Friday, November 12, 2010
Buruj Sagittarius
Buruj Sagittarius digambarkan sebagai seorang pemanah (archer). Banyak mitos, dari zaman purba,Greek, Roman, Sumerian dan seterusnya, bermacam-macam gambaran diberikan kepada buruj Sagitarrius. Akhirnya, buruj ini diambil sebagai mana gambaran sekarang. Bintang yang paling cerah di dalam buruj ini, bukannya Alpha, tetapi Epsilon (Kaus Australis - bahagian bawah busar panah) dengan magnitud 1.8. Selain Epsilon, bintang-bintang lain adalah Alpha (Rukbat - lutut), Beta (Akrab - tendon), Lambda (Kaus Borealis - bahagian atas busar panah), Delta (Kaus Meridionalis - bahagian tengah busar panah), Gamma (Alnasl - mata anah panah), Sigma (Nunki), Zeta (Ascella - ketiak pemanah), dan Nu (Ain al Rami - mata pemanah). Buruj Sagittarius lebih mudah dikenalpasti dengan bentuk cerek atao teko (teapot). Sepertimana Ursa Major yang mudah dikenalpasti dengan bentuk "big dipper". Bintang binari (binary star) untuk buruj ini adlah Nu1 (5.0, 10.8) dan juga Rho1 dan Rho2 (merupakan triple sistem) dengan magnitud Rho1 8.0, Rho2 8.3, dan kompanion C bermagnitud 8.6. Bintang variable pula adalah Upsilon (spektrum kelas EB) dengan magnitud berubah dari 4.53 hingga 4.61 dalam masa 137.9 hari. Buruj Sagittarius mempunyai 15 'messior' objek (terbanyak dalam mana-mana buruj) dalam bilangan 'deep sky' objeknya. Mereka adalah M8 (ngc6523 - Lagoon Nebula), M17 (ngc6618 - Swan Nebula), M18 (ngc6613), M20 (ngc6514 - trifid Nebula), M21 (ngc6531), M22 (ngc6656), M23 (ngc6494), M23 (ic4715), M25 (ic4725), M28 (ngc6626), M54 (ngc6715), M55 (ngc6809), M69 (ngc6637), M70 (ngc6681), M75 (ngc6864), dan ngc6822 (Barnard's Galaksi). Kedudukan buruj Sagittarius adalah di tengah-tengah Milky Way (cakerawala). Bulan untuk mencerap buruj ini di titik zenith adalah pada bulan Ogos pada pukul 9 malam.
Dapatkan DVD buruj-buruj secara terperinci.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment