MESSIER 7 / NGC6475
BURUJ: SCORPIUS
KELAS: KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)
LOKASI: 17h 53m 51s / -34o 47' 34"
JARAK: 980 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +3.3
SAIZ: 80'.0 X 80'.0
JENIS: II 2 r
MESSIER 7 ATAU NGC6475 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ SCORPIUS DI HEMISFERA SELATAN. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'THE PTOLEMY CLUSTER' KERANA IA TELAH DICERAP DAN DIREKODKAN PERTAMA KALI OLEH AHLI ASTRONOMI GREEK-ROMAN PADA KURUN KE DUA DALAM TAHUN 130 A.D IAITU PTOLEMY, YANG MENYANGKAKAN IA ADALAH SEBUAH 'NEBULA'.
AHLI ASTRONOMI ITALI, GIOVANNI BATISTA HODIERNA TELAH MEMBUAT CERAPAN KE ATAS M7 / NGC6475 SEBELUM TAHUN 1654 DAN BELIAU TELAH MENGIRA SERTA MENDAPATI SEBANYAK 30 BIJI BINTANG TERKANDUNGI DI DALAMNYA. DALAM TAHUN 1764, CHARLES MESSIER TELAH MENCERAP M7 / NGC6475 DAN MENGKATALOGKAN SEBAGAI 'MESSIER 7' DALAM KATALOG BELIAU.
BINTANG YANG PALING CERAH DI DALAM KLUSTER TERBUKA INI ADALAH BERMAGNITUD +5.6 DAN BERWARNA JINGGA ATAU KUNING DENGAN 'SPECTRAL' JENIS G8. TERDAPAT LEBIH KURANG 80 BIJI BINTANG YANG MANA IA MELIHATKAN HIMPUNAN BINTANG-BINTANG SUNGGUH 'LONGGAR' (LOOSE) ANTARA SATU DENGAN YANG LAIN. KEBANYAKKAN BINTANG-BINTANG TERSEBUT BERWARNA PUTIH SERTA BIRU-KEPUTIHAN. M6 / NGC6405 TERLETAK 4o BARAT-LAUT DARI M7 / NGC6475. MANAKALA, IA TERLETAK BERHAMPIRAN DENGAN 'SENGAT' (STINGER) BURUJ SCORPIUS.
No comments:
Post a Comment