IC4665
BURUJ: OPHIUCHUS
KELAS: KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER)
LOKASI: 17h 46m 18s / +05o 43' 00"
JARAK: 1,400 TAHUN CAHAYA
MAGNITUD: +4.2
SAIZ: 45'.0 X 45'.0
IC4665 ADALAH SEBUAH KLUSTER TERBUKA (OPEN CLUSTER) YANG BERADA DI DALAM BURUJ OPHIUCHUS. IC4665 TELAH DITEMUKAN OLEH PHILLIP LOYS DE CHESEAUX DALAM TAHUN 1745. IA JUGA DIKENALI SEBAGAI 'COLLINDER 349' DI DALAM 'COLLINDER CATALOGUE' OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI SWEDEN BERNAMA PER COLLINDER YANG MENGANDUNGI SENARAI 471 OBJEK KLUSTER TERBUKA DAN DITERBITKAN PADA TAHUN 1931.
SELAIN ITU, IC4665 JUGA DIKENALI SEBAGAI 'MELOTTE 179' DI DALAM 'MELOTTE CATALOGUE' OLEH SEORANG AHLI ASTRONOMI BRITISH YANG BERNAMA PHILIBERT JACQUES MELOTTE YANG MENGANDUNGI SENARAI 245 OBJEK KLUSTER BINTANG-BINTANG (STAR CLUSTERS) YANG DITERBITKAN DALAM TAHUN 1915.
KETIKA MENCERAP IC4665 MENGGUNAKAN TEROPONG, SEBANYAK 12 BIJI BINTANG KEMUNGKINAN BOLEH KELIHATAN. MANAKALA, PENGGUNAAN TELESKOP BERKUASA 25X HINGGA 35X AKAN MEMAPARKAN BEBERAPA DOZEN BINTANG BERWARNA BIRU-KEPUTIHAN YANG MERUPAKAN WARNA BINTANG-BINTANG DI DALAM KLUSTER IC4665 IAITU BIRU, BIRU-KEPUTIHAN, DAN JUGA PUTIH.
JIKA DIPERHATIKAN SEMASA PENCERAPAN DILAKUKAN, DI KAWASAN 'DALAMAN' BINTANG-BINTANG (INNER STARS) TERSEBUT MEMBENTUK 'CORAK' SEPERTI PERKATAAN 'H I', SEAKAN-AKAN SEBUAH UCAPAN 'PERSAHABATAN' DARI ANGKASA DENGAN PERKATAAN 'H I' KELIHATAN DITERBALIKKAN.
No comments:
Post a Comment