarius di atas Zenith ialah pada bulan Jun (pukul 9 malam).

Monday, October 18, 2010

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 10 / NGC6254

 MESSIER 10 / NGC6254


BURUJ:   OPHIUCHUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   16h 57m 08s  /  -04o 05' 58"

JARAK:   14,300 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.6

SAIZ:   20'.0  X  20'.0

MESSIER 10 ATAU NGC6254 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER, AHLI ASTRONOMI BERBANGSA PERANCHIS, PADA 29hb MEI, 1764 DAN MENGGAMBARKAN KLUSTER TERSEBUT SEBAGAI 'NEBULA YANG TIDAK MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG'. CHARLES MESSIER TELAH MEREKODKAN NGC6254 SEBAGAI 'MESSIER 10' DALAM SENARAI KATALOG BELIAU 'THE MESSIER CATALOGUE'.

SELAIN MESSIER, M10 / NGC6254 JUGA TELAH DICERAP OLEH JOHANN BODE PADA 14hb OGOS, 1774. MANAKALA, JOHN HERSCHEL PULA MELAKUKAN CERAPAN KE ATAS KLUSTER TERSEBUT PADA 21hb MEI, 1825.








camp.astronomy@gmail.com















Wednesday, October 13, 2010

Komet Hartley 2


Minggu ini adalah waktu yang terbaik untuk menyaksikan Komet Hartley 2 kerana ketiadaan bulan yang boleh mendatangkan masaalah penglihatan. Pada magnitud 6, ia lebih menarik dicerap dengan menggunakan teropong dengan keadaan langit yang gelap tiada berbulan. Kedudukan Komet Hartley 2 berubah dari minggu lalu ke Buruj Perseus. Dalam minggu ini, ia akan bermagnitud antara 5.3 hingga 7 bergantung kepada keadaan/kegelapan langit. Perhatikan Komet Hartley 2 yang berwarna hijau dan berekor.

Thursday, October 7, 2010

RENUNGAN BERSAMA

" Dialah Allah yang menjadikan segala yang ada di Bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikanNya tujuh langit! Dan Dia Maha mengetahui segala sesuatu"
Surah Al-Baqarah ayat 29.


Sama-samalah kita renung dan fikir-fikirkan sedalamnya ayat di atas.

KEEP LOOKING UP, SO WE CAN APPRECIATE THOSE ABOVE US
AKTIVITI MENARIK BULAN OKTOBER 2010

Tarikh - Aktiviti
1hb Bulan melalui peringkat 'Last Quarter' (11:52 pagi)
3hb Bulan berada berhampiran Beehive Cluster M44 (Taurus)
5hb Bulan berhampiran bintang Regulus (5 pagi)
6hb Bulan berada pada jarak paling hampir dengan Bumi "Perigee" iaitu 359,455km (22 malam)
8hb Bulan baru "new moon" pada 2:45 pagi
10hb Bulan berhampiran Planet Venus (magnitud -4.5) pada 3 pagi
11hb Bulan berada hampir dengan Planet Mars (magnitud +1.5) pada 8 pagi
12hb Bulan berhampiran bintang Antares (Scorpius) (1 pagi)
15hb Bulan melalui peringkat 'suku pertama' (first quarter) (5:28 pagi)
19hb Bulan berada pada jarak paling jauh dari Bumi "Apogee" iaitu 405,428km (2 pagi)
20hb Bulan berhampiran Planet Jupiter (12 tengahari)
21hb Kemuncak "Tahi Bintang Orionid" (Orionid Meteor Shower) menghasilkan tahi
bintang selaju 66km/saat dan 20 tahi bintang dalam sejam. Dihasilkan dari debu-
debu Komet Halley. Saksikan 2 atau 3 jam sebelum matahari terbit.
23hb Bulan purnama "full moon" (9:37pagi)
25hb Bulan berhampiran Pleiades (Taurus) (20 malam)
26hb Bulan berhampiran bintang Aldebaran (14 petang)
29hb Bulan berhampiran bintang Pollux (Gemini) (20 malam)
30hb Bulan melalui peringkat 'last quarter' (20:46 malam)
30hb Bulan berada hampir dengan 'Beehive Cluster M44' (Cancer) (22 malam)

Tuesday, October 5, 2010



Selamat berjumpa lagi. Pada kali ini kita akan cuba mengenali Buruj Orion. Buruj Orion adalah buruj yang menggambarkan seorang Pemburu. Buruj ini sangat senang untuk dikenali kerana ia mempunyai ciri-ciri seperti tiga bintang berkedudukan sederet. Dalam Islam deretan bintang-bintang ini boleh digunakan untuk menentukan arah Kiblat. Tiga bintang tersebut adalah Mintaka, Alnilam, dan Alnitak yang membentuk tali pinggang di tengah Buruj Orion. Selain daripada tiga bintang tersebut, Buruj Orion juga mempunyai beberapa bintang-bintang yang berkecerahah magnitud kurang dari 2.5 (+2.5) termasuk Betelgeuse (Alpha Ori), Rigel (Beta Ori), Bellatrix (Gamma Ori), dan Saiph (Kappa Ori). Buruj Orion mempunyai bintang 'variable' dan juga bintang binari (binary stars) seperti Theta Ori dan Sigma Ori. Deep sky object yang menarik adalah M42 (Orion Nebula), M43 (ngc1982), M78 (ngc2068), dan paling menarik adalah IC434 yang dikenali 'The Horsehead Nebula' yang berupa kepala kuda. Amat menakjubkan dan menarik ciptaan tuhan.

Monday, September 20, 2010

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 9 / NGC6333

 MESSIER 9  /  NGC6333


BURUJ:   OPHIUCHUS

KELAS:   KLUSTER GLOBULAR

LOKASI:   17h 19m 11s  /  -18o 30' 11"

JARAK:   25,800 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +7.7

SAIZ:   12'.0  X  12'.0

MESSIER 9 ATAU NGC6333 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. M9 ATAU NGC6333 TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 3hb JUN, 1764. MESSIER TELAH MENGGAMBARKAN M9 SEBAGAI SEBUAH 'NEBULA' TANPA MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG. DALAM TAHUN 1783, AHLI ASTRONOMI ENGLAND, WILLIAM HERSCHEL, TELAH BERJAYA MENGHURAIKAN BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM M9 / NGC6333 DENGAN MENGGUNAKAN TELESKOP 'REFLECTOR' BELIAU.

BINTANG-BINTANG YANG TERDAPAT DI DALAM M9 / NGC6333 ADALAH TERLALU PADAT BERHAMPIRAN DENGAN 'TERAS' (CENTER) KLUSTER. DENGAN 'KEPADATAN' BINTANG-BINTANG TERSEBUT, M9 / NGC6333 DIKELASKAN SEBAGAI 'KELAS VIII' DI DALAM SENARAI 'THE SHAPLEY-SAWYER CONCENTRATION CLASS' BAGI KELAS KLUSTER GLOBULAR DI MANA DALAM SENARAI TERSEBUT M9 / NGC6333 MEMPUNYAI KEPADATAN YANG AGAK 'LONGGAR' KE ARAH 'TERAS' KLUSTER.

BINTANG YANG PALING CERAH SECARA INDIVIDU HANYA BERMAGNITUD +13.5, MENJADIKAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT DAPAT DICERAP MENGGUNAKAN TELESKOP BERKUASA 'SEDERHANA'. M9 / NGC6333 MERUPAKAN SALAH SATU KLUSTER GLOBULAR YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN 'PUSAT' GALAKSI BIMA SAKTI (THE MILKY WAY).

BINTANG-BINATNG DI DALAM M9 / NGC6333 KEBANYAKAN TERLETAK DI 'TENGAH' KLUSTER DAN IANYA JELAS MEMPUNYAI BEBERAPA WARNA YANG BERBEZA. BINTANG-BINTANG YANG BERWARNA 'MERAH' MENANDAKAN SUHU PERMUKAAN YANG RENDAH, MANAKALA, BINTANG-BINTANG YANG BERWARNA 'BIRU' PULA MENUNJUKKAN SUHU YANG SUNGGUH PANAS.

SECARA KESELURUHAN, KLUSTER M9 / NGC6333 MEMPUNYAI 'SPECTRAL' JENIS F2 IAITU BINTANG-BINTANG BERWARNA PUTIH-KEKUNINGAN DENGAN SUHU DI ANTARA 6,000 KELVIN (K) HINGGA 7,500 KELVIN (K). M9 / NGC6333 TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN PINGGIR 'BARNARD 64' IAITU SEBUAH NEBULA GELAP (DARK NEBULA) YANG MANA CAHAYA DARI KLUSTER TERSEBUT TELAH DISELINDUNGI OLEH DEBU 'INTERSTELLAR'. MASA YANG PALING SESUAI UNTUK MENCERAP M9 / NGC6333 ADALAH DALAM BULAN MEI, JUN, DAN JULAI. 







camp.astronomy@gmail.com













Monday, August 16, 2010

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 8 / NGC6523

 MESSIER 8 / NGC6523


BURUJ:   SAGITTARIUS

KELAS:   NEBULA PANCARAN 

LOKASI:   18h 03m 37s  /  -24o 23' 12"

JARAK:   4,100 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +6.0

SAIZ:   90'.0  X  40'.0

MESSIER 8 ATAU NGC6523 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE LAGOON NEBULA'. IA ADALAH SEBUAH NEBULA PANCARAN (EMISSION NEBULA) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SAGITTARIUS DI HEMISFERA SELATAN. MESSIER 8 ADALAH SEBUAH 'AWAN STELLAR' YANG BESAR DAN DIKELASKAN SEBAGAI 'NEBULA PANCARAN' SERTA SEBAGAI 'H II REGION'. 'H II REGION' IALAH SUATU KAWASAN DI MANA 'INTERSTELLAR' HIDROGEN ATOM BERTUKAR MENJADI 'ION' DALAM PROSES 'PENGIONAN' (IONIZED).

M8 / NGC6523 TELAH DITEMUKAN OLEH GIOVANNI BATISTA HODIERNA SEBELUM TAHUN 1654. APABILA CHARLES MESSIER MENGKATALOGKAN M8 / NGC6523 PADA 23hb MEI, 1764, AKHIRNYA M8 MENJADI POPULAR. IA KELIHATAN DENGAN NYATA SEPERTI TOMPOKAN 'AWAN' DENGAN 'TERAS' (CORE) YANG JELAS. DI DALAM 'TOMPOKAN AWAN' TERSEBUT TERDAPAT 'KLUSTER TERBUKA' (OPEN CLUSTER) NGC6530.








camp.astronomy@gmail.com














Monday, July 19, 2010

OBJEK DI LANGIT - MESSIER 7 / NGC6475

MESSIER 7  /  NGC6475


BURUJ:   SCORPIUS

KELAS:   KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)

LOKASI:   17h 53m 51s  /  -34o 47' 34"

JARAK:   980 TAHUN CAHAYA

MAGNITUD:   +3.3

SAIZ:   80'.0  X  80'.0

JENIS:   II 2 r

MESSIER 7 ATAU NGC6475 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCORPIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE PTOLEMY CLUSTER' KERANA IA TELAH DICERAP DAN DIREKODKAN PERTAMA KALI OLEH AHLI ASTRONOMI GREEK-ROMAN PADA KURUN KE DUA DALAM TAHUN 130 A.D IAITU PTOLEMY, YANG MENYANGKAKAN IA ADALAH SEBUAH 'NEBULA'.

AHLI ASTRONOMI ITALI, GIOVANNI BATISTA HODIERNA TELAH MEMBUAT CERAPAN KE ATAS M7 / NGC6475 SEBELUM TAHUN 1654 DAN BELIAU TELAH MENGIRA SERTA MENDAPATI SEBANYAK 30 BIJI BINTANG TERKANDUNGI DI DALAMNYA. DALAM TAHUN 1764, CHARLES MESSIER TELAH MENCERAP M7 / NGC6475 DAN MENGKATALOGKAN SEBAGAI 'MESSIER 7' DALAM KATALOG BELIAU.

BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM KLUSTER TERBUKA INI ADALAH BERMAGNITUD +5.6 DAN BERWARNA JINGGA ATAU KUNING DENGAN 'SPECTRAL' JENIS G8. TERDAPAT LEBIH KURANG 80 BIJI BINTANG YANG MANA IA MELIHATKAN HIMPUNAN BINTANG-BINTANG SUNGGUH 'LONGGAR' (LOOSE) ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN. KEBANYAKKAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT BERWARNA PUTIH SERTA BIRU-KEPUTIHAN. M6 / NGC6405 TERLETAK 4o BARAT-LAUT DARI M7 / NGC6475. MANAKALA, IA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN 'SENGAT' (STINGER) BURUJ SCORPIUS.







camp.astronomy@gmail.com