MARE HUMORUM (THE SEA OF MOISTURE)
ERA PEMBENTUKAN: MARE HUMORUM TERBENTUK DALAM MASA ERA NECTARIAN IAITU LEBIH KURANG -3.92 BILLION TAHUN HINGGA -3.85 BILLION TAHUN DAHULU.
DI PINGGIR UTARA MARE HUMORUM TERDAPAT KAWAH GASSENDI YANG DICADANGKAN SERTA DI PERTIMBANGKAN UNTUK MENJADI TAPAK PENDARATAN BAGI KAPAL PENEROKA APOLLO 17. TERDAPAT JUGA BEBERAPA 'HUBUNGAN' (CONNECTION) SEMPADAN DENGAN OCEANUS PROCELLARUM YANG WUJUD ANTARA KEDUA-DUA NYA.
DI BAHAGIAN SELATAN PULA TERDAPAT KAWAH VITELLO DENGAN 'KERETAKAN LANTAI' KAWAH YANG MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARI DOPPELMAYER DAN PUISEUX YANG LEBIH KECIL.
MANAKALA, DI BAHAGIAN TIMUR MARE HUMORUM, TERDAPAT KAWAH HIPPALUS SERTA PROMONTORIUM KELVIN (BANJARAN GUNUNG). DI BAHAGIAN BARAT PULA, RIMAE DOPPELMAYER (RANGKAIAN SUNGAI) SERTA RUPES LIEBIG (LERENG CURAM), DI MANA 'TEBING LERENG' LIEBIG BERADA DI BARAT MARE HUMORUM.
PENEROKAAN: TIADA PENEROKAAN PERNAH DILAKUKAN DI KAWASAN MARE HUMORUM.
camp.astronomy@gmail.com
No comments:
Post a Comment