MESSIER 12 / NGC6218
BURUJ: OPHIUCHUS
KELAS: KLUSTER GLOBULAR
LOKASI: 16h 47m 14s / -01o 56' 52"
JARAK: 16,400 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +6.7
SAIZ: 16'.0 X 16'.0
KATEGORI: IX
MESSIER 12 ATAU NGC6218 ADALAH SEBUAH KLUSTER GLOBULAR (GLOBULAR CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IA TELAH DITEMUKAN OLEH CHARLES MESSIER PADA 30hb MEI, 1764. BELIAU MENGGAMBARKAN M12 / NGC6218 SEBAGAI SEBUAH 'NEBULA TANPA BINTANG-BINTANG' DAN MEREKODKAN OBJEK TERSEBUT SEBAGAI 'MESSIER 12' DI DALAM SENARAI KATALOG BELIAU.
SELAIN CHARLES MESSIER, JOHANN BODE KEMUDIANNYA TELAH MENCERAP M12 / NGC6218 PADA 14hb OGOS, 1774; SEMENTARA JOHN HERSCHEL TELAH MENCERAPNYA PADA 21hb MEI, 1825. KLUSTER M12 / NGC6218 MEMPUNYAI BINTANG-BINTANG BERJUMLAH LEBIH KURANG 70,000 BIJI DAN IANYA BERMAGNITUD DARI MAGNITUD 12 KE ATAS.
BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM KLUSTER ADALAH BINTANG-BINTANG YANG BERMAGNITUD 12. KLUSTER INI TELAH DIKATEGORIKAN SEBAGAI 'KELAS IX' DI DALAM 'THE SHAPLEY-SAWYER CONCENTRATION CLASS' DI MANA IA DITAKRIFKAN SEBAGAI 'KEPADATAN YANG LONGGAR KE ARAH TERAS'. TERDAPAT 13 BINTANG 'VARIABLE' DI DALAM KLUSTER TERSEBUT.
No comments:
Post a Comment